Menangis kerana Makrifat Cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas, AJ dijemput menghadiri Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta. Filem yang dibintangi oleh beberapa buah nama besar seperti Syamsul Yusuf, Nabila Huda, Dato' Adi Putra, Nora Danish dan Puteri Balqis merupakan karya pertama arahan Kamal G terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd. Serius filem ni best sebab AJ menangis kerana Makrifat Cinta ni tau!



Sinopsis Makrifat Cinta

" Makrifat Cinta diilhamkan dari kisah benar tentang kesusahan dan keperitan hidup yang ditempuhi seorang lelaki bernama Mahadir (Syamsul Yusuf) yang berasal dari sebuah kampung sebelum menjadi jutawan segera dengan membina  sebuah aplikasi yang dijual denga harga jutaan ringgit. Mahadir telah berkahwin dengan Zarah (Nabila Huda) dan mempunyai seorang anak bernama Aisha (Puteri Balqis). Sepanjang berumahtangga, Zarah sering merungut dan memarahi Mahadir kerana kehidupannya yang susah sehinggakan sanggup meminjam wang untuk kemewahan hidup. Kerana sikapnya itu, Mahadir telah meminjam sejumlah wang dari along tetapi wang itu telah diberikan sebahagiannya kepada Abang Zarah iaitu Rizal (Dato' Adi Putra), seorang penagih dadah. Ketika kehidupan Mahadir dilanda badai dan ditinggalkan isterinya, dia telah bertemu kembali dengan rakan sekolahnya Sofea (Nora Danish) yang banyak membantu menyokong Mahadir. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang kepada Zarah dan menganggap Sofea telah merosakkan rumahtangganya. Ini menyebabkan dia berdendam dan meminta Rizal untuk mengugut Mahadir dan Sofea. Pelbagai konflik telah berlaku dalam kehidupan Mahadir untuk berjaya. Apakah yang terjadi seterusnya dalam kehidupan Mahadir??? Saksikan Makrifat Cinta dipawagam bermula 1 Februari 2018 "

Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta diacarakan oleh Daphne Iking dan dihadiri oleh bebrapa tetamu VVIP antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. Masa majlis ni juga 2 buah lagu tema filem ini diperdengarkan kepada para tetamu iaitu Makrifat Cinta nyanyian Shiha Zikir dan Duniawi nyanyian Dato' Adi Putra dan Blaaze, rapper terkenal di India. Majlis diadakan di IRDKL Shopping Mall.


Masa mula-mula AJ jejak pawagam, AJ tertanya-tanya mampukah filem ni tawan hati AJ? Yelah, filem ni merupakan filem pertama arahan pengarah Kamal G. Tambahan pula ini filem berbahasa Melayu pertama pulak tu, AJ takut cerita yang cuba disampaikan tak sampai kepada penonton. Tapi sangkaan AJ meleset sama sekali. Filem ni lain dari kisah cinta biasa. AJ berani katakan cerita ini tidak klise seperti filem dan drama yang biasa kita lihat.


Kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan lelaki yang tidak kaya dan mempunyai keluarga tak bahagia yang ditonjolkan memang realiti yang jarang kita lihat dalam filem sekarang. Tapi Kamal G berani mengambil risiko mempertaruhkan cerita ini dalam filem Makrifat Cinta. Kepelbagaian emosi yang diterapkan menguatkan lagi plot filem ini.

Seawal tayangan, AJ nampak jalan cerita yang cuba disampaikan jelas. Tambahan pula dengan pemilihan pelakon yang tepat dan handal bermain emosi buat cerita sampai. Bayangkan, masa tengok tu memang AJ rasa geram sangat dengan watak Zarah lakonan Nabila Huda. Kalau dia ada depan mata rasa macam nak bagi penampar! Petengahan cerita pulak memang menusuk kalbu.  AJ yang orang kata kental ni boleh menangis-nangis dalam panggung. Memang sedih! Tapi bukan AJ je nangis, ramai dalam panggung tu nangis tau.


Keseluruhannya, cerita ni memang bagus. Korang kene tengok sendiri kat panggung 1 Februari 2018 ni. Bawak tisu tau, ada babak yang akan merentap hati korang dalam Makrifat Cinta. Tahniah AJ ucapkan kepada penerbit, pengarah, pelakon dan krew produksi yang berjaya menghasilkan sebuah filem yang baik. Semoga filem ini mendapat sambutan hangat dan box office! Rugi tak tengok.






P/s : Lama tak nangis tengok cerita Melayu.

7 ulasan

  1. Memang best cerita dia kan.. Kak Ti pun meleleh air mata kat dlm panggung..

    BalasPadam
  2. Macam menarik. Saya suka tengok cerita sedih. Xsabar nak tengok :)

    BalasPadam
  3. teringin nak tengok makrifat cinta ni, sesuatu yg lain dari yg lain sinopsisnya, nak terjah la nanti!

    BalasPadam
  4. sejak 2 menjak ni minat lak syamsul hehheheh boleh tengok ni macam best je.

    BalasPadam
  5. okeh !! kalau ayu pun nanges, memang kakak kena tengok ni.. masuk wishlist !!

    BalasPadam