Perjalanan Hijrah Seorang Ayue

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rasa macam tak sesuai je nak cerita, yelah nanti mesti ada yang kata "Alah, baru setahun jagung je kot!". Tapi takpelah, kakak sajalah kongsikan dengan korang macam mana bermulanya perjalanan hijrah seorang Ayue. Bulan lepas ada cerita kat FB. So arini kakak nak cerita pulak kat blog.


Sebenarnya niat nak berhijrah ni dah lama kalau ikutkan, bertahun kakak simpan hasrat. Tapi masih berbolak balik pulak hati tu. Banyak "macam mana", "kalau", "tiba-tiba" bermain kat fikiran. Makanya niat tu kakak lengahkan.

Sampailah 1 hari dalam pertengahan bulan 8, masa tu kakak kat jalan-jalan kat Pasar Chowrasta, Penang dan masuk 1 kedai ni. Kat kedai tu sambil-sambil cuci mata, terberkenan kat sehelai shawl ni. Masa tu takde pun rasa "aku beli shawl ni sebab nak pakai tudung". Serius, sikit pun tak terlintas di fikiran, yang ada masa tu ialah "shawl ni cantik".

Tanpa sedar, inilah dia punya TURNING POINT penghijrahan kakak

Lepas tu esoknya, entah macam mana rasa nak lilit kat kepala ala gypsy. Mula-mula kan rasa segan jugak. Nanti apa pulak orang kata kan. Tapi kakak amik pendekatan, malas nak amik pusing dengan cakap-cakap orang dan kakak pakai macam tu sampailah kakak balik KL masa hari tu.

Lepas pada tu, kakak pegi pulak launching Fareha temankan Nisa Kay. Disebabkan kakak sedia maklum Fareha tu jenama tudung, kakak pakai shawl kat event tu supaya tak nampak macam pelik. Yelah, kakak ni spesis kalau ke event selalunya akan berpakaian ikut kesesuaian majlis.


Dan dijadikan cerita, bermula pada kat Penang tu tanpa sedar kakak dah mula bershawl dan bertudung secara perlahan-lahan. Mula-mula style gypsy, tapi sebab tak rajin nak mengikat style tu setiap kali nak keluar, kakak just pinkan shawl kat kepala dan selimpangkan kat bahu. Sampailah sekarang. Mungkin kakak masih belum pakai tudung menepati syariat, tapi InsyaAllah kakak cuba sedikit demi sedikit.

Masa pakai style gypsy tu ada yang bertanya, kakak dah pakai tudung ke? Jawapan kakak "Taklah."

Tapi itulah orang kata, kalau Allah SWT dah gerakkan hati kita, tanpa perancangan dan secara tiba-tiba sesuatu tu jadi. Kun Fa Ya Kun! Kalau ikutkan, umur 40an kot baru kakak rasa nak bertudung! Hahahah. Jangan kecam pulak ayat kakak ni, walaupun memang minta dikecam! Tapi Allah dah rangka sesuatu yang terbaik buat kakak rupanya. Alhamdulillah.

Semua yang kakak cerita ni, Allah SWT yang atur. DIA yang jentik hati kakak untuk mula berhijrah.

Untuk pengetahuan korang, kakak bertudung ni bukanlah atas paksaan sesiapa, bukan juga sebab nak kawen dan bukan sebab nak jual tudung. Al-maklumlah sekarang ni kan kakak dah jadi agent tudung Fareha. Ini pun lagi 1 hal, meniaga ni tak penah ada dalam kamus hidup kakak tau tak? Secebis kuman pun tak penah terasa nak berbisnes. Hahahahaha. Subjek pengajian perniagaan masa tingkatan 6 dulu pun, tak mencapai piawaian. Cukup-cukup makan je! Hahahahaah. Tapi dah tertulis rezeki kakak buat masa ni, berniaga tudung Fareha pulak.

