Hotel Royal Kuala Lumpur, Pilihan Terbaik Di Tengah Bandaraya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum ke TICD 2019 aritu, AJ stay kat Hotel Royal Kuala Lumpur. Yelah, disebabkan awal pagi dah nak berkumpul untuk ke Pulau Tioman, kitorang decide untuk cari penginapan yang berdekatan. Terima kasih Hotel Royal Kuala Lumpur sebab sudi bagi kitorang menginap kat sini.


Hotel Royal Kuala Lumpur ni terletak di Jalan Walter Grenier. Kawasan dia memang sangat strategik bagi korang yang nak berjalan-jalan kat Bandaraya Kuala Lumpur. Korang boleh ke Bukit Bintang, Sungei Wang, Lot 10 dan Pavilion dengan hanya berjalan kaki. Selain tu, pengangkutan awam seperti bas, MRT dan monorel pun dekat je.


Hotel Royal ni ada 20 tingkat, dilengkapi dengan 285 buah bilik. Masa kat sini AJ sempat tengok beberapa jenis bilik yang terdapat kat sini. Pemandangan dia pun cantik, menghadap kotaraya Kuala Lumpur. Kebetulan pulak AJ dapat bilik yang boleh nampak Menara KL dan KLCC, memang cantik!


Masa kat sini, kami pilih untuk makan dekat Restoran yang terletak di Mezzanine floor je. Banyak pilihan makanan yang disediakan, masakan Melayu, Barat semua ada. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan portion makanan.



Kat sini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang, gym, playground untuk kanak-kanak, dewan dan juga surau yang terletak di tingkat 3. Kolam renang Hotel Royal ni terletak dalam bangunan, so kalau musim hujan pun korang masih lagi boleh berenang. Hehhehehe. Tapi AJ tak sempat nak berenang kat sini. Sobs sobs!


Best kan? Tunggu apa lagi? Cuti sekolah pun dah tak lama kan? Bagi korang yang mungkin nak plan percutian kat tengah Bandaraya Kuala Lumpur, korang boleh pilih untuk menginap di Hotel Royal Kuala Lumpur. AJ gerenti, korang takkan menyesal punyalah! Segalanya ada kat sini, pusat membeli belah, attraction, syurga makanan semua berdekatan. Parking kereta kat hotel, lepas tu jalan kaki atau naik kenderaan awam je. Jimat masa jugak kan?


Terima kasih Hotel Royal Kuala Lumpur untuk penginapan yang selesa. I wish I could stay a little bit longer, tapi nak buat macam mana, call time panggilan pulau pukul 3.30 pagi, kenalah check out awal! Hehehhehe.

Info :


Alamat : Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, 
Tel : (603) 2116 2888 or (603) 2148 6888
Fax : (603) 2142 4881
Toll Free no : 1-800-88-3137


Reservation email:



1 ulasan