Yeayyy... Kami Berdua Dapat Kerja Baru.... =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhh..... Lama tak mencurah perasaan dan sukukata kat Blog ni....
Al-Maklumlah Busy sangatlah kononnya... Hehehehheheh....
Hurmmm sepanjang lama mendiamkan diri tak banyak pun benda yang jadi selain daripada dating, dota, berjalan-jalan dengan Mr. JR..... Hehehheheh...

Bulan ni, AJ dah start kerja baru... Alhamdulillah..... Abis je contract terus dapat kerja baru...
Lepas teman Mr. JR pergi Interview, esok tu pulak AJ kena pegi Interview.... Berrrkaaaatttt...
Alhamdulillah kami berdua dapat kerja....... So 5hb Disember tu, masing-masing sudah berkerjaya.....
Mr. JR lah manusia paling happy sebabnya dia memang berharap dapat kerja kat tempat tu...... 
AJ????? Mestilah gembira sebab dia dapat kerja tu.... 
Tak sia-sia AJ tunggu dia kat The Weld tu berjam-jam... Memang berbaloi-baloilah.... 
Hehhehehehehhe... =) 
AJ pun happy jugak dapat kerja... Tapi taklah sehappy bila tengok apa yang dia idam-idamkan berada dalam genggaman.....


P/s : Boss.... Maaf ye, AJ memang suka curi tulang.... Hahahhahahhaa.......
OkBye!!!!!!!!! See U Later Okeng... =)
Baca Selanjutnya »

Salam Aidiladha...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Aidiladha korang. Pada yang balik ke kampung halaman tu, berhati-hati di jalanraya Mana yang beraya kat KL tu, samalah kita. Hehhehehhehhe.

Macam biasa, hari-hari raya ni, KL lengang lah. Al-maklum, warga kota semua dah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Yelah, orang ada kampung. Kita ni takde kampung. Hahhahhahhaha. Touchinglah pulaksszzz!

Hmmmm. Aidiladha tahun ni, AJ tak dapat nak raya sebab demam melanda kembali. Beraya lagi kat PPUM. Kesian batul! Tapi takpelah, dugaan dihari raya nama dia. Hehhehhehe.


Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha. Berhati-hati walau dimana sahaja kita berada okay.

P/ s : Siapa buat ibadah korban???

Baca Selanjutnya »

Berkampung Di PPUM


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Memandangkan demam masih belum kebah, makanya hari ini berkampunglah di PPUM. Terima kasih kekasih hati Mr. JR dan Aja sebab bawakan si degil kepala batu ni pegi hospital. Heeheehe. Kalau ikutkan memang tak kuasa AJ nak ke hospital tu!

Sampai kat PPUM macam biasa la, nurse mesti tanya "sakit apa??". AJ pun jawablah dengan muka yang penuh sedih dan syahdu, "Demam, sakit tekak, batuk, selsema dll." Ambik, memang pakej terbaik dari LADANG VIRUS. Hehehhehe.

Hampir pukul 12 pm nombor AJ pun dipanggil. Dah siap daftar, nurse cakap lepas pukul 2 pm baru doktor boleh check. Lama lagi la nak kena menunggu tu.

Tik tok tik tok Masa pun berlalu. Sayup-sayup kedengaran nama AJ dipanggil. Masuk je bilik doktor AJ dah nampak jarum. Oh no! Kena ambil darah. Ni la yang paling AJ tak suka kalau ke hospital. Punya seram tengok jarum sampai temperature badan pun lupa nak tengok. Hahhahhaha. Bukan penakut, tak suka tau!


Sementara tunggu keputusan darah, sempatlah AJ tidur dulu. Yelah, kalau ke hospital memang akan makan masa. Pesakit punyalah ramai. Akhirnya lepas sekian lama menunggu angka giliran AJ dipanggil sekali lagi. Ting Tong.... "1286 bilik no 5"

Masuk bilik doktor ,dia check tekak semua da Keputusannya "Cik takde denggi, tekak bengkak (sebab batuk berdekah-dekah) dan ada infection dalam darah". Alhamdulillah, takda pape yang serius.