Satu yang kakak minta, korang doakan kakak lebih Istiqomah. Yelah berhijrah ni mudah tapi nak Istiqomah dan kekalkan hijrah kita tu ada ON/OFF battle dia. Sedangkan yang bertahun-tahun bertudung pun boleh kembali freehair. Inikan pulak kakak yang baru sangat ni. Kakak doakan semoga urusan kita semua, orang yang membaca entri kakak ni dipermudahkan Allah SWT. Amin.

Kat bawah ni yang kakak post kat FB bulan lepas.

    



email signature
Baca Selanjutnya »

Peluang Pekerjaan dengan iREHAB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak awal PKP dijalankan, ramai yang dah mula hilang pekerjaan. Keadaan ni sangat merunsingkan, yelah dengan komitmen yang bermacam-macam tu lagi. Tapi kakak ada berita baik untuk korang!


iREHAB membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang terjejas di luar sana. Kalau korang takda pengalaman pihak iREHAB akan memberikan latihan dalam membantu korang melaksanakan tugas menjaga warga emas yang memerlukan bantuan. 

Kursus dan latihan penjagaan ni agak singkat, hanya dalam 1 hari sahaja. iREHAB bukan hanya menawarkan kursus serta latihan secara teori tetapi juga secara praktikal di iCenter atau iHome. Jadi mereka yang mengikuti kursus dan latihan ini boleh mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Menarik kan? 

Yuran untuk Kursus dan Latihan ni cumalah RM 70 dan selepas sahaja tamat latihan, korang berpeluang untuk bekerja dengan iREHAB. Bagi kakak, peluang ni merupakan peluang keemasan untuk korang kat luar sana. 


Untuk maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan dan kursus latihan yang ditawarkan korang boleh menghubungi iREHAB di talian 017-9880324 atau 012-9061690



email signature
Baca Selanjutnya »

Rawatan Rehabilitasi Dengan Harga Terendah di iREHAB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dengan penularan pandemik Covid-19 ni, kakak percaya ramai yang takut nak keluar rumah, lagi-lagi bila kena ke hospital. Walaupun dengan kawalan SOP yang ketat, ramai yang tetap memilih langkah berhati-hati kan? Nak pulak sekarang ni kebanyakkan hospital terutamanya hospital kerajaan perlu mengurangkan bilangan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan dalam satu-satu masa. 



Bagaimana pulak dengan mereka yang perlu menjalani sesi rawatan rehabilitasi terutamanya mereka yang menghidap stroke? Kita semua tau pesakit stroke memang memerlukan sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy


Jangan risau! Korang masih boleh meneruskan rawatan rehabilitasi dengan harga terendah di iREHAB yang merupakan bukan 1 nama asing lagi. Inisiatif ini diambil untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan terus mendapat rawatan rehabilitasi yang sewajarnya di musim pandemik ini. 

Bagaimana? 

Korang Cuma perlu menunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang korang hadiri atau perlu hadiri untuk mendapatkan harga diskaun. Mudah kan? 

Jangan tunggu lagi, hubungi iREHAB di talian 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji (tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut : FB : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #neurologicalrehabilitation

email signature
Baca Selanjutnya »

Menu Terbaharu Ayam Goreng Mala Marrybrown, MALA-tup!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila tengah PKPB ni, tak rajin kakak nak keluar. Kadang-kadang nak masak pun malas. So amik pendekatan order je. Sekarang kan semua dihujung jari! Dengar cerita Marrybrown ada menu terbaharu iaitu Ayam Goreng Mala Marrybrown bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020. Dan katanya kalau makan ayam goreng tu terasa MALA-tup letup dalam mulut. Betul ke?


Seperti yang kita semua tau Marrybrown merupakan Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia. Jadinya Marrybrown ni memang menjadi salah satu rangkaian restoran yang kakak percayai. 


Ayam Goreng Mala Marrybrown


Hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering. Perghhh membaca ramuan ni je dah buat kakak kau terasa kepedasan dia okay! Bila kakak cuba sendiri baru tau, seawal gigitan pertama Ayam Goreng Marrybrown terasa sensasi MALA-tup tu. Pedas dia rasa hujung-hujung lidah dan membuatkan bibir kakak pijor! Rasa dia pun unik, kenalah dengan moto Marrybrown "something different".


