Blog COPY-PASTE!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dunia blog ni tak lari dari Copy-Paste...
AJ akui kadangkala AJ juga meng"Copy-Paste" sesuatu atau sesebuah entri..
Lebih-lebih lagi bila info tu memang untuk perkongsian bersama...
Tapi selalunya, AJ akan sertakan sumber entri tu AJ copy dari mana (kredit)...
Bukannya buat macam story tu AJ yang create!!!
Eiiiii... Tak elok tau buat macam tu...
Penat orang fikir nak taip ayat apa...
Tapi sesedap hati je si polan dan si polan ni copy pastu buat macam idea asli sendiri.....
AJ terperasanlah ada beberapa buah blog ni...
Dahlah COPY BULAT-BULAT dari laman hiburan popular....
Lepas tu yang nama si pencipta cerita tu je dia ubah jadi nama sendiri....
Sikit pun tak dikreditkan kepada penulis entri asal....
KAMU!!!! Tak baik buat macam tu tau......
Dahlah semua entri kamu tu copy-paste dari cerita orang lain.....
Kalau ye pun nak copy-paste, tak payahlah tiru bulat-bulat..
Sampaikan iklan dalam blog orang tu pun kamu copy....
Lagilah kantoi!
Hehehhehehe...... =P


P/s : Jadi tak seronok baca blog COPY-PASTE begitu...

Korang minta tolong LIKE contest yang AJ join ni sekali boleh??

KLIK link atas ni ye... =D 

Baca Selanjutnya »

1 LIKE, 1 LOVE!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri melekat beberapa hari... =D

AJ perlukan sedikit bantuan korang.......
Nakkan 2 kali LIKE je dari Facebook korang........
AJ ada submit gambar untuk contest yang memerlukan like dari korang....
So boleh tak AJ minta khidmat 2 kali LIKE tu???

INI PENTING! Kalau tak like page dia, nanti tak valid pulak vote tu....

Kemudian KLIK GAMBAR kat bawah ni......


Then DONE....
Thanks pada yang sudi nak LIKE...
Dapat sorang 1 LIKE pun jadilah......
Alhamdulillah.... =D

P/s : Tolong SHARE kat kawan-kawan lain ye... =D
*tak malunya AJ* =P

Baca Selanjutnya »

Tahniah.... LULUS!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi sebelum keluar lunch AJ dapat email.......
Ingatkan email sampah yang biasa datang menjengah inbox mail tu....
Lepas tu bila bukak je email, terus muka ada manyak senyum....
Email tu pendek je......
Tapi cukup bermakna.......
AJ belum dapat hitam putih lagi.........
Tengah menunggu surat ada cop mohor......
Bila nak sampai tu, tak tau lah....
Sekarang ni asik duk tengok orang lain post gambar surat ada cop mohor tu je.....
Setiap hari mesti ada je yang post..... Jeles i tau!
Arini AJ post yang ni dulu lah....
Kira pre-post la ni...
Hehehhehehhe.. Boleh tak macam tu?? =P
Nak tau apa bendanya??

Tadaaaaaaaaaa......

Status semakan BR1M la.... =D


Kalau korang nak check boleh emailkan nama dan nombor kad pengenalan ke : 
br1m2@treasury.gov.my


P/s : Alhamdulillah....
Pusing balik duit tu bayar BL1M pulak.. =D
RM250 pun dah besar punya syukur....
Baca Selanjutnya »

Nah Kak Hadiah!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah-tengah duduk bersenang lenang...
Tetiba ada yang datang menyapa....
"Nah kak hadiah"
Dengan muka pelik tertanya-tanya hadiah mende pulak bebudak ni....?
Sekali tengok....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ni dia kertas A4 bercetak gambar pemain Manchester United.....
Wah wah wah korang....
Insan-insan yang berkenaan takde, bermaharajalela masing-masing......
Hhahahhahahahhahah...... =D
Tersengih tetiba bila tengok balik "hadiah" korang ni....
Anyway terima kasih ye...
Nanti nak tampal dalam bilik Datuk... Ehhh?????

P/s : Alaaaa...... A4 je...
Kertas A3 ada kat dalam kabinet atas tu.....
Besar sikit... =P


Korang minta tolong LIKE contest yang AJ join ni sekali boleh??
KLIK link atas ni ye... =D
Baca Selanjutnya »

Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ terbaca ni...
Dan AJ nak kongsikan dengan korang...
Mungkin ada yang dah baca... Dan mungkin ada yang baru baca.... =D

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Sumber : FB

P/s : Semoga Jodoh Kalian Semua Berkekalan... =D


Korang minta tolong LIKE contest yang AJ join ni sekali boleh??

KLIK link atas ni ye... =D  
Baca Selanjutnya »