GKB Memperkenalkan 5 Produk Untuk Kesihatan Perut dan Usus Serta Memperbaiki Kesihatan Kulit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


GKB Memperkenalkan 5 Produk Untuk Kesihatan Perut dan Usus Serta Memperbaiki Kesihatan Kulit | Zaman sekarang ni segalanya kena pantas, so cara hidup kita pun berubah sejajar dengan peredaran masa. Kakak boleh katakan, bila terlalu mengejar masa ni kita lebih cenderung terlepas pandang bab-bab penjagaan kesihatan seperti mengamalkan pengambilan suplimen tambahan untuk menyokong tahap kesihatan kita.



Baru-baru ni, kakak diperkenalkan dengan 5 Produk dari GKB (GK Bio International Sdn Bhd) yang penting untuk kesihatan perut dan usus. Bila perut dan usus kita tak sihat, mulalah sistem penghadaman dan pencernaan kita terganggu. Masa tu penyakit sembelit, ketidakhadaman, senak perut, kembung perut, gastrik dan sebagainya akan terjadi. Lagi 1 faktor yang menjurus kepada permasalahan ni juga adalah cara pemakanan kita! Tipulah kalau ada yang kata mereka tak makan fastfood kan? Seminggu atau dua minggu sekali mesti ada. Haaaa.


5 Produk Yang Mengandungi Probiotik dan Prebiotik dari GKB Untuk Kesihatan Perut dan Usus


Tanpa berlengah, meh kakak share dengan korang 5 produk yang kakak dan suami amalkan. Selain untuk kesihatan perut dan usus, produk ini juga mampu mempertingkatkan tahap kesihatan kulit. Bila sistem penghadaman kita cun, bukan dalaman je cantik tau! Luaran pun akan sama cantik.



1. GKB G-Pro Gold


Kakak memang dari dulu ada masalah sembelit. Sejujurnya, kakak cuma buat "urusan tu" dua kali seminggu je! Ini memang tak baik untuk kesihatan perut dan usus tau. Kadang-kadang kakak kena minum Thai green tea la, ape la untuk bantu kakak membuang. Tapi apa yang kita minum tu pulak, tak bagus untuk diamalkan selalu.



GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Setiap satu kapsul vegetarian ini mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus. Probiotik berfungsi untuk membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen sekaligus meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan keradangan usus.


Produk ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit.



Cara pengambilan : Ambil 1 kapsul sehari selepas makan


2. GKB Probio+


Lagi 1 produk yang kakak amalkan untuk masalah yang kakak hadapi ialah GKB Probio+. Produk ini mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik yang boleh membantu sistem pencernaan serta mengurangkan sembelit dan cirit birit. Kombinasi probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlidungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.




Setiap sachet GKB Probio+ mengandungi 20 bilio jumlah bakteria probiotik hidup sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut. Mereka yang mempunyai gejala sembelit ringan dan senak perut ringan disarankan mengambil GKB Probio+ ni.



Cara pengambilan : Ambil 1 sachet (3g) dua kali sehari. Boleh terus dimakan atau campurkan kedalam air, jus ataupun makanan.


3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus


Kalau nak tau, ini merupakan produk yang paling kakak suka! kenapa? Selain untuk kesihatan perut, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus boleh membantu permasalahan wanita. Perempuan mana yang tak suka cantik?




GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus merupakan satu probiotik khusus untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis. Untuk wanita pula, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus boleh membantu mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan tahap sensitiviti kulit sekaligus membantu mempromosikan kesihatan kulit.


Yang paling bagus mengenai produk ni, ianya mampu membantu mencegah jangkitan alat kelamin tau! Sejak kakak dah berkahwin ni, benda-benda ni tak boleh dipandang enteng tau. Kakak baca, kalau sekali dah terkena yeast infection tu, sengsara kejap. Gatalnya tak boleh bincang! Selain tu, produk ni juga membantu meningkat imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.



Cara pengambilan : Ambil 1 sachet (2g) dua kali sehari. Boleh terus dimakan atau campurkan kedalam air, jus ataupun makanan.