Dapatlah MC 2 hari berserta list ubat panjang berjela.Hambek!!! Muntah ubat la AJ ini macam. AIYOOOOOKKKKKK!!!!!!!!


P/s : Tak sukanya bila kena makan ubat!

Baca Selanjutnya »

Manusia Semakin Hilang Pertimbangan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pasti entri kali ni mesti dah ramai orang yang menulis dan bercerita pasal hal ni. Berita semalam yang AJ tengok memang sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan. Dua kejadian yang melibatkan bayi dan kanak-kanak yang belom mengenal dunia. Ya Allah, kenapa manusia semakin hilang pertimbangan. kejam dan zalim?

Kes 1 berlaku di China

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun digilis oleh 2 buah kenderaan. Malahan lebih menyayatkan hati 18 orang dewasa yang sepatutnya mampu berfikir hanya melihat dan tidak mempedulikan kanak-kanak kecil yang terlantar di atas jalan tersebut. Kemana hilangnya perikemanusiaan mereka? Takkan mereka sedar betapa sakitnya budak tu?

Mungkin kalau ada orang yang mempedulikan kanak-kanak itu lebih awal, kecederaannya mungkin tidak terlalu parah. Apa agaknya perasaan 18 orang yang lalu-lalang tanpa ada rasa simpati tu sekiranya kejadian sama berlaku kepada anak-anak atau kaum keluarga mereka sendiri?


Kes 2 berlaku di Malaysia.

Seorang gadis berusia 16 tahun bertindak kejam dengan membunuh bayi yang baru dilahirkan hasil hubungannya bersama teman lelaki dengan mengelar leher serta beberapa bahagian badan bayi malang tersebut. Tindakan kejam terbabit hanya disedari selepas seorang guru memeriksa bilik asrama gadis terbabit selepas beliau tidak menghadirkan diri ke kelas. Apalah dosa bayi sekecil itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa oleh insan yang melahirkannya? Tidak kira apa sahaja taraf bayi malang itu, dia tidak berhak diperlakukan seperti boneka yang tidak bernyawa.

Ya Allah apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujungnya? Manusia kini makin hilang pertimbangan. Tiada lagi rasa simpati dan rasa bersalah dalam diri. Cuma melihat dan melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebab dan akibat. Di mana letaknya moral kita sebagai manusia? Tepuk dada tanya selera.

P/s : Ya Allah, kau lindungilah keluarga dan rakan-rakanku dari segala bencana. Janganlah kau jadikan mereka manusia yang buta hati dan perasaan. Amin ya rabbal alamin.


Baca Selanjutnya »

Ride ke Port Dickson


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Wahhhhh. Agak lama kan tak update apa-apa kat sinikan? Kalau nak ikutkan memang banyak sangat benda yang AJ nak cerita. Boleh buat Novel Cinta setebal 368 muka surat okay. Hehehhehehe.

Sepanjang sebulan menyepikan diri dan jari-jemari ni kan, banyak aktiviti yang AJ buat. Macam biasalah, wreennnggg sana sini dengan Mr. JR sudah menjadi aktiviti wajib. Hehheheheh. Selebihnya AJ lebih banyak duduk kat ofis dan balik rumah tidur. =)

8 Oktober & 9 Oktober 2011 - AJ & MR. JR dengan rakan-rakan Scram Club ke Ride Port Dickson.

Adalah dalam lebih kurang 40biji motor jugak yang join. Malam tu kitorang bergerak dalam pukul 1.30am dari KL. Ikut plan nak gerak pukul 11pm tapi memandangkan keadaan cuaca tak begitu mengizinkan, makanya berlakulah sedikit kelewatan. Macam mana pun Alhamdulillah perjalanan kami selamat.Sampai PD kitorang berehat dan makan. Dah macam sahur pulak makan pukul 3am. Hehhehehehe, Lepas makan, masing-masing dah letih kitorang balik homestay dan merehatkan badan seketika.

