Buffet Ramadan 2022 | Citarasa Nismilan Klana Beach Resort, Port Dickson

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Buffet Ramadan 2022 | Citarasa Nismilan Klana Beach Resort, Port Dickson | Alhamdulillah, Ramadan bakal tiba lagi. Dan bermula 1 April pula negara kita dah mula fasa endemik. Mesti ramai dah mula cari pakej-pakej buffet Ramadan kan? Baru ni kakak sempat merasai sendiri keenakan Buffet Ramadan bertemakan Citarasa Nismilan di Klana Beach resort, Port Dickson.



Kalau sebut pasal Negeri Sembilan apa yang terlintas dalam fikiran korang? Kalau kakak kan automatik terbayang pelbagai jenis masak lemak yang pedas dan padu! Haaa, kalau korang nak cari makanan original Negeri Sembilan, kat Klana Beach Resort, Port Dickson la jawapannya!


Klana Beach Resort, Port Dickson ni tak jauh pun dari KL. Kalau naik kereta lebih kurang 1 jam 30 minit je. Kalau korang dah biasa ikut jalan dalam, rasanya dalam sejam je kot. Hehehehehe. Landmark yag paling hampir dengan Klana Beach Resort, PD ni ialah Balai Cerap Baitul Hilal. Nak lagi mudah betul-betul belakang Ancasa Hotel, PD. Alaaaa, kakak gerenti senang nak cari. Tempatnya dalam 500 meter je dari Pantai Peranginan Teluk Kemang.


Tanpa membuang masa jom kakak bawak korang tengok sendiri menu menarik yang terdapat disini. Tak sah kalau buffet Ramadan takde hidangan kambing kan? Kakak sendiri pun, antara hidangan yang paling dinanti-nanti setiap kali buffet Ramadan mesti kambing golek. Tapi kat Klana Beach Resort, PD takde kambing golek tapiiiiiii, ada KIBAS GOLEK istimewa untuk para tetamu. Ini kali pertama kakak makan kibas golek tau. Tak dinafikan, rasa dia sedikit berlainana dari kambing dan lebih lembut. Ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat, lagi menarik!



Lepas tu pulak, bersempena Citarasa Nismilan ni korang boleh pilih pelbagai jenis masak lemak antaranya masak lemak pucuk paku, masak lemak telur itik, masak lemak udang dan banyak lagi. Alahai, tulis ni pun dah terliur! Selain tu kan, istimewanya kat sini ada rendang maman tau. Yang baya-baya kakak mesti teruja bila dengar pasal rendang maman kan? Sekarang ni susah nak jumpa rendang maman. Tapi kat sini, sepanjang Ramadan nanti akan ada rendang maman. Tak gemarkan masak lemak? Jangan risau, korang juga boleh nikmati asam pedas daging tetel. Ni pun salah satu favourite kakak tau! Dia punya asam pedas padu baq ang!



Lagi? Takkan tu je? Eh! Banyak lagi tau pilihan lauk-pauk yang kakak nak cerita. Sape kenal kakak mesti tau kakak ni peminat hidangan petai. Tak kisahlah masak apa pun, janji petai. Masa kat Klana  Beach Resort, PD tu benda pertama kakak nampak masa ronda-ronda tengok makanan tu kan, sambal bilis petai dengan petai masak tempoyak daun kayu, perghhhhhh! Tak sabar terus nak makan okay! Rasa petai masak tempoyak daun kayu sebiji macam mak-mak kita yang masak, cukup rasa dan pedas. Tapi sungguhpun pedas, tak boleh nak berhenti makan. Huhuhuhuhu. Selain tu ada juga ayam masak merah, daging masak hitam, pelbagai pilihan ulam dan sambal belacan serta bubur.




Klana Beach Resort, PD juga ada live station dimana chef mereka akan buatkan panas-panas untuk korang. Antaranya murtabak, kuey tiaw goreng, aneka mee sup, sup gearbox, apam balik dan cucur goreng panas-panas. Tapi kan, kalau korang nak merasa sup gearbox kena cepat tau, menu ni pun boleh tahan laku keras! Bagi mereka yang bawak anak-anak pula, kat sini ada kids corner dimana anak-anak boleh menikmati meatball dan pasta. Yelah, selera anak-anak ni kadang bukan sama dengan kita yang dewasa ni kan? Kita suka masakan kampung, tapi anak-anak suka hidangan yang agak moden. So, kalau korang kat Klana Beach Resort, PD dah tak payah risau pasal menu untuk anak-anak.



Tak sah kalau ke buffet Ramadan takde pencuci mulut kan? Kat sini juga dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional dan dessert yang tak kurang hebat. Favorite kakak? Buah Melaka!



Amacam? Best tak menu Buffet Ramadan bertemakan Citrasa Nismilan yang ditawarkan oleh Klana Beach Resort, Port Dickson? Kakak boleh cakap, memang rugi sangat kalau korang tak cuba sendiri. Bukan senang nak dapat menu-menu macam tu kat luar, lebih-lebih lagi kibas golek dan rendang maman tu. harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan :



RM 68 (Dewasa)

RM 30 (Kanak-Kanak dan Warga Emas)

PERCUMA bagi kanak-kanak 4 tahun kebawah


Tapi kalau korang buat pembelian sekarang, korang boleh dapatkan harga istimewa pembelian awal dengan hanya RM 55 sahaja! Jimat sangat! Tunggu apa lagi? Hubungi Klana Beach Resort, Port Dickson sekarang untuk membuat tempahan. Masa ni la korang boleh ajak keluarga dan rakan-rakan.


🌸 Tel: 06-6487888
🌸 Whatsapp:
🌸 Email: sales@klanabeachresortpd.com.my


Kemudahan yang terdapat di Klana Beach Resort, Port Dickson

Lepas menjamah makanan dan berbuka puasa, mesti ada yang nak solat Maghrib dan mesti ada yang nak Terawih sekali kan? Jangan risau, Klana Beach Resort, PD ni merupakan salah satu hotel yang berkonsepkan mesra Muslim, sepanjang Ramadan nanti, akan ada ustaz yang mengimamkan solat nanti tau. Jadi kalau korang tak menginap di situ pun takpe.

Tapi kalau nak menginap pun lagi bagus. Kat sini juga ada menyediakan pakej penginapan beserta dengan pakej sahur dan  berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Kakak sendiri dah menginap disini, bilik memang selesa. Kebetulan pulak masa tu kakak dapat bilik yang berdepan dengan laut, memang terasa damai dengar bunyi ombak. Resort ni pulak tak dekat sangat dengan jalan besar, so takde bunyi kenderaan lalu lalang pun, lagi lena tidur kakak. Hahahahah.

Kemudahan lengkap di dalam bilik

Dari segi kemudahan yang ada dalam bilik pula, kakak memang puas hati. Keluasan bilik agak basic, tapi lengkap. Bila menginap kat sini, dah tak payah fikir nak bawak iron atau hair dryer, dalam bilik memang dah tersedia ada selain daripada TV, kettle dan peti sejuk mini. Macam kakak cakap, Klana Beach Resort, Port Dickson hotel yang mesra Muslim, dalam bilik juga telah disediakan sejadah, kain pelikat dan telekung yang bersih untuk kegunaan tetamu. 




Rasa tak puas pula menginap kat sini semalam je, nanti kakak nak repeat lagi la. Untuk info lanjut mengenai pakej penginapan, sahur dan buffet Ramadan, korang boleh rujuk poster kat bawah ni okay.





Apapun, kakak nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1443H buat semua.

Tiada ulasan