Majlis Penyampaian Hadiah Beli dan Menang LengQuas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Majlis Penyampaian Hadiah Beli dan Menang LengQuas | Koperasi kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah Beli dan Menang LengQuas sebagai tanda penghargaan kepada Ejen dan juga Pengedar produk LengQuas bertempat di Flora Terrace, Hampshire Park 3 November 2022 yang lalu.



Peraduan beli dan menang ini telah berlangsung dari 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu. Pelbagai hadiah lumayan daripada jenama Xiaomi berjumlah sehingga RM30,000 telah ditawarkan kepada ejen dan pengedar yang mencapai jumlah sasaran jualan tertinggi. Hadiah utama yang ditawarkan merupakan televisyen, skuter elektrik dan penapis udara.





Selain itu, LengQuas juga telah membuat cabutan bertuah dimana ejen dan pengedar juga telah membawa pulang produk Xiaomi secara cabutan oleh ejen dan pengedar itu sendiri. Menarik!


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah,



"'Beli & Menang' adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama."



Produk Terbaru LengQuas


Pada majlis tersebut juga, jemputan juga berpeluang merasai sendiri produk terbaru daripada LengQuas yang terdiri daripada jus minuman ayera dan beberapa jenis produk makanan sedia dimakan. Terdapat 2 pilihan jus minuman ayera iaitu jus nanas dan juga jus pic. Kakak paling suka jus nanas dia tau, bila minum tu terasa macam makan nanas sebab jusnya bukan air semata, tapi ada chunk nanas. Nyum nyums!




Bagi produk makanan pula, kakak sempat rasa beberapa menu terbaru seperti Meat Puff, Daging Dendeng, Daging Masak Hitam, Ayam Cili Api dan beberapa menu lain lagi. Antara semua ni kan, ada beberapa jenis makanan yang membuka selera kakak iaitu Meat Puff dan satu lagi Beef Marinated.





So kalau korang nak rasa sendiri keenakan jus minuman dan makanan sedia dimakan LengQuas, boleh dapatkan dari mana-mana ejen dan pengedar LengQuas.


Info lanjut :



Tiada ulasan