Mabuk Durian Seorang AJ Kat Natasya Riverside Resort, Gopeng


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hujung minggu lepas AJ berkampung kat Natasya Riverside Resort, Gopeng. Tak sangka rupanya kat Gopeng ni banyak resort menarik bersuasana kampung. Salah satu padanya Natasya Riverside Resort ni la. Tempatnya cantik dan tenang. Paling best dikelilingi pokok durian! Pasal resort ni nanti AJ cerita lebih detail kat korang.


AJ ni pulak bukanlah penggemar durian, serius kalau makan durian pun setakat 2-3 ulas dah cukup. Tapi kat sini AJ mabuk durian wooo. Sampai je sana, check in terus dijamu dengan durian. Bende lain tak pandang dah, bau durian tu dah buat kitorang tertarik. Bukan AJ sorang je, semua tergoda dengan durian kat sana tau.


Durian kat sini fresh, terus gugur dari atas pokok je. Merasa jugaklah AJ dengar bunyi buah jatuh dan kutip durian. Kat KL mana nak dapat dah suasana macam tu. Yang ada pun durian dah sedia kat pasaran. Kat sini dah tak fikir dah pasal panas badan ke, apa ke. Yang penting perut kenyang durian. Hahahahaha.




Kalau korang menginap di Natasya Riverside Resort, Gopeng masa musim durian memang untunglah sebab kat sini ada menawarkan pakej menarik untuk korang nikmati durian. Hanya lebih kurang RM 30 je 1 kepala. Durian pulak memang fresh dan terbaik dari ladang. Makanlah korang sampai puas hati. Mana lagi nak dapat makan durian dengan harga yang murah? Walaupun durian kampung, rasa dia umphhh okay!




So akalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Natasya Riverside Resort, Gopeng dan pakej menarik yang ditawarkan, apa kata korang jenguk facebook Natasya Riverside Resort Gopeng. Nanti AJ update pulak lebih lanjut pasa resort dan aktiviti lain yang kitorang buat kat sana okay. Tunggu cerita AJ tau!

P/s : Hilang suara gara-gara DURIAN! Hahahahaha. Tapi puas hati!


10 ulasan

  1. arghhhh sedapnya.. sampai ati korang makan lupa Ty. tak keruan tau.

    BalasPadam
  2. jeles tengok dapat makan durian tapi IQ pun jenis tak boleh makan durian sangat sekarang. huhu

    BalasPadam
  3. bestnya makan durian banyak gini <3

    BalasPadam
  4. Sedapnya dpt merasa durian fresh dr pokok ni.

    BalasPadam
  5. Sedapnya.. Berbaloi dengan harga..

    BalasPadam
  6. Sana-sini cerita pasal durian. Dari taknak makan pun jadi nak makan. Hehehe!

    BalasPadam
  7. Syoknya makan durian, murahlah RM30 satu kepala.

    BalasPadam
  8. jeles jeless jelesss! hahahha, sedap durian tuuu

    BalasPadam
  9. Best kan? Dengan suasana kampung.. Kat KL takdenya

    BalasPadam