ShopeeFood Meraikan Rakan Penghantaran Wanita Bersempena Hari Wanita Sedunia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


ShopeeFood Meraikan Rakan Penghantaran Wanita Bersempena Hari Wanita Sedunia | Sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan rakan penghantaran wanita di Lembah Klang. dalam industri penghantaran makanan, ShopeeFood telah meraikan mereka dalam satu majlis bersempena Hari Wanita Sedunia pada 15 Mac yang lalu.



Acara ini diadakan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini.


Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).




Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.


Pada program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.


Menurut Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia,


ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan mereka.


Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk membantu mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.




Kemuncak acara sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan.




Para panelis adalah:

  • Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.
  • Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.
  • Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.



Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran dijamu dengan makanan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.




Mengenai ShopeeFood


ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.


Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.


Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.

Tiada ulasan