Dalam pukul 8am bangun bersiap dan bersarapan pagi kat warung berhampiran. Thanks Waklu belanja kami semua sarapan pagi.=) Lain kali belanja lagi okay!

Lepas sarapan bergerak ke Tanjung Biru mandi laut. AJ biasalah, mana boleh tak mandi kan. Gigih la membeli baju sebab tak bawak baju spare.Mana tau lepas sarapan terus nak terjun laut, so baju semua tinggal kat homestay.

Nasiblah Mr. JR murah hati nak suh beli baju untuk mandi, tapi rasanya rugi je tau sebab AJ terjun laut 10minit je! Tak gigih la nak mandi lama-lama. Hahhahahahhahah. Dah puas mandi laut, semua balik homestay packing barang dan bertolak balik ke KL. Macam biasa ride ni santai-sabtai je. Sambil ride, sambil merapatkan ukhwah sesama ahli scram Club.




Itu je lah yang AJ nak cerita. Malas pulak nak fikir apa aktiviti lain, nanti mau panjang berjela-jela entri ni,

P/s : Lepas ni cuba nak gagahkan diri update blog hari-hari.

Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Raya Aidilfitri


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Wah diam tak diam dah dekat 2 minggu dah kita menyambut Syawal kan. Rasanya belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada Semua Umat Islam. Kepada mereka yang bukan Islam, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54.

Raya tahun ni rasanya macam tak semeriah selalu kot. Sebabnya cuti macam tak berapa nak ada. Kesiannya! Tapi dalam tak berapa nak ada, AJ sempat juga beraya kat KL-N9-MELAKA dan PERAK. Hahahahahha. Dan dengan bangganya nak bagitahu AJ juga berjaya collect "Duit Raya". Bangga sangat okay. Hahhahahhahha.

Tapi dalam AJ beraya, kesian kat Mr. JR ku sebab kena kerja. So petang raya same macam tahun lepas AJ hantarlah Rendang kegemaran dia kat office. Kunun prihatin! Hahahahhaah. Takpe ye, nanti kita raya sesama pulak okay.

Okaylah! Rasanya malas nak merapu panjang-panjang nanti ada masa AJ update okay. Nah gambar raya sikit.





Baca Selanjutnya »

Tengok Siapa Yang AJ Jumpa?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini, 18 Ramadhan dah ada rasa mood nak raya bila dengar lagu raya berkumandang kat ofis. Kalau tak rasa macam Krismas pulak bila diorang mainkan lagu Pussycat Doll. Ada ke patut. Cehhhhh! Hilang jap mood nak raya AJ. Hahhahahhahaha.

Seperti semalam, bila dah sampai masa nak balik kerja je mesti hujan turun selebat-lebatnya. Nasib hari ni agak baik bila hujan lebat tu tak lama. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, tak lah basah sangat macam semalam. Sebabnya awal-awal lagi AJ dah prepared payung yang agak besar dan yang paling penting, TIADA KEBOCORAN! Hahahhahahha. Dah macam iklan pad pulakkan.

Hurmmmm, balik kepada topik entri AJ tadi. Masa balik tadi, tetiba je AJ ternampak Van "Jamu Mak Dara" dekat tengah-tengah jalan Bawah LRT Masjid Jamek tu. Ohhhhhh, diorang nak bagi air dan roti untuk sesiapa yang agak-agak tak sempat nak sampai rumah tu kot. Masa lalu kat situ, ternampak la mereka-mereka ni.








Kenal tak? Hehheheheheh. Kalau korang penah tengok cerita Congkak, mesti kenal dengan si cantik manis ni. ERIN MALIK. Tapi yang bestnya AJ nak panggil Erin, sekali nama ELFIRA yang terkeluar. Hehehhehheh. Sorrylah Erin ye, tersasul pulak. Tak disengajakan!






.





Kak AMYZA AZNAN ada juga, sporting betul dia ni. Tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi layan peminat






















Kak AIDA ARIS yang tengah sibuk membungkus air kotak dengan roti pun ada. Sempat lagi buat "Peace" tu. Hehhehehehehehhe.












