Cerita Tahun 1996, Baruku Tau Hari Ni....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ya Rabbi AJ..... Teruknya kau....
Orang dah lama tau, kau baru tau.....
Kesiannya....
Mesti korang nak tau kan apa yang AJ ketinggalan lama sangat tu???
13 tahun kot....
Okaylah, tadi macam biasa membelek harian metro online...
Bacalah pasal Anuar zain, walaupun AJ memang tak minat dia dan hanya minat lagu-lagunya je....
Masa baca trivia tu, baru AJ tau rupanya Anuar Zain pernah muncul sebagai model untuk Lagu Jerat Percintaan nyanyian Datuk Siti Nurhaliza semasa Final Juara Lagu 1996....
Oiiitttt AJ oiiiiiii.....
Orang lain dah 13 tahun tau....
Kau baru tau???
Hahahahahhahahah... =D
Tergelak sendiri AJ terkenangkan hal ni....

Mana yang baru tau macam AJ, KITA GENG!!!!!
Hehehehehh.. =P

Okaylah ni untuk korang...... Tataplah Anuar Zain tu...
Jerat Percintaan by Datuk Siti Nurhaliza
Juara Lagu 1996 Akhir


P/s : Nampak sangat punya tak minat Anuar Zain....
Sampai bende ni pun baru tau...
Abang Anuar Zain, jangan marah haaaaaa....... =P
(Kau ingat Anuar Zain baca blog kau AJ????)
Baca Selanjutnya »

Alahai Biawak.......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Eh???? Apa bende yang pagi-pagi Jumaat dah cerita pasal biawak ni???
Ishhhhhh, biawak siapalah yang terlepas kat jalan Seremban-Tampin tu??

Rembau : Disebabkan seekor anak biawak melintas jalan, 4 buah kenderaan termasuk sebuah lori tangki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 28.5 Jalan Seremban-Tampin.....
Menurut salah seorang mangsa yang merupakan pemandu Proton Saga BLM, Mohd Firdaus Abu Bakar, 24,
kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu berlaku apabila sebuah kereta kancil berhenti secara tiba-tiba bagi mengelakkan terlanggar seekor anak biawak...
Pada masa yang sama sebuah lori tangki gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang kereta mangsa menyebabkan keretanya melanggar belakang kancil tersebut dan berpusing dua kali...
Manakala kepala lori tersebut termasuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah Proton Saga lama dari arah bertentangan..
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan......

Sumber : Harian Metro


P/s : Lain kali cuba ajar biawak korang tu lintas jalan time kereta tak banyak.....
Jalan Seremban-Tampin tu memang selalu berlaku kemalangan pun.....
AJ pun pernah nyaris nak mengalami kemalangan masa nak balik kampung dulu...
Pada korang yang menggunakan laluan tersebut, sila berhati-hati....


Baca Selanjutnya »