Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours! | Baru-baru ni kakak ke Hatyai dan Songkhla. Akhirnya bercop juga passport kakak lepas PKP berpanjangan tu. Kiranya trip ni yang pertama kakak keluar dari Malaysia lepas pada PKP tu.



Kalau korang tengok IG story kakak, mesti dapat rasa betapa meriahnya trip tu kan? Memang meriah habis, tambahan pulak pegi dengan kawan-kawan kecoh terus satu bas sepanjang perjalanan.


Kopetro Travel & Tours


Kopetro Travel & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan domestik dan luar negara. Pakej pelancongan yang ditawarkan juga boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan. So, kalau korang nak bercuti on certain budget boleh je bincang dengan pihak Kopetro Travel & Tours.


4 Hari 2 Malam ke Hatyai dan Songkhla, Thailand dengan Kopetro Travel & Tours


Kami semua bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9 malam menuju ke Kuala Nerang, Kedah. Kenapa Kuala Nerang kan? Selalunya kalau ke Hatyai, mesti akan menuju terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun Padang Besar. Tapi dengan Kopetro Travel & Tours ni kan, kami akan memasuki Thailand melalui CTC Durian Burung yang terletak di Kuala Nerang, Kedah. Kat sini, tak terlalu sesak seperti Bukit Kayu Hitam, tapi perjalanan dia agak sedikit jauh dari kebiasaan.


Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami tiba di Kuala Nerang, Kedah. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, Thailand, kami singgah solat dan bersihkan diri di Masjid Tengku Sharafuddin sementara menunggu pintu sempadan dibuka. Selepas tu, kami singgah bersarapan di kawasan sekitar dan ambil white card sebelum memasuki sempadan. Kalau korang ke Thailand, white card kemasukan tu memang wajib diisi. Tapi jangan risau sebab sampai kat situ nanti, pihak Kopetro Travel akan uruskan, korang cuma perlu bagi passport dan selepas itu kena pastikan semua data dalam tu betul. Harga yang dikenakan untuk white card ni RM2.



Kat CTC Durian Burung ni, macam kakak cakap tadi tak terlalu sesak. Jadi segala urusan cop passport dan kemasukan ke Thailand tu tersangatlah mudah. Dalam leih kurang 30 minit je dah selesai semuanya. Pintu masuk CTC Durian Burung ni terus menghubungkan daerah Banprakob. Kakak boleh katakan, ni jalan belakang. Kalau ikut Bukit Kayu Hitam tu, kita ikut jalan depan, sebab terus tembus di Danok, seterusnya Hatyai.


Masuk je Thailand, kira dah hari kedua la perjalanan kami menerokai bumi Thailand dengan Kopetro Travel. Masa ni semua dah eksited dan tak sabar nak berjalan-jalan di sekitar Hatyai dan Songkhla. Tanpa berlengah, jom kakak bawak korang tengok tempat-tempat menarik untuk makan-makan dan bershopping kat sana.


Tempat Shopping Menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand


ROSECARREE



Rosecarree merupakan sebuah butik tudung dan pakaian muslim di Thailand. Kat sini korang boleh mendapatkan pelbagai jenis tudung, pakaian dan paling femes kat sini ialah kain sutera Thailand yang berkualiti. Kalau korang peminat kain pasang, kat sini banyak design menarik dengan warna-warna yang cantik boleh dipilih. Kalau korang malas nak menempah, baju dah siap pun ada. Tinggal nak bayar dan gayakan je.


RANU KOHYO



Kalau ke Thailand, tak sah kalau tak beli kekacang dan kudap-kudapan. Harga kat sini boleh dikatakan agak murah berbanding kat tempat kita. So dah alang-alang ke Hatyai, kami singgah di Ranu Kohyo yang terkenal sebagai pusat borong makanan seperti kekacang, kerepek dan pelbagai jenis snek. Nak dapatkan mee segera Thailand yang umphhh seperti Mama dan Serda pun ada dijual kat sini tau. Harga yang ditawarkan pun, okay juga la. Average dan lebih kurang macam kat tempat lain di sekitar Hatyai.


Kakak sempat jugalah memborong 3-4 jenis makanan kat sini untuk dibawa pulang. Pistachio tu wajib! Favourite kot, takkan la tak beli. Heheheheheh.