Tu je la yang sempat AJ snap. Actually ada lagi la yang AJ perasan, Nanu Baharuddin dengan Anding AF. Disebabkan masa dah suntuk, AJ pun meninggalkan kawasan kejadian. Hehhehehheh. Taknak lah berbuka dalam bas lagi. Hujan-hujan confirm jalan jem. Apapun diorang memang sporting.


P/S : Nasib sempat sampai rumah on time! So takdelah nak kena berbuka di tengah jalan lagi. Yeay....... =)

Baca Selanjutnya »

17 Ramadhan. Berbuka Dalam Bas Nampaknya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ini dalam sejarah bila buat julung kalinya AJ terpaksa berbuka dalam bas. Hehehehheheh. Kesianlah kat diri ini. Puncanya, balik kerja tu terus merayap kat Bazaar Jalan TAR dengan Kak Ani. Mentang-mentang ofis kitorang area situ, sempat lagi memanjangkan langkah men"survey" apa yang patut. Lepas tu hujan mulalah turun dengan lebatnya. Nasiblah dah sediakan payung.

Tapi ada payung pun macam tak guna jugak bila payung tu rupanya agak bocor. Basah jugalah cita dia. Masa survey-survey tu "ter"berkenan pulak kat sepasang baju ni.Cantiknya! Tunggu gaji keluar ni, terus nak belikan untuk mak, mesti dia suka! Silap-silap lepas raya tu AJ pulak yang sarung. Dah size pun lebih kurang je kot. Hahahhahaha....

Lepas tu dalam pukul 7, AJ naik LRT balik. Dalam perjalanan tu sempat la singgah beli air. Just in case! Sekali betul jangkaan AJ. Kat stesen Bangsar tu pulak, lama gila tunggu bas. Elok je naik bas, azan Maghrib pun berkumandang. Makanya buat pertama kalinya AJ berbuka dalam bas. Mujur dalam beg ada kurma sekali.

Moral of the story : Kalau dah tau nak panjangkan langkah tu, lain kali berbuka je terus kat luar. Sah-sah tak berbuka dalam bas. Hehehhehhehe. Takpe, pengalaman kan.

P/s : Dalam Sejarah Betul.
Baca Selanjutnya »

Ramadhan 16... I'm Back!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Ramadhan bagi rakan-rakan yang beragama Islam. Rasa macam dah terlambat je nak ucap ek? Tapi tak kot, selagi kita masih berada dalam Bulan Ramadan ni.

Diam tak diam dah 16 Ramadhan kan? Kejap je rasa dah nak raya. Sepanjang bulan Ramadhan ni, tak banyak pun aktiviti yang AJ buat. Selain berbuka puasa dengan rakan-rakan belia macam tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni berbuka kat Dagang Avenue Food Court, tapi tak ramai pulak yang join. Lepas tu kitorang terus pegi Bagan Lalang tanpa ada apa-apa plan. Hahahhahhaha.

Bila dah pertengahan puasa, memang dah mula sibuk dengan persiapan raya. Baju raya AJ? Dah siap bulan Februari lagi okay. Hahhahhaha. Semangat gile! Hope body tak out of shape la. Kalau tak menangis AJ di pagi hari raya. Bukan sebab nangis sedih bermaaf-maafan tapi sedih sebab baju raya tak muat. Hahhahahah. Tapi macam tak mungkin je. Mak maintain noksss! Baju kaler apa? Biarlah rahsia.

Ehhhhh?? Dah sampai raya pulak cerita AJ kan. Puasa belum habis lagi ye cik AJ. Hahhahhaha. Bila sebut pasal puasa teringat masa zaman sekolah rendah. Punyalah AJ ni ngelat nak puasa, balik sekolah buka peti ais then teguk air macam tak pernah jumpa air. Dah hilang rasa dahaga kat tekak tetiba boleh pulak cakap "alamak, tak sengaja la". Hahahhaha. Nakal betul! Bila ingat-ingat balik mesti tergelak sendiri. Tapi dah besar-besar ni, Alhamdulillah la ok je. Takde ngelat-ngelat okay!

