Perasmian Cawangan Pertama ArRahnukita Milik KOPETRO

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Perasmian Cawangan Pertama ArRahnukita Milik KOPETRO | 30 Oktober lepas, kakak sempat menghadiri Majlis perasmian cawangan pertama ArRahnuKita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang bertempat di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. Sebut je pasal ArRahnu, semua mesti sedia maklum yang ArRahnu merupakan premis pajak gadai emas yang patuh syariah.




Majlis perasmian ArRahnukita KOPETRO telah disempurnakan oleh Dato' Haji Zazali Bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan turut dihadiri oleh wakil-wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).





Bersempena majlis perasmian tempohari, satu karnival jualan turut diadakan dan dimeriahkan oleh lebih 200 orang pengunjung terdiri daripada para peniaga, orang ramai di sekitar Medan Niaga Tasik Damai, jemputan khas termasuklah wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan wakil-wakil ArRahnu di sekitar kawasan Lembah Klang. Untung tau sape yang datang hari tu, banyak aktiviti menarik yang diadakan antaranya ujian dan cucian emas secara percuma dan promosi jualan produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan jenama LengQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel & Tours.




Pada majlis tersebut juga, KOPETRO juga turut menyambut ulangtahun ke 42 yang jatuh pada tarikh yang sama. Penubuhan ArRahnukita dianggap sebagai hadiah yang paling bermakna buat warga KOPETRO.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah :



" Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun penubuhan KOPETRO, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan tertubuhnya perniagaan ArRahnukita.

Kejayaan ArRahnukita ini adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggita dengan melipatgandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara."


KOPETRO juga mengumumkan bakal membuka lagi 3 cawangan baru ArRahnukita pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam.



Bagi Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. Perkhidmatan ArRahnukita terbuka kepada orang ramai tapa mengira bangsa mahupun kewarganegaraan, malah atas sambutan yang memberangsangkan sejak mula beroperasi pada 3 Ogos 2022 lalu.


ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000, khas buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai secara segera dengan mengguna pakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.


Tuan Haji Shamsudin bin Haron, selaku Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnukita memberitahu bahawa pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai.




Tahniah KOPETRO atas pembukaan perniagaan ArRahnukita dan ulangtahun ke 42. Semoga sentiasa maju jaya.


Untuk mengetahui kadar emas harian dan promosi terkini daripada ArRahnukita :

Facebook : ArRahnukita
Instagram : @arrahnukita
Telefon : 03-90559839

Tiada ulasan