Uji Minda Dengan Money Games di Mortgage Calculator

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Uji Minda Dengan Money Games di Mortgage Calculator | Sape sini suka main games? Kali ni kakak nak ajak korang main games yang menguji minda sikit dengan games yang berkaitan dengan dunia kewangan. Yang bestnya, korang oleh layan money games ni secara percuma di mortgagecalculator.org. Kat sini, gamesnya bukan sahaja percuma, tapi takde iklan tau!



Kenapalah dulu takde games macam ni ek? Kakak korang ni masa zaman sekolah dulu memang lemah bab Matematik ni. Kalau la masa tu ada money games ni, confirm kakak pelajar paling cemelang Matematik kat sekolah tu tau! Hahahhahaha. So takpelah, benda pun dah berlalu, sekarang ni kakak nak ajak anak-anak buah pulak main money games sambil menguji minda. Parents pun boleh ajak anak korang layan games kat sini tau.


Sebelum ajak anak-anak buah main money games ni, of course la Maksu diorang yang main dulu kan? So jom tengok antara games yang kakak suka kat sini. Money games ni nampak mudah tau, tapi disebabkan otak kakak tak berapa cerdas Matematik ni, kadang terbabas juga bab mengira ni.


Top 3 games favourite kakak kat Money Games 


1. Supermarket Number


Game ni ada beberapa level, makin tinggi level makin laju otak korang kena fikir. Kalau korang penah main games bricks dulu, macam tu la game ni. Bagi kakak game ni agak mudah juga la. Tak sangka pulak kekadang otak kakak ni boleh mengira dengan cepat! Heheheheheh



2. Cash Back


Game ni pulak, korang kena bagi baki kepada pelanggan. Kalau korang tak tau macam mana nak main, jangan risau.. Ada tutorial! Hehehehhe. Game ni ada 3 difficulty level. Easy, Medium and Hard. Tapi kan, easy dia pun tak easy sangat bagi seorang Ayue. Incorrect je manjang!



Nampak tu? Sampai naik monyok customer kakak kat bawah tu. Sebabnya kakak tersalah bagi baki dia. Patutnya $5 je, tapi kakak confuse asik terbagi $14 je. Kekwat ye customer ni, bagi baki lebih pun takmo! Hehehehehe.


3. Grocery Cashier


Bila main game yang ni kan, barulah sedar kenapa kakak tak jadi cashier. Dalam game pun manjang salah kira. Mau melingkup tokey kalau ada cashier macam kakak. Hihihihi.



Haaaa, selain 3 ni kan, banyak lagi money games yang menarik untuk korang cuba dengan anak-anak. Serius kakak cakap, ini antara online money games yang terbaik untuk menguji minda dan mampu membuat anak-anak lebih cerdas dalam pengiraan.


Kalau korang nak cuba bukak je https://www.mortgagecalculator.org/money-games/. Ada ratusan money games menarik. Okaylah, kakak nak sambung main game dan eksplore games lain lagi.

Tiada ulasan