Nurflix Melancarkan The Journey of Humankind dan Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Nurflix Melancarkan The Journey of Humankind dan Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah | Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited dalam mencapai visi penubuhannya untuk menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, Nurflix telah melancarkan The Journey of Humankind dan Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah menerusi platform penstriman yang boleh ditonton bermula hari ini 27 Januari 2023.





The Journey Of Humankind



Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Siri animasi The Journey of Humankind ini akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.



Menurut CEO Nurflix, Encik Syah Mohamed


“Kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Insya Allah” 





Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.


Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu


Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Nurflix juga telah bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa dalam menghasilkan siri animasi ini.






Siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah musim pertama sebanyak 13 episod ini akan diterbitkan dalam Bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak pasaran di Malaysia dan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.


Yang paling menarik, siri animasi ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.






Quiz dan Tadabbur


bagi mereka yang menonton 13 episod siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah, korang berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menjawab soalan terkumpul selama siri animasi ini ditayangkan.


Tiga penonton bertuah berpeluang memenangi pakej umrah eksklusif tajaan Simply Umrah. Manakala pemenang kuiz mingguan juga akan menerima hadiah seperti goldbar tajaan KABGold, Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru dan set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.






Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan pelakon alih suara seperti Irma Hasmie, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Dai’ Syed Iqmal, Hana Ismail dan Ustazah Asni Mansor.






Jadi, jangan lupa download Nurflix dan tonton The Journey of Humankind dan Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah hari ini okay!


Tiada ulasan