Penangan Bawang Putih



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Meh nak share sikit pasal Bawang Putih dengan korang....


Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya atau nama saintifiknya Allium satvium  memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional.
Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat dan farmasi.
 Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman.
Bawang putih mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus.

Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, (kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secara mentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
Antaranya :

1. Penawar Sengatan 
Ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking.

2. Penawar Sakit Kepala 
-Ambil 3 ulas bawang putih. ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.

3. Penawar Batuk dan Lelah
-Ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih, ditumbuk dan diperah untuk mendapat jus/airnya.
Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula kemudian dimakan kesemuanya.
Lakukan beberapa kali hingga baik.

4. Penawar Cacing Kerawit
-Kunyah dan telan seulas bawang putih.

5. Penawar Kembung Perut
-Panggang 5 ulas bawang putih atas api.
Makan ketika perut merasa masuk angin.

6. Penawar Mulut Berbau
-Tumbuk 3 ulas bawang putih hingga hancur bersama 9 kuntum bunga cengkih.
Digunakan sebagai ubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur.
Lakukan 3 kali sehari

7. Penawar Luka Kecil
-Ambil 4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat.
Tampal di tempat yang terluka.

8. Penawar Buasir
-Ambil 4 ulas bawang putih dibelah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka dan rebus sampai mendidih.
Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia.

9. Penawar Sakit Otot
-Ambil minyak bawang putih dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.

10. Penawar Sakit Kerongkong 
-Ambil 10 ulas bawang putih ditumbuk kemudian diambil airnya. 
Campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.

11. Penawar Sakit Gigi
-Tumbuk 3 ulas bawang putih, ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu.
Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit.
ATAU tumbuk lumat 2 ulas bawang putih, campur dengan 1 sudu teh minyak sapi.
Campurkan kedua-dua bahan ini, panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.

12. Penawar Bisul
-Ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau.
Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.

13. Penawar Payudara Yang Sakit
-Rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air.
Minum airnya 3 kali sehari
(Tau tak 1 labu tu macam mana??? 1 labu tu, yang seketul besar tu... Bukan seulas je..)
Ni 1 labu bawang putih

14. Penawar Selsema
-Campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
Gaul rata dan minum/makan


Lain-lain khasiat/kegunaan:

1. Membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan

2. Membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks

3.Berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah

4. Membantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.

5. Membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.


Kepercayaan :

1. Masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu meraweat kecacingan, jantung, dan sakit kepala

2. Masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyakkelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.

3. Getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.

4. Orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangksan panas badan.



Sekarang nak tau tak penangan bawang putih kepada saya????
Nampak tak yang saya highlight kan atas tu.... Membantu membuang angin dalam badan..
Saya ni badan je kecik tapi angin banyak... =D

Semalam balik keje saya iftaar kat luar dengan Si Dia.....
Orderlah Nasi Goreng Cendawan....
Punyalah banyak bawang putih....
Saya dah tolak-tolak dah bawang putih tu ketepi...
Tapi last-last suapan tu boleh pulak terkunyah seketul bawang putih....
Mula okay je, takde apa-apa....
On the way balik, naik je motor dah rasa ada macam peperangan angin dan makanan dalam perut...
Saya tepuk bahu Si Dia suruh berhenti...
Bukak je helmet, terhambur isi perut......
Haaaaaaaa.... Hambek kau.....
Ingat dah habis, sampai je rumah terkeluar segala yang saya makan.....
Sampai lembik badan...
Last-last saya makan panadol, tidur sampailah ke sahur......
Inilah penangan bawang putih........
Lain kali tak nak dah order nasi kat situ...
Biasanya saya makan char kuey tiaw je kat kedai tu..
Tapi disebabkan puasa, saya orderlah nasi..
Tak tau la pulak nasi dia kaya dengan bawang putih.....
Lepas ni taubat dah........ Hehehheheh... =D
Serik kot....
Seksa rasanya, macam nak tercabut nyawa duk muntah-muntah je....



P/s : BAWANG PUTIH???
NO! NO! NO!

Saya Serik, lagipun memang tak suka bawang putih....



11 ulasan

  1. aduh..bwang putih ni lmah skit kalau nk kunyah terus gitu..rase dia x bape nak sedap..hehe..biasa dengar yg perut kembung tu..sbb ibu pnah guna cara tu.. say no tu bawang putiih ye:P

    BalasPadam
  2. xsangka byk khasiat bawang putih..hhuhuh

    BalasPadam
  3. waahh..smpai muntah....get well ya ..
    btw, sy suke sgt bwg putih ni.. sbg perisa mknn...

    BalasPadam
  4. deknie kalo yg dah masak, bleh je mkn.. klao yg mentah, no no no...hehehe

    BalasPadam
  5. perghhh..byk khasiat bwg putih ye..baru tahu ni..

    BalasPadam
  6. Yeaahhhh @Pecinta pink^^... NO to garlic...
    Hahhahahahha...

    BalasPadam
  7. memang banyak @dyabunga... kita je la, lalu ke tak nak makan.... Hehehhehe..

    BalasPadam
  8. Kan puasa @SoLy SoLicious.. So memang perut berangin....
    Kena pulak bawang putih macam tu, mau tak muntah2..... Klu sikit takat buat perasa okay je...
    Ni seketul2 memang tak tahan la.....
    Thanks ye... =D

    BalasPadam
  9. @DekNie saya yang masak ke, mentah ke memang tak lalu..... Hehheheh..
    Ok lagi halia dari bawang putih...

    BalasPadam
  10. Aah memang banyak @Cik Nur.. Nak cuba ke?? Hehheheh... =D

    BalasPadam
  11. Aah memang banyak @Cik Nur.. Nak cuba ke?? Hehheheh... =D

    BalasPadam