Majlis Pelancaran Lagu "YES SIR" Nyanyian Zamani dan Ariff Peter | 17 Januari lalu, lagu "YES SIR" nyanyian Zamani dan Ariff Peter telah dilancarkan bertempat di Stesen Udara Maritim Subang. Lagu ini merupakan lagu tema (OST) bagi FILEM COAST GUARD : OPS HELANG yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH selaku penaja utama. Semasa majlis ini, kakak terpegun dengan gimik pelancaran yang hebat dan padu yang telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Serius! Best gila gimik pelancaran aritu tau. Bukan senang nak tengok sendiri Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) beraksi depan mata!
Lagu 'YES SIR' terbitan COF MUSIC menampilkan penyanyi utama iaitu Zamani berkolaborasi dengan penyanyi rap iaitu Ariff Peter yang juga merupakan penulis lirik bersama Hasril, Otromen, dan Nass. Lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.
FILEM COAST GUARD : OPS HELANG
Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Hasil usahasama ini berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi "Ops Helang" pasukan Maritim Malaysia.
Kerjasama ini juga dihasilkan bagi memastikan para penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungiawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia. Selalu kita cuma tengok Pasukan Polis dan Askar je kan? Kali ni, kita dapat tengok pula bagaimana satu lagi Unsung Hero jaga kawasan perairan negara kita.
Filem COAST GUARD: OPS HELANG terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 FEBRUARI 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI. Tak sabar kakak nak menonton filem ni! Tengok trailer dia pun gempak juga.
Kedai Baiki Telefon Murah, Gila Gadgets Taman Sri Serdang | Telefon rosak memang merunsingkan, nak pulak sekarang ni telefon pintar memang dah jadi medium utama untuk semua orang cari info, simpan data dan sebagainya. So kalau korang mencari kedai repair telefon yang murah di sekitar Serdang dan Seri Kembangan, korang boleh ke Gila Gadgets yang baru dibuka di Taman Sri Serdang.
Landmark Gila Gadgets ni senang je, terletak berhadapan dengan Medan Selera Taman Sri serdang dan berhampiran dengan Padang Bola Sepak MBSJ. Gila Gadgets bukan nama asing lagi, Dimiliki oleh Bumiputera dengan pengalaman selama 15 tahun. So korang tak perlu nak ragu-ragu untuk hantar telefon pintar, tablet ataupun laptop korang kat sini. Staff yang membaiki gadgets korang pun memang terlatih dan berpengalaman untuk menyelenggara sistem IOS, Android ataupun Windows.
Servis yang ditawarkan di Gila Gadgets Taman Sri Serdang
Banyak servis yang ditawarkan di sini antaranya :
Membaiki komputer, tetapkan setting dan pemasangan.
Memperbaiki port pengecas telefon.
Mengganti screen telefon pintar dan laptop yang retak ataupun pecah.
Menghapuskan virus, Spyware dan Ransomware yang mengganggu peranti.
Membaiki Microsoft Windows PC, Apple iMac dan Macbook.
Data recovery.
Selain tu, yang bestnya Gila Gadgets juga menawarkan pemeriksaan peranti secara PERCUMA kepada pelanggan yang datang. Sekiranya peranti korang ada sebarang kerosakan dan perlu diganti, mereka hanya menggunakan alat ganti yang TULEN dan berkualiti serta mempunyai tempoh waranti selepas dibaik pulih. Kadang kan, kakak paling tak suka nak tinggalkan telefon ataupun peranti kat kedai tau, sebabnya dalam telefon tu banyak sangat benda-benda penting dan kadang-kadang nak cepat. Kat sini, ada jaminan siap segera tau. Korang tak payah nak tunggu lama-lama untuk sesetengah servis.
Selain membaiki peranti, Gila Gadgets juga menawarkan aksesori telefon pintar dan gadgets dengan harga yang murah! Kalau korang nak beli casing, tripod, charger, earphones, headphones, speaker dan sebagainya, bolehlah intai-intai dekat Gila Gadgets Taman Sri Serdang ni. Dari pemerhatian kakak, harga dia memang sangat berpatutan dan berbaloi.
Gila Gadgets juga mempunyai beberapa cawangan lain iaitu :
Gila Gadgets Hulu Langat
Gila Gadgets Taman Permata
Gila Gadgets Shah Alam
Gila Gadgets Senawang
Gila Gadgets Dataran Senawang
So dah tau kan kat mana nak dapatkan khidmat servis peranti dan aksesori yang murah dan mampu milik? Cari je Gila Gadgets!
GILA GADGETS SRI SERDANG No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor