Blogger templates

Isnin, 23 Ogos 2021

4 Kelebihan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

4 Kelebihan Gold Nano CC Cream - Sebelum  ni kakak penah cerita dengan korang pasal Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni kan? Arini kakak nak share pulak dengan korang 4 kelebihan Gold Nano CC Cream. Kakak ni susah sangat nak lekat dengan satu-satu produk, tapi kalau produk tu bagus memang kakak la pengguna setia dia! Macam Gold Nano CC Cream ni la, nak masuk 2 tiub dah kakak guna tau.



#1 Perlindungan Matahari SPF 50+ PA+++ dan tampak lebih Natural

Cuaca kat Malaysia ni memang panas kering sepanjang tahun, jadinya kita kena bijak memilih produk yang mengandungi perlindungan matahari untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Walaupun sekarang ni kita masih berada dalam PKP, kakak tetap pastikan produk yang kakak guna ada SPF.


Kenapa? Jangan ingat kita duduk rumah tak kena sinaran UV tau. Duduk saja-saja kat tingkap, jemur baju, siram pokok pun boleh buat kita terdedah pada sinaran matahari. Kulit yang selalu kena sinaran matahari ni selalunya akan cepat nampak kusam.

Selain tu, kakak suka Gold Nano CC Cream ni sebab dia menampakkan kulit kita lebih natural. Kebanyakan produk ni kadang bila kita apply kat kulit, nampak warna kulit kita jadi extra putih. Kulit dah la tak berapa nak cerah, pastu CC cream pulak putih gila tak ke nampak tak cantik? Tapi jangan risau, dengan Gold Nano CC Cream, takkan ada white cast. Lepas je kita apply, dia akan terus ikut tona kulit kita dan kulit akan jadi lebih glowing.



#2 Melembabkan Kulit, Tak Melekit dan Tak Berminyak

Kakak paling pantang kalau produk tu terasa melekit dan berminyak pada kulit. Tak selesa! Tapi tektur Gold Nano CC Cream ni best sangat. Bila kita sapu kat muka, dia akan terus melembabkan kulit, tak melekit dan tak nampak berminyak langsung. Even dah pakai dalam masa yang lama pun, kulit tetap maintain walaupun tengah berpeluh.


Bagi korang yang mempunyai masalah kulit berminyak, jangan risau pasal kulit jadi bercapuk sebabnya Gold Nano CC Cream tetap membuatkan struktur kulit kekal natural dan tak bercapuk. Korang cuma perlu touch-up sikit CC cream waktu tengah hari  atau bila perlu dan terus nampak glowing!



#3 Cara Pengunaan yang mudah

Cara pengunaan Gold Nano CC Cream ni sangat mudah, korang cuma perlu ratakan dengan jari je. Tak perlu nak guna makeup tools.


Kalau kemana-mana, bawa Gold Nano CC Cream je dalam beg tu. Bila-bila masa nak touchup, keluarkan dari beg dan terus apply pada kulit muka. Tapi make sure tangan korang bersih tau! Cuci tangan atau sanitize dulu sebelum nak apply tu.



#4 Tekstur Yang Ringan Pada Kulit

Dalam pemilihan produk, kakak suka yang tekturnya ringan pada kulit. Bila dah ringan pada kulit, teksturnya juga tak membuatkan liang pori tersumbat. Tau tak produk yang membuatkan liang pori tersumbat tu la punca jerawat muncul kat kulit kita tau! Dengan pengunaan Gold Nano CC Cream, tak payah nak risau dah. Lagi satu, bila kita nak solat jadi mudah sebab ianya mudah ditanggalkan. Lepas cuci muka terus kulit rasa bersih dan tak meninggalkan apa-apa kesan putih pada kulit.


Pada kakak memang berbaloi sangat bila guna Gold Nano CC Cream. Selain banyak kelebihan, cara nak guna pun mudah. Kakak dah tak payah nak sapu produk berlapis-lapis kat kulit. Lepas je sapu Gold Nano CC Cream, tak payah nak apply mekap tebal-tebal dah. Lagipun masa PKP ni, kita banyak pakai mask je kan bila beraktiviti kat luar, CC cream je dah cukup.

Lepas tu, tahan lama juga satu tiub tu. Kakak punya Gold Nano CC Cream tahan 2-3 bulan kot walaupun pakai hari-hari. Ni baru topup lagi satu tiub. Jimat! So kalau korang nak cuba sendiri produk Hansaegee Nature ni, korang boleh hubungi :



Ayue Rejaluddin

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan