Plan Staycation ke Port Dickson!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Plan Staycation ke Port Dickson! | Mesti semua dah mula excited dengan Fasa Pelan Pemulihan Negara sekarang kan? Nak-nak yang dah dapat 2 dos suntikan vaksin, mesti lagi tak sabar nak merentas negeri untuk bercuti. Untunglah, kakak kena tunggu lagi 1 dos bulan depan, lepas tu barulah boleh berjimba-jimba.


Sementara nak tunggu selesai urusan vaksin dan pengumuman dari pihak kerajaan untuk fasa seterusnya, kakak dah plan staycation ke Port Dickson. Korang pun mesti dah buat perancangan dengan keluarga dan kawan-kawan nak bercuti kat mana kan?

Untuk permulaan, kakak plan nak pegi dekat-dekat je dulu. So yang paling dekat Port Dickson je la. Perjalanan dari KL pun tak berapa jauh, lebih kurang sejam setengah macam tu je. Yelah, dah lama kan kita terkurung, kalau drive jauh-jauh nanti mau patah pinggang. Hahahaha. So kita warm-up kat Port Dickson dulu.

Bila last korang bercuti ke Port Dickson? Agaknya lepas PKP ni mesti banyak dah berubah. Kalau tanya kakak, rasanya kali terakhir pegi Port Dickson tahun 2019 untuk program dengan geng beauty blogger. Masa tu kitorang stay dekat Avillion Port Dickson. Best jugak kat situ, tapi untuk next plan ni kakak nak try cari another Hotel in Port Dickson pulak. Barulah syok, setiap kali cuti duduk kat tempat lain-lain. Kata orang lain tempat lain pengalaman menginap dia.

Kalau sebut pasal hotel, ada a few jugak yang kakak penah stay. Antaranya hotel Avillion untuk program yang kakak cakap tadi tu, Tasek Villa, Mayang Sari (yang ni tak pasti ada lagi ke tidak), Tristle Port Dickson, Casa Rachado dan ada beberapa lagi la. Memang banyak pilihan hotel kat Port Dickson ni, korang tinggal nak pilih je.

Tempat-tempat menarik di Port Dickson

Selain dari hotel, kakak plan jugak nak lawat Kawasan sekitar Port Dickson. Dulu kakak selalu rasa Port Dickson tu macam takda apa yang menarik. Tapi bila kakak google, banyak tempat yang boleh korang lawat kalau ke sana. Antaranya :

Muzium Tentera Port Dickson

Terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera darat Malaysia dan merupakan Muzium Tentera yang terbesar dalam negara. Terdapat 9 galeri berbeza dalam muzium ni tau, dari zaman penjajahan Portugis sehinggalah zaman penjajahan Jepun. Diluar muzium juga korang boleh tengok pameran kereta kebal dan juga jet pejuang, sesuai nak bawak anak-anak. Mesti diorang teruja!

Sumber : MPPD

Kota dan Muzium Lukut

Kalau dah tau mengenai ketenteraan, mesti nak tau serba sedikit mengenai sejarah pentadbiran, pertahanan dan sistem ekonomi di Kota Lukut pada zaman dahulu kan? Jadi korang boleh singgah ke Kota dan Muzium Lukut yang merupakan sebuah kubu yang didikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847. Terdapat 4 galeri utama iaitu sejarah, teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau. Selain beriadah, boleh juga bantu anak-anak yang selama ni arini PDPR dalam pembelajaran jugak.



Alive 3D Art Gallery

Bagi mereka yang suka bergambar, korang boleh berkunjung ke Alive 3D Art Gallery, kat sini terdapat lebih kurang 50 lukisan 3D bertema. Masa kakak pegi dulu, ada 5 tema yang berlainan seperti adventure, animation, exotic, aquarium dan juga seni. Masuk sini, yang dewasa pun sama teruja tau! Hahahahaha.

Sumber : Gaya Travel



Kompleks Baitul Hilal

Kalau korang berminat dengan bidang astronomi, memang wajib singgah Kompleks Baitul Hilal atau balai cerap yang terletak bersebelahan dengan Klana Beach resort. Kalau nak tau, kat sini juga merupakan tempat melihat anak bulan. Kat dalam balai cerap ni ada teropong besar tau, kalau nak tengok matahari dengan lebih dekat boleh naik kat tempat tinjauan tu. Tapi kena naik tangga sikitlah! Hehhehe. Tapi kakak pasti, dah sampai atas tu, korang lupa dah penat naik tangga tadi.

Sumber : Azlan Andi


Bukit Batu Putih

Suka aktiviti outdoor? Korang boleh hiking ke Bukit Batu Putih. Destinasi ni memang terkenal dikalangan hikers. Pendakian untuk naik ke puncak Bukit Batu Putih dalam 20 ke 40 minit bergantung kepada stamina korang. Kalau kakak yang panjat rasanya mau sejam! Dah lama tak hiking kot, pancit wehhh! Tapi pancit tak pancit pun, bila sampai puncak mesti rasa berbaloi bila dapat tengok keindahan dan kebiruan lautan luas depan mata.

Sumber : Libur

Pantai Teluk Kemang

Dari dulu, rasanya tak sah ke Port Dickson kalau tak beriadah atau mandi-manda kat Pantai Teluk Kemang. Kalau korang datang hujung minggu memang ramai yang bawak keluarga beriadah kat sini. Aktiviti paling femes kalau ke Pantai Teluk Kemang, naik banana boat lah! Sampai terpelanting dalam laut okay. Tapi jangan risau, kalau naik banana boat tu kita memang diwajibkan pakai safety jacket. InsyaAllah selamat! Selain tu, boleh berkhemah dan anak-anak boleh main bubble. Memang seronok!



Antara tempat-tempat yang kakak share ni, ada yang kakak dah penah pegi. Tapi nanti once dah boleh rentas negeri dan bercuti, memang nak repeat balik.

So lepas PKP ni korang merancang nak staycation kat mana? Bolehlah share dengan kakak, mana tau next time kakak boleh plan ke tempat yang korang rancang pulak.

Agaknya bilalah orang KL dengan Selangor ni boleh lepas Fasa 1,2 ye? Tak sabar nak bercuti. Tapi bila dah boleh bercuti tu, kita tak boleh leka, kena sentiasa patuhi SOP dan jaga keselamatan diri serta keluarga. Even dah boleh bercuti nanti, kita masih belum bebas sepenuhnya. Ingat tau!

email signature

Tiada ulasan