NORA PLAZA



Kat sini pula terkenal dengan pelbagai produk yang diperbuat daripada kulit. Nak handbag kulit buaya, kulit pari semuanya ada disini. Selain tu korang boleh dapatkan pelbagai produk kraftangan dan juga cenderahati dengan harga yang berbaloi. Bolehlah beli untuk kengkawan dan sanak saudara kan?


Kat sini kakak memang rambang mata ye, semua benda nampak menarik. Tersambarlah juga satu handbag buatan tangan. Harganya lebih kurang RM50 je wehhh! Murah gila! So kalau tak beli time tu rugilah kan? Lagi satu, kakak kau ni kalau bab shopping, mana boleh elak! Hahahahhah.


ASEAN NIGHT BAZAAR



Tempat ni sememangnya terkenal di kalangan pengunjung. Kat sini macam ala-ala uptown sikit la. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian, produk kecantikan, cenderamata dan juga produk makanan. Kat sini ada 2 tingkat, kalau korang nak beli pakaian dan sebagainya, kat tingkat 1 la. Kalau korang nak cari makan, naik je kat tingkat 2 tu. Banyak juga pilihan makan Thai Street Food yang boleh korang cuba.


Kat sini, kalau korang pandai tawar-menawar kan, bolehlah dapat harga yang murah! Pandai-pandailah bodek-bodek sikit peniaga kat situ, sure dapat baju atau seluar idaman korang dengan harga yang berpatutan. Kakak tawar-tawar aritu, dapatlah diskaun beberapa Baht. Jadilah pada takde kan kan kan?


Lagi 1 kan, kalau korang nak makan udang bakar besar-besar tu, boleh makan kat sini je. Harga dia murah sedikit pada tempat lain. Dalam 100 Baht je dah boleh dapat sepinggan udang tu.


LEE GARDEN NIGHT MARKET


Kat sini pun memang terkenl di kalangan pengunjung. Korang boleh dapatkan juga pakaian, makanan yang best-best dan sebagainya. Lee Gardens Night Market ni terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, so memang senang nak berjalan kat sini. Confirm tak sesat! Cumanya korang akan sesat dalam 7 eleven, Watsons ataupun  tempat urut kaki la! Hahahahaha.


BIG BEE FARM



Punyalah banyak kali kakak ke Hatyai, baru tau ada tempat yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah ni. Kat sini memang menarik, selain boleh bergambar di spot-spot menarik, korang boleh dapatkan pelbagai informasi mengenai madu lebah.


Selain tu juga, korang boleh mendapatkan produk makanan berasaskan madu dan juga produk kecantikan yang diperbuat dari madu. Kakak kau, memang obses sikit dengan produk kecantikan ada kandungan madu lebah. Makanya sempatlah, sambar body wash ngan lotion kat sini. Kalau korang nak beli skincare pun ada juga tau.


Tempat Makan Best di Hatyai dan Songkhla Thailand



RUSDEE BOAT NOODLE



Kalau sebut Thailand je, mesti terbayang-bayang hidangan Boat Noodle kan? Ni kakak nak share sikit tempat makan yang ada boat noodle best iaitu Rusdee Boat noodle. Kat sini terdapat pelbagai pilihan boat noodle seperti daging, ayam, meatball dan sebagainya.


Masa kat sini, kakak order boat noodle dengan daging. Rasa dia memang sedap, kuah pekat dan terasa setiap rempahnya. Condiment dia pula free je, korang boleh minta tambahan sayur seperti Thai basil leave dengan taugeh tu banyak mana pun. Kakak siap minta extra sayur lagi tau! Hahahahah. Harga pun boleh tahan, taklah mahal pun. Kakak makan dalam RM12 je termasuk air.


KHLONGHAE SEAFOOD HALAL BUFFET

 


Kat mana lagi nak dapat seafood buffet yang murah kalau bukan di Khlonghae Halal Seafood Buffet? Dengan hanya 299 Baht seorang, korang boleh makan banyak mana pun seafood. Pilihan hidangan dia memang banyak gila. Dengan udang segar, ikan siakap besar-besar, kerang dan kepah pun elok-elok memang tersangatlah berbaloi!


