Infinix Mobility Limited Akan Melancarkan Inovasi Terkini, Hot 10S di Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Infinix Mobility Limited Akan Melancarkan Inovasi Terkini, Hot 10S di Malaysia - Kalau korang minat main permainan video dan teknologi, Jenama teknologi global Infinix telah mengumumkan pelancaran inovasi terkini, siri Hot 10s di Malaysia pada 13 Julai 2021 nanti. Haaaaa, menariknya telefon pintar ini didedikasikan untuk permainan video dan hiburan dengan casing telefon yang eksklusif dan penutup belakang dengan kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Siri Hot 10s ni akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan korang boleh mula "add to cart" pada 7 Julai 2021 ni tau!



Hot 10s ni bakal ditawarkan dengan harga yang berpatutan adalah penambahan baru kepada portfolio Hot 10 khas untuk peminat teknologi, penggemar permainan video, pelajar dan generasi muda. Telefon pintar pemainan video dan hiburan ni yang memang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermainan games dengan lancar dan boleh mengikuti trend terkini dengan lebih mudah.


Macam yang kakak cakap awal-awal tadi, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Nak tau lebih spesifik mengenai telefon dan ciri-ciri siri Hot 10s, korang kena tunggu masa hari pelancaran nanti. Jangan lupa tau, dapatkan siri Hot 10s ni akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee nanti okay!


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari :

Shopee Official Store : infinix_os.
 
email signature

Tiada ulasan