Bantuan Buat Baby Izz Rizqi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari lepas, AJ dapat email dari seorang rakan blogger minta AJ war-warkan mengenai perkara ni..
Dalam email tu dia cakap anak saudara kawan baiknya, Rina Ellisa yang juga seorang blogger memerlukan bantuan sebyak lebih kurang 50K....
Rina Ellisa juga seorang blogger yang turut AJ kenali.....

Bila dapat perkhabaran tu sebak hati AJ....
Seawal usia sebulan, dia diuji dengan penyakit....
Teringat anak sepupu AJ aritu....
Korang boleh baca kisah mengenai Baby Izz Rizqi di bawah ditulis sendiri oleh ibu saudara Baby Izz...


"Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.."

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, berikut merupakan akaun semasa ibu Baby Izz Rizqi...

Nur Atika Rusdan
5623 7540 1747 (Maybank)

Semoga bantuan kalian dapat meringankan beban keluar Baby Izz dan Baby Izz mendapat kesihatan yang baik.....
AJ alu-alukan juga kalian berkongsi atau copypaste entri ini sebagai salah satu usaha untuk membantu....
Allah swt sahaja yang mampu membalasnya....

P/s : Sebak bila anak sekecil ini menderita sakit kronik....
#PrayForBabyIzz

1 ulasan