Cermin Mata Multifokal UV420 Murah di Eye Pro Vision, Sungei Wang

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Cermin Mata Multifokal UV420 Murah di Eye Pro Vision, Sungei Wang | Kakak perasan, lately ni mata mak macam tak berapa nak nampak, tapi orang tua biasalah kan. Asal tanya je dia cakap okay. Bila ajak buat spek je, macam-macam la alasan dia bagi. So aritu kakak ajak jugak dia pegi buat spek.



Macam biasa, kalau kat Sungei Wang tu, kedai pilihan kakak semestinya Eye Pro Vision. Kakak suka sangat buat spek kat sini sebab Mr. William dan staff dia memang friendly. Servis diorang pun bagus. Seleksi cermin mata pun banyak serta trendy. Paling penting, cepat siap! Dalam masa 1 jam je spek dah ready. Kita ni kadang bukan ada masa sangat kan?



Mula-mula mereka akan check mata dulu menggunakan mesin yang ada belon panas tu, kakak pun tak tau apa nama mesin tu. Hehehehe. Mesin tu nanti akan measure power mata kita. Masa keluar je result tu, Mr. William pun terkejut, sebab power mak tu tinggi sangat. Banyak kali dia tanye, betul ke Mak tak penah pakai spek?



Lepas tu, Mak dibawa ke bilik pemeriksaan mata untuk tentukan power spek dengan lebih tepat. Kat sini, akan ada bacaan huruf-huruf pelbagai saiz dan Mr. William akan setkan beberapa kanta. Disebabkan mak tak penah pakai cermin mata, Mr. William sarankan mak buat spek untuk rabun jauh terlebih dahulu untuk Mak biasakan diri pakai cermin mata.


Tiba masa nak pilih cermin mata, Mak kakak pula jadi rambang mata. Masa kakak buat spek dulu, merasa dah rambang mata. Hahahahha. Spek kat sini memang banyak pilihan dan cantik-cantik. Korang boleh cuba dan pilih mana-mana design bingkai yang bersesuaian dengan bentuk muka. Harga cermin mata kat sini memang MURAH. Serendah RM65 sahaja. Murah gila kan?




Kanta Multifokal UV420


Atas saranan Mr. William, Mak amik kanta Multifokal UV420. Kanta ini memang bagus untuk melindungi dan menghalang sinaran UV masuk ke dalam mata. Sangat bagus untuk mereka yang ada masalah silau juga. Kakak memang terima suggestion Mr. William untuk amik kanta Multifokal UV420 sebab Mak suka tengok drama kat TV. Kalau amik kanta multicoat biasa, sinaran dari TV tu boleh membuatkan silau mata lebih tinggi. Mr. William siap buat demo lagi antara kanta multicoat dan kanta Multifokal UV420.



Sekarang meh kakak tunjuk pulak macam mana beza kanta multicoat biasa dan Multifokal UV420 kalau dihalakan pada mata.



Nampak tak? Kalau korang ada masalah silau, memang kanta multicoat biasa tu tembus terus je dalam mata, tapi dengan Multifokal UV420, sinaran UV tu takkan tembus ke dalam mata. Bila drive, tengok TV, mata tak jadi penat dan sakit.



Lepas dah selesai semuanya, kakak jalan-jalan sekejap kat Sungei Wang sambil menunggu spek siap. Sempatlah isi perut dulu. Heheheheh.


Alhamdulillah, akhirnya Mak dah boleh nampak dengan jelas lepas buat spek di Eye Pro Vision. Walaupun power spek Mak tinggi, harga dia masih berpatutan dan MURAH! Terima kasih Mr. William dan staff, layan Mak buat spek dengan ramah. Mak pun selesa dengan layanan dan spek mata baru dia.


Kalau korang nak buat spek mata kat Sungei Wang, koramg pastikan korang cari EYE PRO VISION di : Lot G 111, Ground Floor, sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.


Tak jumpa kedai??? Boleh telefon William sendiri di talian : 016-377 1304.



Tiada ulasan