MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia | Siapa je yang tak suka MAGGI kan? Bila sebut je MAGGI, automatik terbayang mi segera pelbagai perisa dan perisa kesukaan kakak semestinya MAGGI Asam Laksa! Perghhh, taip ni pun dah terbayang-bayang rasa pedas-pedas masam asam laksa tu tau!



Baru-baru ni kakak berkesempatan menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Nestlé (Malaysia) iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera bertempat di The Agam, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh dua personaliti makanan Malaysia iaitu Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan Laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya.




Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad,


“Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI® dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”




Menurut Puan Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula,


“Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI®, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.


Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. Ia dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma Laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!”


Asal Usul Laksa


Kalau korang nak tau, Laksa ialah hidangan popular berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa Laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – daripada Laksa Kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. Banyak sebenarnya hidangan Laksa kat negara kita ni tau! Pendek kata, Laksa ni kat mana-mana negeri pun ada cara hidangan dan peminatnya yang tersendiri.


“Keistimewaan Laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar.”




Biasanya, laksa ni dihidangkan dengan kuah kan? Tapi kali ni, MAGGI® menampilkan kelainan dengan melancarkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dengan sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia. Jadi, bagi mereka yang tercari-cari resepi terbaharu bolehlah cuba MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan ni. Kakak jamin rasanya tak lari daripada laksa yang kebiasaan kita makan. Aroma dan rasa autentik laksa tu masih ada selaras dengan janji jenama MAGGI® untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, kami terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap.





MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, MAGGI® komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.


So tunggu apa lagi? Dapatkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan di pasaraya yang berhampiran. Serius rugi tau kalau korang tak cuba sendiri.









Tiada ulasan