Terdapat 4 hidangan yag boleh korang cuba dari menu terbaharu ni iaitu :

Ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo.
Ayam Goreng 2-pc (RM15.90) dan Ayam Goreng 3-pc (RM18.90)



Kedua-dua kombo ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.


Kombo Bubur Ayam MALA dimana buburnya digabungkan dengan MALA powder untuk rasa yang lebih memukau. (RM14.60)


Mala Box Meal dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan onion ring. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik. (RM22.60)


Setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola.


Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan bermula RM14.90 sahaja.


Kakak dah rasa dah sensasi MALA-tup menu terbaharu Marrybrown ni. Memang best! Korang kena cuba okay!



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV

P/s : MALA-tup mulut!

email signature
Baca Selanjutnya »

Kita Ke Kampung 2.0 | Aktiviti Budak Bandar Masuk Kampung!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kakak dilahirkan dan membesar di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, nak merasa suasana kampung tu memang susah. Paling tidak pun sekadar main-main dalam longkang je. Mana cukup kampung kan? Kalau balik kampung pun dah tak merasa macam kat kampung sebabnya, kampung kakak pun dalam kawasan bandar! Hahahaha.



Dalam entri kali ni kakak nak kongsi dengan korang aktiviti budak bandar masuk kampung sepanjang program Kita Ke Kampung 2.0. Kalau korang belum baca entri kakak sebelum ni, klik sini.

Kampung memang best, permainan dia pun kebanyakannya sangat simple tapi dia punya fun, eh susah nak cite! Masa kakak kat sini, mengalahkan bebudak dah rasa. nak pulak masa aktiviti tangkap ikan! Tak puas rasanya berkubang. Hahahahahaha.

PERMAINAN KAMPUNG

Bowling Kelapa



Korang ingat senang ke nak main bowling kelapa ni? Mencabar dan menguji minda okay. Yelah, bentuk buah kelapa tu kan macam-macam, mana mau nye nak bergolek lurus macam kat pusat bowling tu. Kakak cuba 3 kali, hasil dia 1 pun tak kena! Hahahahaha. Riuh rendah semua orang masa duk main game ni, tak puas hati bila cuba berkali-kali pun masuk ke longkang!

Membuat Trumpet


Selain buah kelapa dijadikan bola bowling, daun kelapa pun ada kegunaannya tau. Bukan setakat boleh buat sarung ketupat, tapi boleh dijadikan trumpet. Tapi nak gulung daun kelapa tu pun ada caranya, tersilap sikit je alamatnya tak berbunyilah trumpet korang. Sampai kesudah tiup pun tak boleh okay! Hahahahaha. Kakak punya pun memula tak jadi, bila dah jadi eksyen pulak dengan orang lain. Bila semua orang dah siap trumpet masing-masing, haru-biru jadinya dewan malam tu! Hahahahahha.


Pertandingan Membuat Orang-Orang

Kat area Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam memang banyak kawasan sawah padi, jadinya orang-orang kat tengah sawah tu bukan pemandangan luar biasa. Tapi penah tak korang buat orang-orang tu sendiri? So kami diberi sedikit penerangan mengenai orang-orang dan cara membuatnya.



Orang-orang digunakan untuk menakutkan burung daripada merosakkan hasil tanaman padi. Orang-orang selalunya dibuat dengan menampakkan ianya menyeramkan. Tapi sampai kat kitorang, macam-macam bentuk orang-orang muncul! Hahahahahha. Seronok sangat sesi ni. Korang rasa orang-orang group kakak yang mana satu?




Mengail di Tali Air

Kalau korang nak tau, kakak ni spesis yang takde kesabaran ye. Jadinya aktiviti mengail kat tali air ni bukanlah sesuatu yang kakak rasa seronok. Yelah kena tunggu ikan tu makan umpan kita, bercinta oi!