Okay lah, macam dah malas pulak nak menaip ni. Ni pun saja nak lepas r.i.n.d.u. Apapun SELAMAT BERPUASA

P/s : Ada ke yang dah register jadi geng plastik hitam?
Baca Selanjutnya »

Ride to Cameron Highland....... Superb!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

10 Julai 2011 - AJ pegi konvoi naik Cameron Highland dengan Mr. JR dan budak-budak scram anjuran Kelab Demak DTM. Best gila.

Pagi tu masing-masing berkumpul kat RnR Rawang, bersarapan dan isi minyak. Then bila semua dah ada dalam pukul 8 pagi kitorang bertolak ke Cameron Highland. Ni kali kedua AJ ride jauh-jauh lepas Muar aritu. Hehhehehe. Kecoh la minah ni kan kan kan.

Dalam pukul 11 lebih kitorang sampai kat Tapah, kat situ ada lagi beberapa buah motor yang dah tunggu. Ramai jugak yang join program ride santai kali ni. Dalam FB pun 20 lebih orang yang confirm.

Time naik tu Alhamdulillah cuaca pun agak baik Tapi jalan lama tu agak kurang elok la Biasalah jalan lama kan. Semua tu tak menjadi penghalang untuk memasing ride.

Sampai je Cameron Highland, destinasi pertama yang kami tuju mestilah kedai makan. Selesai makan tengah hari kat Brinchang kitorang ke ladang teh Boh Sungei Palas. Kat situ lepak agak lama juga sementara menunggu group lain dari Temerloh. Sempat la menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat situ. Ada yang siap tertidur-tidur lagi penat punya pasal. AJ seperti biasa la, jadi  "Mesin Pengisar Makanan". Bila gi tempat sejuk ni mulalah mulut tu asik nak mengunyah je!


Setelah agak lama kat situ, akhirnya sampai juga group dari Temerloh tu. Tanpa membuang masa kitorang pun gerak pegi Gunung Brinchang pulak. Jalan nak naik tu aduhai punya lah curam. Ada la 2-3 buah motor yang jatuh dan ada jugak yang tak lepas naik. Lepas tu turun pulak gi makan dan shopping Strawberry. AJ tak beli bawak balik pun. Makan kat situ je. Cam biasa bila pegi Cameron je mesti la AJ makan Strawberry with Whipped Cream. Yummy! Sedapnya. Lepas tu AJ makan pulak dengan Strawberry Sundae. Best baq ang! Kalau boleh tapau bawak balik, dah tapau 8 dah. Hehhehehhehe. Bak kata Mr. JR amik biji strawberry tu, lepas tu tanam kat umah letak bawah air-cond. Camtu pun boleh ke??? Hehehheheh.

Bila perut dah kenyang dan dah puas meneroka sekitar Cameron Highlands kitorang pun meneruskan perjalanan balik.. Kejap je kan?? Yelah pegi naik Cameron bukan nak jalan sangat, gi ride santai je. Sebelum balik kitorang sempatlah amik gambar beramai-ramai buat kenang-kenangan. Alhamdulillah cuaca pun okay walaupun masa memula nak turun dari Cameron tu menitis dah 2-3 titik hujan.. Tapi nasiblah tak turun. Kalau tak sukar jugak perjalanan tu.

Balik tu pulak, AJ dan Mr. JR memang tak larat gila nak teruskan perjalanan balik dengan bebudak konvoi.. Sampai RnR Ulu Bernam kitorang berhenti rehat dulu. Bagi hilang sengal-sengal. Alhamdulillah lepas dah berehat, kami berjaya meneruskan perjalanan sampai ke KL.

Sampai je rumah, dah tak nampak lain dah. Tilam dn bantal dah mula memanggil! Hahahahaha.

P/s : Nanti jom ride lagi!