Selain tu, pilihan hidangan yang siap dimasak pun banyak. Korang nak nasi goreng ke, sushi ke, semua ada! Kitorang makan kat situ sampai tersandar la. Puas hati gila! So kalau ada di sektar Hatyai, kakak sarankan korang singgah kat sini. Silap-silap 3 hari kat sana, 3 hari lah korang makan seafood buffet kat sini! Hehehhhehe.


KHLONGHAE FLOATING MARKET



Satu lagi tempat menarik untuk korang singgah kalau nak cari Thai Street Food yang best! Kat sini terdapat banyak sangat pilihan makanan tau. Menariknya, peniaga-peniaga kat sini berjualan di atas sampan masing-masing. Makanan yang ada pun banyak sangat pilihan.


Kali ni kakak cuba aiskrim kelapa dan Miangkham. Aiskrim kelapa dia memang best dan wajib dicuba. rasa dia memang sedap! Homemade lagi tau, so rasa kelapa tu memang padu. Miangkham pula memang favourite kakak,  so kenalah beli bila dah jumpa tu kan.


Kat sini juga, korang boleh dapatkan produk lain seperti t-shirt, cenderamata dan sebagainya. Kalau makanan dijual di dalam sampan, barangan runcit pula terdapat di bahagian dataran berdekatan. Harga dia, macam biasa kalau pandai tawar-menawar memang boleh dapat mur-murr. Heheheheh.


SEAVERSE CAFE & RESTAURANT




Kalau ke Songkhla, kena singgah sini tau! Sebab apa? Dengan bayaran masuk 30 Baht je, korang boleh bergambar di spot-spot menarik yang terdapat di sekitar Seaverse Cafe & Restaurant ni, selain tu, kalau korang nak mengopi-ngopi sambil feeling-feeling healing tepi tasik pun boleh.

Sampai kat sini, kakak tak dan nak mengopi-ngopi dah, ralit amik gambar je tau! Kawasan dia memang cantik, cumanya korang kena tahan panas je la kalau pegi time tengah hari tu. Masa kami singgah sini cuaca agak cerah dan redup. Tapi hujung-hujung tu hujan pulak, nasib baiklah masa tu dah memang nak beredar ke tempat lain. Kalau tak ralat juga, sebab tempat dia ni memang cantik!



ISLAM PAI DAENG RESTAURANT




Lagi satu tempat makan best kat Songkhla yang boleh korang cuba, retoran ni terletak berdekatan pesisiran pantai je. Makanan yang dihidangkan kat sini, origin Thai. Kiranya, kalau korang nak makan menu Thai food yang pure dan sedap, boleh cuba makan kat sini.

Menu yang paling kakak suka kat sini, Kengsom dia! Kengsom ni dia nak kata asam pedas pun bukan, singgang pun bukan, kakak pun tak tau la nak describe macam mana, tapi rasa dia memang sedap, pedas dan padu! Bila makan tu, terasa berasap kejap telinga, tapi masalah dia tak boleh nak berenti makan pulak! Bertambah-tambah nasi jadinya! Hahahaha.



Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand


Dah tau tempat makan dan shopping yang best kan? Sekarag ni kakak nak bawak korang pulak menerokai attraction menarik di sekitar Hatyai dan Songkhla.



CHANG PUAK CAMP




Kat Thailand memang terkenal dengan Negara Gajah Putih, so antara attraction utama yang terdapat kat sini semestinya gajah. Kalau korang nak naik gajah ataupun nak tengok persembahan gajah, boleh singgah ke Chang Puak Camp. Selain daripada gajah, ada juga pameran buaya.


Di sini juga korang boleh naik ATV untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar, kat Thailand ni kan bestnya setiap tempat mesti ada port ootd menarik. So kalau kata korang tak nak buat aktiviti yang berat, boleh je pilih bergambar.


MASJID SONGKHLA



Songkhla merupakan sebuah daerah yang mempunyai ramai penduduk Muslim, so tak hairan la kalau ada Masjid Songkhla yang tersergam indah di sini. Masjid Songkhla terkenal dengan jolokan "Taj Mahal" kerana struktur bangunannya yang tersergam itu berwarna putih seakan-akan warna Taj Mahal.


