Solidariti Untuk Iskandar Spring

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA 


Solidariti Untuk Iskandar Spring | Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bersama beberapa rakan artis akan mengadakan satu siri konsert jelajah amal Solidariti Iskandar Spring di seluruh negara bagi membantu Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail.




Beliau yang merupakan gitaris adalah antara pengasas dan ketua kumpulan Spring kini menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang. Akibatnya, beliau memerlukan pembiayaan yang agak besar iaitu sekitar RM40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun dengan purata RM3,000 sebulan.


Sehubungan dengan itu Ameng Spring dan Umarul Iklim bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) untuk mengadakan jelajah amal bagi membantu Iskandar Spring. Setakat ini, mereka telah menyusun 3 lokasi utama iaitu di Santai Seni@TAR (Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan di beberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.





Menurut Dato Freddie Fernandez,

"Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar , kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “ busking “ bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar"




Siri Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring


Sebagai permulaan KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka siri pertama jelajah ini bertempat di Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang.


Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku pengacara majlis.


Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter, QR Code dan juga secara dalam talian melalui live session sepanjang persembahan ini berlangsung.


Pada majlis kenyataan media ini juga tabung Solidariti untuk Iskandar Spring telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet).




Turut hadir ialah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur di lokasi seterusnya iaitu :

Pulau Pinang
Ybrs Mohd Faruk B. Abdul Rahman (Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang)
Tuan Isma Azad (Panca Abadi Automobil)
Wakil Sis Lawa.Co

Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia
Aizad Azman (Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia)

Terengganu Buskers  Associations
Mohd Fazli A. Rahman (Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations)


Serta beberapa wakil dari MAP Music, Green Dome, Meta Music Xtreme dan Mummylova.


Bagi mereka yang ingin turut sama membantu, apa kata ramai-ramai turun padang bagi menjayakan persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanahair sambil menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar.




Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada akaun berikut :

No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)
Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia.


Jom kita ke Santai Seni@TAR esok!

Tiada ulasan