Majlis Pelancaran Lagu "YES SIR" Nyanyian Zamani dan Ariff Peter

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Majlis Pelancaran Lagu "YES SIR" Nyanyian Zamani dan Ariff Peter | 17 Januari lalu, lagu "YES SIR" nyanyian Zamani dan Ariff Peter telah dilancarkan bertempat di Stesen Udara Maritim Subang. Lagu ini merupakan lagu tema (OST) bagi FILEM COAST GUARD : OPS HELANG yang akan ditayangkan tidak lama lagi. 



Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH selaku penaja utama. Semasa majlis ini, kakak terpegun dengan gimik pelancaran yang hebat dan padu yang telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.



Serius! Best gila gimik pelancaran aritu tau. Bukan senang nak tengok sendiri Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) beraksi depan mata!



Lagu 'YES SIR' terbitan COF MUSIC menampilkan penyanyi utama iaitu Zamani berkolaborasi dengan penyanyi rap iaitu Ariff Peter yang juga merupakan penulis lirik bersama Hasril, Otromen, dan Nass. Lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.


FILEM COAST GUARD : OPS HELANG


Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Hasil usahasama ini berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi "Ops Helang" pasukan Maritim Malaysia.

Kerjasama ini juga dihasilkan bagi memastikan para penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungiawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia. Selalu kita cuma tengok Pasukan Polis dan Askar je kan? Kali ni, kita dapat tengok pula bagaimana satu lagi Unsung Hero jaga kawasan perairan negara kita. 



Filem COAST GUARD: OPS HELANG terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 FEBRUARI 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI. Tak sabar kakak nak menonton filem ni! Tengok trailer dia pun gempak juga.


Lirik Lagu "YES SIR" 




(Chorus)

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Lautan luas, bahtera aku markas,
Jaga setiap sudut tiada musuh yang terlepas,
Bukan soal berani ataupun siapa buas,
Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,
Habis peluru aku guna buku lima,
Lautan tenang tapi jangan main gila,
Biar putih tulang daripada putih mata,
Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti.
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi
Lautan sunyi pun boleh berbunyi.

(Chorus)

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut,
Panggilan perang aku sahut,
Roger dalam radar mana-mana area laut,
Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,
Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,
Ini amaran,
Kita masih aman asal tak langgar sempadan,
Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan,
Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,
Kalau perlu ku lawan,

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir, Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,


Info Lagu YES SIR

Lirik : Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen & Nass
Penyanyi : Zamani Ft. Ariff Peter
Durasi : 3.02 minit
Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni
Mixing : Jack Jafni
Master : Jack Jafni
Publishing : Cof Music Publishing
Produced : Cof Music

Tiada ulasan