Kedai Baiki Telefon Murah, Gila Gadgets Taman Sri Serdang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kedai Baiki Telefon Murah, Gila Gadgets Taman Sri Serdang | Telefon rosak memang merunsingkan, nak pulak sekarang ni telefon pintar memang dah jadi medium utama untuk semua orang cari info, simpan data dan sebagainya. So kalau korang mencari kedai repair telefon yang murah di sekitar Serdang dan Seri Kembangan, korang boleh ke Gila Gadgets yang baru dibuka di Taman Sri Serdang.



Landmark Gila Gadgets ni senang je, terletak berhadapan dengan Medan Selera Taman Sri serdang dan berhampiran dengan Padang Bola Sepak MBSJ. Gila Gadgets bukan nama asing lagi, Dimiliki oleh Bumiputera dengan pengalaman selama 15 tahun. So korang tak perlu nak ragu-ragu untuk hantar telefon pintar, tablet ataupun laptop korang kat sini. Staff yang membaiki gadgets korang pun memang terlatih dan berpengalaman untuk menyelenggara sistem IOS, Android ataupun Windows.



Servis yang ditawarkan di Gila Gadgets Taman Sri Serdang


Banyak servis yang ditawarkan di sini antaranya :


  • Membaiki komputer, tetapkan setting dan pemasangan.
  • Memperbaiki port pengecas telefon.
  • Mengganti screen telefon pintar dan laptop yang retak ataupun pecah.
  • Menghapuskan virus, Spyware dan Ransomware yang mengganggu peranti.
  • Membaiki Microsoft Windows PC, Apple iMac dan Macbook.
  • Data recovery.


Selain tu, yang bestnya Gila Gadgets juga menawarkan pemeriksaan peranti secara PERCUMA kepada pelanggan yang datang. Sekiranya peranti korang ada sebarang kerosakan dan perlu diganti, mereka hanya menggunakan alat ganti yang TULEN dan berkualiti serta mempunyai tempoh waranti selepas dibaik pulih. Kadang kan, kakak paling tak suka nak tinggalkan telefon ataupun peranti kat kedai tau, sebabnya dalam telefon tu banyak sangat benda-benda penting dan kadang-kadang nak cepat. Kat sini, ada jaminan siap segera tau. Korang tak payah nak tunggu lama-lama untuk sesetengah servis.


FUN FACTS!
" Gila Gadgets teleh merekodkan 21,432 penukaran bateri, 17,754 penukaran skrin, 3,251 baikpulih motherboard dan 8,951 membaiki kerosakan waterdamage."



Aksesori Murah!


Selain membaiki peranti, Gila Gadgets juga menawarkan aksesori telefon pintar dan gadgets dengan harga yang murah! Kalau korang nak beli casing, tripod, charger, earphones, headphones, speaker dan sebagainya, bolehlah intai-intai dekat Gila Gadgets Taman Sri Serdang ni. Dari pemerhatian kakak, harga dia memang sangat berpatutan dan berbaloi.




Gila Gadgets juga mempunyai beberapa cawangan lain iaitu :


  • Gila Gadgets Hulu Langat
  • Gila Gadgets Taman Permata
  • Gila Gadgets Shah Alam
  • Gila Gadgets Senawang
  • Gila Gadgets Dataran Senawang


So dah tau kan kat mana nak dapatkan khidmat servis peranti dan aksesori yang murah dan mampu milik? Cari je Gila Gadgets!




GILA GADGETS SRI SERDANG
No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor


Waktu Operasi : Isnin-Ahad (setiap hari) 10.00am - 9.00pm
Tel : 013-650 0531
Whatsapp :  https://gilagadgetserdang.wasap.my/


Tiada ulasan