4. GKB Probizymes


Produk-peoduk GKB ni bukan hanya diamalkan oleh kakak sorang je tau! Suami pun turut sama mengambil suplimen GKB Probizymes. Bulan Ramadhan ni, kita makan macam-macam, lepas waktu siang kita berpuasa. Untuk mereka yang ada masalah kembung perut dan gastrik memang akan mendatangkan masalah!



Memandangkan suami kerap kembung perut dan gastrik, kakak sarankan pengambilan GKB Probizymes ni. ianya diformulasikan daripada probiotik dan prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik! Kesannya, suami tak rasa bloated lagi sepanjang menunaikan ibadah puasa ni. Rasa perut lebih selesa tau!



Cara pengambilan : Ambil 1 sachet (3g) satu kali sehari dan campurkan kedalam air.


5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3


Siapa yang nak turunkan berat badan ataupun mengawal berat badan, produk ni memang sesuai untuk korang tau! Suami kakak pun amalkan untuk membantu mendapatkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar.



Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni merupakan satu-satunya bakteria yang mampu menyerap minyak! Lactobacillus Plantarum ni, probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urid dan lipid darah (kolestrol, trigliserida), embantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga serta membantu sistem penghadaman.


Bila berat badan kita ideal, secara automatik badan rasa lebih langsing kulit pun rasa lebih cantik dan sihat sebab probiotik didalam GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mampu mengingkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar UV.


So siapa yang nak kurangkan berat badan tu, korang boleh mula amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3. selain tu, produk ni juga sesuai untuk menangani masalah sembelit ringan dan kulit kering juga. Haaaa, lepas ni flawless la suami kita wak! Hahahaha.



Cara pengambilan : Ambil 1 kapsul sehari selepas makan


So korang dah tau ke suplimen apa yang sesuai untuk perut dan usus kita? Bila takde masalah perut dan usus, kulit pun akan nampak lebih berseri tau! Boleh dapatkan produk GKB ni dipasaran, belum terlambat lagi untuk kita jaga kesihatan.


Kesan pengambilan produk GKB


Meh kakak nak share pengalaman sikit selepas mengamalkan produk GKB. Macam kakak cakap awal-awal tadi, masalah sembelit memang problem utama kakak. Kadang sampai rasa nak terbuasir ye tak boleh membuang! Tapi lepas kakak amik suplimen GKB G-Pro Gold dan GKB Probio+ tu kan, kakak rasa sistem pencernaan kakak tu sangat improved! Nak buat "urusan" pun jadi lebih mudah dan lancar.


Bila sistem pencernaan pun bagus, kulit memang jadi lebih baik tau sebab segala toksin dalam badan kita dah keluar. Lepas tu pulak, kandungan probiotik dan prebiotik dalam setiap produk GKB ni sangat-sangat membantu!


Untuk suami pula, waktu berpuasa pun jadi lebih senang bak kata orang. Perut tak rasa bloated dan masalah gastrik pun berkurangan. Berat badan suami pun nampak ada sedikit perubahan. Tapi kesannya berlainan untuk setiap individu. Ada orang boleh hilang 5kg dalam masa 2 bulan. Yang penting konsistensi tu.


Masa bila nak ambil semua suplimen ni?  Korang kena manage masa bila nak amalkan suplimen ni. Macam kakak dan suami, ada yang kami makan pada sebelah pagi, petang dan malam. Tapi bila bulan puasa ni, kami ambil selepas bersahur, selepas berbuka dan sebelum tidur.



Kapsul dan serbuk produk GKB ni sangat mudah larut dan halus, so korang takkan rasa tercekik atau susah nak telan. Tak pasti macam mana nak consume? Boleh refer video kakak kat bawah ni.




Kelebihan Utama Probiotik GKB 


Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 


Mengenai GKB (GK Bio International Sdn. Bhd)


GKB (GK Bio International Sdn. Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2018 merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utamanya adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.


GKB sentiasa memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Mlaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, untuk memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.


GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan pastinya sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan.


Untuk mendapatkan produk-produk GKB serta info lanjut, layari :


Website : www.mygkb.com


Ataupun dapatkan di mana-mana farmasi berhampiran termasuk yang di bawah :


Central : Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy 

Melaka : Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak 

Penang : Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy 

Perak : Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy 

East Coast : Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan 

Southern : Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy 

Sabah : Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy 

Sarawak : Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy


Untuk senarai terkini farmasi layari : https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

Tiada ulasan