Tapi kan, mengail kat tali air Kampung Parit 2 ni jadi seronok pulak. Sebabnya, kakak tak payah nak tunggu lama-lama, kejap-kejap rasa tali pancing tu kena tarik. Kat sini tak payah nak pakai pancing Abu Garcia ye, pakai batang buluh dengan tali tangsi je dah cukup. Kelakarnya, bila dah dapat ikan sorang pun tak ta umacam mana nak kuarkan mata kail dari mulut ikan. Yelah, dapat ikan keli kot. Silap cara mau kena sengat walaupun kakak sekadar dapat anak ikan! Hahahhahahahah. Nasib Wak lalu, Wak la penyelamat kitorang dan anak ikan tu.



Mengagau Ikan!

Ni antara aktiviti paling seronok sepanjang kakak di Kampung Parit 2! Berkubang dalam plot sawah sambil tangan mengagau ikan kat dalam lumpur tu. Pengalaman ni kakak rasa tak dapat kat memana, dalam program Kita Ke Kampung 2.0 ni la kakak dapat merasa!


Masa mula-mula masuk dalam plot sawah tu semua macam takut baju kotor la, geli bila ikan tu berenang-renang celah kaki la. Tapi kan, bila dah dapat tangkap ikan tu, hilang semua rasa. Siap ada yang berenang lagi dalam plot sawah tu! Hahahahahahaha. Dah tak heran baju kotor, muka comot bagai, nampak je bayang ikan semua pegi terpa macam nak bunuh ikan tu! Penyudahnya ikan yang takut. Hehehehehe.


Sebenarnya nak tangkap ikan ni ada tips dan cara dia, masa air tengah tinggi tu memang korang takkan dapat la nak tangkap ikan tu, tunggu air dah surut sikit baru la korang tangkap ikan tu. Cara nak pegang pulak, korang kena tangkap bahagian kepala ikan tu. Kalau korang pegang kat badan dia memang ikan tu confirm terlepas! Badan dia kan licin.


Korang jangan tak percaya, kakak peserta perempuan yang dapat tangkap ikan paling banyak tau! Taklah banyak mana, 6 ekor je. Jadilah kan? Hahahahaha. Kalau ikutkan, kakak nak berkubang sampai ke petang okay! Oh ya, masa kakak post gambar kat media sosial kan ramai yang tanya, ikan tu tak sengat ke? Jawapannya tak, sebab ikan tu semua dah dibuang sengat! Hahahahhaa. kalau masih ada sengat. mau budak bandar ni semua balik bengkak-bengkak tangan.



Lepas habis berkubang dalam plot sawah, sempat pulak berendam dalam tali air. Dasar budak bandar! Orang kampung layankan je la. Hahahaha




TARIAN TRADISI DAN KEBUDAYAAN

Silat, Tarian Kuda Kepang dan Barongan

Semasa malam pelancaran program Kita Ke Kampung 2.0, kami dipersembahkan dengan silat, tarian kuda kepang dan barongan. Kakak percaya, sekarang ni ramai anak muda dah tak berapa mengenali tradisi dan kebudayaan ni. Masa program ni, kakak rasa bangga sangat sebab disini masih mengekalkan tradisi dan budaya. Dan kakak bangga juga sebab menjadi salah seorang yang masih boleh melihat sendiri persembahan kebudayaan yang makin ditelan dek zaman.


Tarian Kuda Kepang dan Barongan ni bukan sembarangan orang boleh lakukan. Katanya, semangat kuda kepang ni lain. Wallahualam. Tapi kakak amik pengalaman ni untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Sebenarnya bila tengok persembahan kuda kepang yang betul tu, terasa seram jugak. Dalam masa yang sama, kakak teruja! Belum penah lagi kakak tengok persembahan yang betul depan mata. Inilah pertama kali.


Best tak? Kalau korang nak merasa duduk kat kampung, korang boleh berkunjung ke Kampung Parit 2 ataupun Dorani Homestay ni, seronok dia tak boleh digambarkan hanya dengan membaca entri ni. Korang kena amik pengalaman sendiri baru best!

Apapun terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kita Ke Kampung 2.0 iaitu Gaya Travel, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa & Kampung Tradisi Negeri Selangor, bersama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKN).

Harapnya tak serik nak jemput kakak lagi!

Baca Selanjutnya »