Baca Selanjutnya »

CERMIN diri sendiri sebelum nak mengata orang lain....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pelik la aku dengan seorang budak ni. Kononnya tak puas hati sangat dengan AJ macam la AJ ni ambil hak mutlak dia sangat. Kadang bila difikir-fikirkan rasa nak tergelak berguling-guling sebab terlalu kesian tengok orang macam dia. Nak mengata AJ itu dan ini tapi tak reti pulak nak cermin diri.

Hello! Elok sangat ke rupa tu sampai nak kena kutuk fizikal orang lain?? Kalau nak dibandingkan AJ dengan dia tu, AJ rasa AJ ni 6 kali lagi elok pada dia dan orang lain pun akan setuju dengan AJ. So nak tak kalau AJ belikan cermin yang lagi besar dari cermin toilet untuk digunakan cermin diri sendiri tu?

Apa pun AJ nak bagitahu yang AJ sangat-sangat bersyukur bila ALLAH S.W.T tu jadikan AJ macam ni. Dan yang lagi penting, AJ sedar diri sendiri ada kekurangan. Jangan gunakan kekurangan orang lain untuk menutup kekurangan sendiri yang sememangnya tak boleh nak cover tu. Hahahhahahah.

TAK SEDAR DIRI... Kalau nak kutuk orang pun, sila la tengok diri tu dulu OKAY??

Mood : Nak tergelak dari Johor sampai Perlis dengan gelagat ORANG TAK SEDAR DIRI macam tu...

NAH AMIK CERMIN NI BUAT CERMIN DIRI SENDIRI DULU.



P/s : Kalau rasa diri tu bagus sangat, benda tak jadi macam ni. So, AJ tak salah la bila benda ni jadi.

Baca Selanjutnya »

Semakin kuat DUGAAN melanda, Semakin dekat jalan BAHAGIA.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam beberapa minggu ni, bertimpa-timpa dugaan yang melanda. Yelah, kehidupan mana yang tidak dilanda badai. AJ pasti semua orang pasti akan melalui fasa kehidupan yang sebegini. Kalau ada yang cakap tak pernah, mungkin masanya belum tiba. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang di atas bukan selalunya sentiasa berada di atas dan yang jatuh tersungkur belum tentu tidak berupaya bangun kembali.

Begitu jugalah yang terjadi kepada AJ.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali melalui fasa yang penuh dengan keperitan ibarat digantung sampai mati, AJ berjaya menjadi seorang yang lebih tabah. Dan AJ semakin dekat dengan jalan yang penuh KEBAHAGIAAN. Terima kasih YA ALLAH kerana memilih AJ menjadi penerima dugaanNYA. AJ percaya DIA memberikan dugaan kepada hambaNYA untuk menguji dan menjadikan seseorang itu lebih tabah. 

Dan..... Di hujung setiap dugaan yang DIA berikan sudah pasti terselit sesuatu perkara yang kita tidak nampak iaitu KEBAHAGIAAN. Dan rasanya AJ telah nampak sedikit kebahagiaan tu, walaupun belum atau tidak seindah yang AJ harap-harapkan. Alhamdulillah. Dugaan itu juga menjadikan AJ insan yang lebih tabah dan berfikiran positif.

Betul kata orang kita jangan selalu kalah dengan dugaan, jangan cepat berputus asa. Kerana SEMAKIN KUAT DUGAAN MELANDA, SEMAKIN DEKAT JALAN BAHAGIA....

Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku dalam menempuhi dugaanMU yang masih penuh dengan jalan-jalan berliku. Semoga pintu menuju bahagia itu sentiasa terbuka luas buatku dan juga buat insan-insan yang terdekat denganku. AMIN.

P/s : Alhamdulillah atas rasa ini....

Baca Selanjutnya »

Happy Birthday to Me & Mr. JR.......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Happy Birthday to Me on 6th June 2011 and Happy Birthday to JR on 8th June 2011.

Tahun ni genap la umur kami 25 tahun dan 24 tahun. Alhamdulillah kerana kami masih diberi peluang untuk masih lagi bernafas di muka bumi ni

Takde celebrate apa-apa pun. Cukuplah sekadar wish Happy Birthday je. Tahun depan kita celebrate sama-sama ye. Hehehhehheh. Insyaallah kalau umur dan jodoh kita masih panjang. Aminnnn.

