Penjenamaan Semula ABX Express Kepada KEX Express

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Penjenamaan Semula ABX Express Kepada KEX Express | ABX Express bukan lagi satu jenama asing sebagai penyedia perkhidmatan kurier. ABX Express telah bertapak di Malaysia selama 38 tahun sejak dari tahun 1984. Pada 26 Oktober yang lalu, ABX Express secara rasminya akan dikenali sebagai KEX Express dimana mereka kini menawarkan khidmat penghantaran ekspres bukan hanya tertumpu kepada laluan domestik sedia ada, malahan penghantaran ke destinasi pilihan antarabangsa! Menjadi salah seorang yang menyaksikan hari bersejarah ni kan, kakak boleh nampak sendiri sejauh mana pencapaian dan teguhnya jenama ni di Malaysia tau! Kalau tak, mustahil untuk mereka mengukuhkan jenama selama 38 tahun.





Permulaan ABX Express di Malaysia dan Penjenamaan Semula Kepada KEX Express


ABX Express mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Malaysia Timur. Pada waktu itu, ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik. Pada tahun 2015, ABX Express menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network iaitu sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong. Dan pada tahun 2022, ABX Express telah membuat penjenamaan semula sebagai KEX Express.




Menurut Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia :


"Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). la juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia.


Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa."




Menariknya, selain penghantaran domestik sedia ada, KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Pemilik akaun sedia ada tak perlu risau tau sebab korang dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini.




KEX Express memiliki lebih 700 service touchpoints di seluruh negara, dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspres kepada rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur.




Langkah penjenamaan semula ini juga akan menyaksikan ABX Express berkembang menjadi KEX Express, dengan logonya digunakan dalam semua bahan termasuk papan tanda di semua kedai di seluruh negara dan lebih 2,500 trak penghantaran di seluruh negara.




Bagi melebarkan sayap KEX Express akan memperkenalkan beberapa perkhidmatan khusus untuk penghantaran domestik mengikut peredaran zaman iaitu :


Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)

  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
  • FOD digital pula membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba

Pusat Penjual (Seller Centre)

  • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (contoh : tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dan lain-lain.)
  • Membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (020) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.


Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)


  • KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

Berita Baik untuk semua!


Bersempena penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular domestik dan antarabangsa bermula 1 November 2022. Korang boleh membuat penghantaran domestik serendah RM 4.99 je tau!




Sebagai peniaga online dan pengguna perkhidmatan kurier, kakak memang looking forward sangat untuk menggunakan khidmat KEX Express tau. Dengarnya banyak promo menarik.

Nak tau lebih lanjut mengenai KEX Express dan promo menarik yang kakak sebutkan, boleh layari :

Facebook : KEX Express
Instagram : @kexexpressmy


Tiada ulasan