ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pemeriksaan Semula Mata di OPTOM EYECARE Bangi | Sapa ingat dulu kakak penah buat cermin mata di OPTOM EYECARE Bangi? So baru ni, kakak kembali semula ke OPTOM untuk buat pemeriksaan mata untuk tengok keadaan mata dan check spek mata. Kot-kot la kena tambah power ke ape ke kan.
Sebenarnya, kita digalakkan kerap buat pemeriksaan mata, so kita akan lebih aware dengan tahap kesihatan dan kondisi mata kita. OPTOM EYECARE ni pula memang berkepakaran dalam optometri so, kakak memang prefer untuk follow up apa-apa kat sini. Senang sikit sebab mereka pun memang simpan data mengenai mata kita hasil dari pemeriksaan yang lepas.
Jom Buat Pemeriksaan Mata!
Macam biasa, sampai je kat OPTOM kita memang disambut oleh staff yang ramah dan professional. Memula kakak dan tunang serahkan dulu spek lama untuk tengok dia punya struktur tu okay ke tak. So far cermin mata yang kakak buat di OPTOM masih lagi dalam keadaan baik, cuma hujung spek tu je pihak OPTOM tolong ketatkan balik.
Tapi cermin mata tunang kakak ada masalah lari fokus sikit. So mereka akan check warranty dulu sebelum buat apa-apa. Ini yang best kalau kat OPTOM. Diorang memang ada bagi warranty untuk setiap cermin mata yang kita buat kat sini. Sayangnya cermin mata tunang dah habis tempoh pula. Tapi takpe, sebab harga yang ditawarkan untuk adjust balik dan potong kanta tu masih lagi berpatutan mengikut masalah cermin mata tu sendiri.
Lepas tu, kami buat pemeriksaan mata untuk tengok tahap kesihatan mata. Kalau sebelum ni, kita pakai slit lamp dan fundus camera. Kali ni, ada lagi 1 mesin tambahan di OPTOM iaitu Mesin 3D scanner.
Fungsi Mesin 3D scanner adalah :
- Mengukur rupa bentuk pada muka klien, antaranya seperti mendapatkan ukuran tepat diantara dua anak mata, jarak telinga, ketinggian sudut pada hidung dan lain-lain.
- Memastikan setiap sudut pada bingkai yang hendak ditempah, menepati rupa bentuk muka klien. Misalnya ujuran panjang tangkai pada bingkai kacamata mestilah mengambil kira jarak telinga, panjang ukuran jembatan pada bingkai Mestilah mengambil kira jarak diantara dua anak mata dll..
- Memberi peluang kepada klien memilih bentuk, warna dan melakukan modifikasi pada kedudukan bingkai kacamata secara virtual sepuas-puasnya sebelum kacamata siap ditempah.
Hasil pemeriksaan mata macam mana?
Untuk tunang kakak, Alhamdulillah power dia maintain dan kesihatan mata nampak makin okay. Kalau sebelum ni, bila check menggunakan fundus camera nampak ada benjolan-benjolan lemak atau kolestrol pada salur mata tu. Tapi kali ni, benjolan lemak tu dah mulai hilang.
Untuk mata kakak pula, power masih lagi sama. Tapi mata kakak ada Pterygium iaitu pertumbuhan yang timbul, berisi, berbentuk segi tiga pada konjungtif mata anda. Pendedahan jangka panjang kepada cahaya UV adalah punca utama. Mata anda mungkin merah, bengkak dan rengsa dalam kes ringan. Jika pterygium tumbuh, penglihatan kita mungkin terhalang atau kabur. Rawatan termasuk titisan mata yang melegakan gejala dan salap untuk pembedahan jika penglihatan anda terjejas. Pterygium boleh menjejaskan satu atau kedua-dua mata anda tetapi biasanya tidak pada masa yang sama. Apabila ia menjejaskan kedua-dua mata pada masa yang sama, ia dipanggil pterygium dua hala.
Tapi dalam kes kakak, kesan Pterygium tidak terlalu teruk. tapi even tak teruk pun perlu diberi perhatian. Patutlah selama ni, kakak selalu rasa iritating pada mata. Terasa macam ada benjolan atau isi lebih lebih dalam mata. Rasa dia memang sangat tak selesa, macam ada bulu mata tersangkut dalam biji mata. Haaa, dah boleh imagine tak? Hehehehehe.
Solusi dia, kakak kena selalu pakai cermin mata untuk menghalang sinar UV masuk terus kedalam mata. So lepas ni, kalau korang nampak kakak jalan ala-ala Diva AA dengan cermin mata gelap, dah tau kan kenapa?
Sekarang korang tau tak kenapa kita kena kerap buat pemeriksaan mata? Bayangkan, kakak rasa mata kakak ni biasa je. Tapi sebenarnya, ada yang kakak perlu beri perhatian.
So kalau korang nak buat pemeriksaan mata dan nak buat cermin mata, kakak memang sarankan untuk korang buat di OPTOM EYECARE Bangi. kat sini mesin yang digunakan memang bagus dan konsultasi dari pakar optometri pun sangat jelas.
Jom ke OPTOM EYECARE!
Info lanjut :
OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor.
Tel : +60 11-1147 9093
Ataupun laman sosial OPTOM seperti dibawah :
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optomeyecarebangi/ | www.instagram.com/optomtv/
Facebook : www.facebook.com/optombangi
Tiada ulasan