Thanks for the Chicken Wing.  Sedap jugak sesekali duk celebrate ala kadar je kan. Hahahaha. Jadilah asalkan perut kenyang dan hati bahagia. Kahkahkah.


Gambar Hiasan

I doakan semoga kita berdua dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan yang paling penting semoga jodoh ada jodoh antara kita. Aminnn.


Baca Selanjutnya »

Orang Yang MENCINTAIMU................


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Orang Yang Mencintai Kamu..

1 - Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu seorang dan tiada yang lain.

2 - Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya apa yang penting ialah melihat kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impian serta pujaan hatinya.

3 - Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya. Kamu adalah orang yang tercantik, terhebat dihati dan dimatanya walaupun kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4 - Orang yang mencintai kamu selalu sahaja ingin mengetahui segala kegiatan yang kamu lakukan pada setiap hari kerana dia mahu memastikan kamu selalu berada dalam keadaan yang baik-baik belaka.

5 - Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Good Night", "Take Care" dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan rasa cintanya dalam cara yang berbeza.

6 - Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS walaupun hatinya mungkin sedikit terguris dengan tindakanmu itu.

7 - Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang telah kamu lalui bersama walaupun kamu sendiri mungkin sudah melupakannya kerana setiap saat bersamamu itulah sesuatu yang sangat berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang lagi.

8 - Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan walaupun kamu sendiri tidak ingat pernah menuturkannya. Kerana orang yang mencintai kamu itu sentiasa menyematkan kata-katamu di hatinya sekalipun ia pernah melukai perasaannya.
 
9 - Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari perkara-perkara yang menjadi kesukaanmu hanya kerana ingin menjadikan perkara itu kesukaannya juga. Walaupun sesukar mana pun, ia akan tetap berusaha sehingga berjaya.

10 - Jika si dia mengetahui kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk. Si dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon setiap 5 minit sekali semata-mata untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan kesihatan kamu dan terlalu mengambil berat tentang kamu.

11 - Jika kamu akan menghadapi ujian atau ingin menghadiri temuduga, dia akan mengirimkan SMS untuk memberi kata-kata semangat kepada kamu sebelum dan pada hari perkara tersebut berlangsung.

12 - Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin pada kamu itu ialah sesuatu yang sangat biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13 - Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon, sehingga kamu menjadi bingung. Hal itu terjadi kerana pada saat itu dia merasa sangat gugup seolah-olah kamu telah menggegarkan dunianya.

14 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmumu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu kerana baginya tiada apa yang lebih membahagiakan selain berada disampingmu walaupun ketika itu mood kamu tidak begitu baik.

15 - Jika suatu saat kamu harus berjauhan dengannya, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu kerana jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16 - Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti BAPA ATAU IBU mu daripada seperti seorang kekasih.

17 - Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang MERIMASKAN seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS hanya untuk menyatakan perkara-perkara yang tidak penting. Sedangkan sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18 - Orang yang mencintai kamu kadang-kadang akan melakukan hal-hal yang memeningkan kepalamu untuk mendapatkan perhatian. Namun apabila kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan segera meminta maaf dan berjanji tak akan melakukannya lagi. Tetapi perkara itu pasti akan berulang kerana dia terlalu mencintai kamu.

19 - Jika kamu memintanya untuk mengajari kamu sesuatu, maka ia akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan mengajarmu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu dan dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.

20 - Kalau kamu melihat telefon bimbitnya, kamu akan mendapati namamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia juga masih menyimpan SMS-SMS darimu walaupun kamu telah mengirimnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas. Malahan segala barang-barang pemberian kamu menjadi benda yang paling berharga buatnya walaupun kamu hanya membelinya dengan harga RM0.30.

21 - Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang diri dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan kepadanya, dia sentiasa ada untukmu kerana sebenarnya dia akan tetap menunggumu dan dia tak pernah mencari orang lain bagi mengisi kekosongan itu.