Masjidnya memang besar, dihadapannya terdapat sebuah kolam yang cukup besar menjadikan ianya sebagai salah satu tarikan dan mercu tanda Songkhla. Dari kejauhan dah boleh nampak masjid ni tau! SubhanAllah, cantik sangat!



PANTAI SAMILA




Tak sah lah kalau ke Songkhla tapi tak singgah kat Pantai Samila. Pantai ini juga merupakan salah satu mercu tanda Songkhla kerana terdapat figura patung mermaid berwarna emas yang sangat terkenal disini. Ramai pengunjung yang memilih untuk beriadah kat sini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dicuba seperti naik kuda dan bersiar-siar di sekitar pantai.

Kalau korang suka tengok sunset, kat sini antara port menarik nak tengok matahari terbenam tau!


SINGORA TRAM TOUR



Nak menyelusuri sekitar Songkhla Oldtown? Kakak sarankan korang naik je Singora Tram Tour. Ini merupakan aktiviti yang paling kakak suka! Sebabnya, korang boleh tengok banyak sangat bangunan menarik yang terdapat di sini. Selain tu, korang akan diceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah Songkhla ataupun dahulunya dikenali sebagai Singora.

Masa naik tram tu kan, barulah kakak dapat tengok keunikan bandar Songkhla ni. Bangunan kat sini memang dikekalkan daripada zaman dahulu hingga kini, ada juga antara bangunan lama itu dijadikan kafe-kafe menarik dan juga muzium untuk dikunjungi oleh pengunjung.




Masa melawat kawasan sekitar, sempatlah kami mengopi dan singgah di Muzium. Muzium ni menarik tau sebab banyak sangat mempamerkan sejarah dan gambar-gambar King Bumibol yang sememangnya merupakan Raja Thailand yang sangat terkenal.




Sejam setengah perjalanan naik Singora Tram Tour ni rasa tak puas ye sebab banyak sangat tempat yang boleh korang eksplore di sini. Nampak gayanya, kakak kena minta Kopetro Travel buat pakej Songkhla je ni nanti! Heheheheh.


RIVER GRAND HOTEL




Sepanjang 2 malam di Hatyai Thailand, kami menginap di River Grand Hotel yang terletak berdekatan bandar Hatyai. Hotel ni memang selesa dan easy access. Kalau korang malas nak naik tuk-tuk, korang boleh berjalan kaki je ke area Lee Gardens tu tau. Dekat je.

Bilik penginapan pun sangat selesa. Nyenyak la tidur kakak sepanjang 2 malam berada di sini. Oh ya, kalau korang berada di Thailand, kakak sarankan korang bawak universal plug tau, sebab kat sini plug dia lain dari Malaysia. Kalau tak dah 1 hal pula la korang nak kena beli pulak.


Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours!


Seronok gila percutian kakak dengan Kopetro Travel & Tours ni tau, walaupun 4 hari 2 malam je banyak juga tempat menarik yang dapat kami lawati. Makan, shopping, jalan-jalan semuanya smooth je!

Kalau korang nak bercuti ke Hatyai dan Songkhla bersama yang tersayang, kakak sarankan korang amik pakej percutian dengan Kopetro Travel! Serius harga yang ditawarkan sanat berpatutan dan tempat lawatan pun best-best.




Setiap perjalanan minimum jumlah peserta adalah 35 orang dan percutian adalah dengan menaiki bas Kopetro Travel.

Harga yang ditawarkan seperti berikut :

  • RM 379 (Pengangkutan dan Penginapan)
  • RM 659 (Pengangkutan, Penginapan dan Makan)

Jumlah minimum peserta dalam setiap perjalanan adalah 35 orang dengan menaiki bas Kopetro Travel & Tours. Bas yang disediakan ni memang selesa, tak terasa macam naik bas pun, kakak siap boleh tidur lagi sepanjang perjalanan dari KL ke Hatyai tu tau! Hehehehehe.


Jom Cuti Sakan Kopetro Travel

Jom Cuti Sakan Kopetro Travel


Untuk maklumat dan tempahan, korang boleh hubungi wasap.my/60192577847


Ataupun layari : 




#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand


Tiada ulasan