Hello dari The LifeCo Phuket!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ dengan 3 lagi geng #KelabBloggerBenAshaari (Abg Ben, Abg Sohoque dan Kak SS) ada kat Phuket....

"Hello dari The LifeCo Phuket!"

Tujuan kitorang kat sini untuk join program detox (kesihatan) dengan The LifeCo Phuket...
Alaaaaa... Yang beria AJ duk buat pre-detox sejak seminggu lepas tu....
Sebab nak join program ni la.....


Flight kitorang pukul 1.05 PM tadi...
Dan sampai sini pukul 1.20 PM.... Cepatkan? Hahhahahhahaha...
Takdelah, perjalanan makan masa sejam lebih jugak...
Tapi Thailand kan sejam awal... Pasal tu la sampai 1.20 PM.....

Kat sini apa yang boleh AJ cakap cantik pemandangan dia....
Jauh dari town... So kalau nak berehat memang sesuai sangat.....
Ni AJ share sikit gambar dengan korang....





Tadi sampai je, check-in terus makan lunch....
Nak tau apa menu dia???? 

Tadaaaaaa.....
Jangan mimpi la nak ada daging bakar ke, kambing golek ke...
Dah namanya pun program kesihatan....
Hahahahahha..... Nasib dah biasa makan sayur...
Tapiiii....... Tak tau la camne next-next day...
AJ dah la perut Melayu abis... Mesti nak nasi.... =P

Okaylah, sekarang ni AJ nak siap jap makan petang...
Nanti AJ story  dengan korang pasal full program ni tau...
Daaaaaaa.....

P/s : Nak gi terjun kolam jap...


Baca Selanjutnya »

Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni AJ cuba pakai balik contact lens, selepas 3 tahun AJ tak pakai akibat traumatik dulu tu...
Kalau korang follow blog AJ, dulu AJ penah cerita yang AJ hampir buta akibat contact lens!


Tapi baru ni AJ diperkenalkan dengan  Lacelle Diamond Contact Lens dari Bausch + Lomb iaitu keluaran terbaru selepas Bausch + Lomb Lacelle Jewel....
Produk ini telah dilancarkan di Hotel Royale Bintang, The Curve...
Sesi pelancaran ini telah dihadiri oleh Jane Chuck-penulis blog selebriti, Venice Min-media influencer dan model popular, Kiran Jassal-Miss Malaysia Universe 2016 dan Karen Kho-penulis blog...


"Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!"

Lepas dapat Lacelle Diamond contact lens ni AJ terus cuba....
Masa mula-mula nak pakai tu AJ memang seram...
AJ siap mesej kawan tanya macam mana... Hahahahhha....
Bila dah pakai AJ tak nafikan ianya memang selesa... AJ duduk dalam ofis yang berair-cond pun tak rasa mata kering...
Mata rasa moist dan AJ rasa seolah-olah tak pakai contact lens pun...


Lepas pakai tu korang tak perlu nak fikir untuk bersihkan atau cuci contact lens ni sebab ianya direka untuk penggunaan harian.... Dah pakai boleh terus buang je...
AJ akui memakai daily used contact lens ni memang lagi selamat berbanding monthly used..

Apa istimewanya Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens?

Lacelle Diamond ni direka dengan corak berlian... So bila korang pakai memang mata akan ade effect bersinar bak bintang...
AJ pilih warna Champagne Brown..

Close Up!

Diameter coraknya 13mm membuatkan mata si pemakai kelihatan lebih besar dan paling penting nampak natural....
Kalau bermekap nampak lagi terserlah mata tau....
Ianya didatangkan dalam 3 warna dan korang boleh pilih mengikut personaliti korang...



Aqua Glacier - Kilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.


Champagne Brown - Menyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.


Pink Rose - Untuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan

Kalau korang nak cuba sendiri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens, ianya boleh didapati di semua kedai optik seluruh negara...

Harga pasaran :

RM42 sekotak untuk 10 keping (5 pasang)
RM110 sekotak untuk 30 keping (15 pasang)

Maklumat lanjut :

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email: Vivian.Hoong@bausch.com 
Tel: 03-7680 8830

Sekarang AJ dah berani nak kembali memakai contact lens...
Terima kasih Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens!

P/s : Shine bright like a diamond!

Baca Selanjutnya »

Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak beberapa hari lepas, AJ mengamalkan pre detox diet.....
Fuhhh... Jujurnya, pre detox ni memang mencabar mental dan fizikal sungguh!
Sampaikan AJ tengok iklan makanan dalam TV yang sebelum ni AJ pandang biasa pun jadi luar biasa...
Padahal masuk arini baru hari keempat AJ pre detox....

 "Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!"

Apa itu pre detox?

Pre detox ialah 1 proses di mana korang perlu mengamalkan diet sebelum proses detox...
Pre detox ni perlu dilakukan seeloknya 2 minggu sebelum detox...
Tapi kalau korang tak cukup masa, ianya boleh dilakukan 3-4 hari minimum sebelumnya...
Diet pre detox ni sebenarnya bertujuan untuk membuatkan badan kita lebih bersedia sebelum proses detox..
Takdelah terkejut kalau tiba-tiba amik makanan sihat tanpa gula, garam dan sebagainya...
Kalau badan belum cukup bersedia, kita akan rasa sakit kepala dan mual lepas proses detox....

Nampak cabaran kat situ....
Ada banyak NO!

Dalam masa beberapa hari pre detox ni kan, memang AJ rasa sangat mental dan fizikal tercabar...
Mau tak? Sebelum ni AJ balun je makan apa bende yang AJ nak makan....
Sekarang ni ada kene cut-off apa yang AJ biasa makan... Hahahhahaha...
Untuk 2 hari pertama memang AJ rasa pening... Tapi start semalam dan arini semakin okay....
Mungkin badan AJ dah mula terima kaedah pemakanan sihat ni....
Tapi kannn.... Jujurnya adalah cheat sikit... Hahahhaha...
Ada jugak makan nasi goreng Mr.JR sesudu dua... Tak boleh tahan woooo.....
Tapi masih terkawal...
Paling mencabar kan bila tengok iklan KFC baru ni... Ayam goreng dengan cheese...
Ya Allah.. Memang menduga sungguh!

Jom tengok antara menu pre detox AJ..



Kenapa Pre Detox?
 
Okay mesti korang tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba AJ beriya amalkan pre detox kan?
Sebenarnya minggu depan AJ akan ke The LifeCo Phuket untuk program detox...


The LifeCo merupakan pusat yang pakar dalam program untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan dalaman dan luaran...
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui program kesihatan dengan The LifeCo ni antaranya melancarkan pencernaan, menjadikan kulit kita lebih sihat, meningkatkan metabolisme dan sistem imun badan, membersihkan usus dari anasir-anasir yang tidak perlu melalui pemakanan dan macam-macam lagi....
Nanti lepas balik dari sana, AJ akan cerita dengan lebih lanjut mengenai program di The LifeCo okay...
Kalau korang tak sabar nak tunggu AJ cerita boleh tengok kat www.thelifeco.com

Tengok gambar tempat tu memang cantik sangat....

http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5514176818_TheLifeCo_484-Edit.jpeg&width=800
http://www.thelifeco.com/download/images/5414975216_phuketslider.jpg http://www.thelifeco.com/download/images/3481734757_bodrum2.jpg http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5378645494_TheLifeCo_775-Edit.jpeg&width=800

Tak sabar nak tunggu minggu depan....
Tak sabar nak pegi dan segarkan tubuh badan.. =D
 
P/s : Sweet Escape!

Baca Selanjutnya »