22 - Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui sesuatu kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu minta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

23 - Orang yang mencintaimu sentiasa berada bersamamu dikala susah mahupun senang. Dia juga tidak kisah mendampingimu walaupun ketika itu kamu tidak berharta. Malahan dia sanggup berkongsi duit yang hanya ada RM5 padanya ketika itu denganmu tanpa banyak soal.


24 - Orang yang mencintai kamu tidak pernah membiarkan kamu merasa susah hati. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi dahan yang kuat untuk kamu berpaut dan sanggup membakar dirinya hanya untuk menerangi duniamu.

25 - Orang yang mencintai kamu sanggup mengorbankan dirinya hanya untuk melihat kamu sentiasa gembira. Walaupun kegembiraan kamu itu menghancurkan seluruh perasaannya.


[ Pernahkah ada seseorang yang berbuat demikian kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut kerana kamu akan menyesal melakukannya! ]

Hargailah orang yang mencintai kamu sepenuh hatinya walaupun orang itu tidak sesempurna orang lain, kerana sekali dia berlalu kamu tidak akan pernah menemui orang sepertinya lagi.......

P/s : Adakah dia menyayangimu???

Baca Selanjutnya »

12 Perkara Yang Wanita Tak Suka Pada Lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki-Lelaki Sila Ambil Perhatian!

Kadang-kadang lelaki tak sedar apa yang mereka lakukan selalu mengguris hati wanita. Ini 12 yang lelaki kurang ambil perhatian.

1. MENINGGIKAN SUARA

Ya, lelaki memang dikurniakan suara yang "MACHO" tapi kalau nak meninggikan suara untuk menunjukkan kekuasaan dan keegooan, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun kadangkala pasangan mereka tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA / TAK SETIA

Cuba bagitahu sapa yang suka pasangannya main kayu tiga? Mestilah takde kan. Bab ni memang satu masalah yang besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka masih sukar untuk setia. Masih juga mengaku diri "SINGLE" walaupun anak dah tiga. Apatah lagi kalau digoda, terus sambar tanpa memikirkan perasaan pasangannya. Adakalanya semua daerah dia buka cawangan.

3. CUCI MATA

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik, seksi dan berdahi licin mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. TERLALU MENGONGKONG

Tak salah kalau kita mengongkong pasangan kita, tapi ingat!! Mengongkong tu mestilah ada hadnya. Tapi kalau dah itu tak boleh, ini tak boleh, pakai apa pun dia nak tentukan tu dah melampau namanya. Kalau tak diberitahu mulalah tercetusnya pergaduhan. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… Macam mana pulak tu?

5. EGO

Lelaki dan EGO memang tak dapat dipisahkan. Tetapi mereka je yang tak nak mengaku akan keegoan diri. Lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. SUKA MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. Sekali dua mungkin si gadis mampu bertahan, tapi kalau dah berjuta-juta kali siapa yang sanggup???

7. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya walaupun kadangkala pendapat mereka terang-terangan tak boleh diterima akal. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih.Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

8. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Kaum lelaki tidak sedar, wanita adalah golongan yang berhati lembut, suka diberikan perhatian dan dimanja. Mereka sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam, 7 hari seminggu tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya. Sikap sambil lewa lelaki itu kadangkala membuatkan wanita rasa tidak disayangi. Awas!!!

9. CEMBURU BUTA

Tidak salah sekiranya kita cemburu kerana cemburu itu tanda sayang. Tapi biarlah berpada-pada. Kalau dah terlalu cemburu buta, lama-kelamaan pasangan anda akan merasa bosan. Yelah takkan sampai keluar dengan abang kandung pun nak cemburu kot...

10. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.

11. PANAS BARAN

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Ini sudah lebih.. Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

12. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda, itu pun sudah mampu membuatkan pasangan anda tersenyum ceria sepanjang hari.

P/s : Cer check, korang ada tak 12 perkara ni? Kalau ada, jeng jeng jeng! Lu fikrlah sendiri! Hihihihi.

Baca Selanjutnya »