AEON Malaysia Memperkenalkan 12 Hari Kejutan Bersempena Krismas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


AEON Malaysia Memperkenalkan 12 Hari Kejutan Bersempena Krismas | Musim perayaan ini, jenama pakaian Kanak-kanak Terbaik dari Indonesia, JSP962 Melancarkan Koleksi Akhir Tahun di AEON. Oleh itu AEON Malaysia mengambil peluang bukan sahaja melancarkan koleksi fesyen kanak-kanak dan juga memperkenalkan 12 hari yang penuh kejutan bersempena perayaan Krismas tak lama lagi.



Jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam 12 Days of Surprises termasuk LeapFrog, Fisher-Price, Beyblade, My Little Pony, Arctec, Sylvanian Families, Marvel, LEGO, Barbie, Nerf, Disney Princess dan Hot Wheels. Setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan yang tersendiri untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menarik bermula dari 13 Disember hingga 24 Disember.





Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen,


"Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti."




Fesyen Terkini Kanak-Kanak JSP962 dan JKIDS



Selain itu bagi ibubapa yang ingin mendapatkan fesyen Krismas terkini untuk anak-anak, AEON telah memperkenalkan JSP962 jenama pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari Indonesia. 




Sementara itu, jenama terkenal AEON di bawah label JKIDS juga turut mempamerkan baju tidur padanan terbaru dan koleksi baharu yang direka mengikut citarasa fesyen kanak-kanak. Haaa, budak-budak sekarang dah pandai memilih pakaian mengikut citarasa sendiri tau. Bukan macam kita dedulu. Hehehehhe.




Pencarian Duta Kanak-Kanak Kids Republic


Kids Republik AEON, juga turut mengumumkan pencarian duta kanak-kanak untuk jenama tersebut. Kriteria yang dicari ialah kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. 






Menurut Low Ngai Yuen lagi,


"Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!”


So kalau ada di kalangan anak-anak korang yang nak sahut cabaran ini, boleh scan QR code ini untuk mengetahui cara-cara penyertaan. Manalah tau, anak korang merupakan duta kecil Kids Republic yang AEON cari.




Untuk butiran lanjut, sila layari :  https://www.aeonretail.com.my/xmas22/.


Tiada ulasan