Restoran Mai Kedaghah by Puspa Gomen Menyajikan Masakan Utagha dan Thai, Mesti Cuba!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Restoran Mai Kedaghah by Puspa Gomen Menyajikan Masakan Utagha dan Thai, Mesti Cuba! | Rabu lepas, kakak sempat singgah di Restoran Mai Kedaghah milik tiktokers popular Puspa Gomen dan suami, Kasyah. Tahniah Puspa Gomen atas pembukaan restoran yang menyajikan makanan Utagha dan Thai sejak 16 Julai yang lalu. Restoran Mai Kedaghah ni terletak di Pusat Perdagangan KLIA Avenue, Kota Warisan Sepang. Banyak sajian menarik yang dihidangkan kat sini tau. Walaupun menunya nampak simple je, tapi memang banyak pilihan dan best!



Siapa Puspa Gomen?



Kalau korang biasa dengan aplikasi tiktok, nama Puspa Gomen bukan nama yang asimg lagi. Pengikut Puspa sendiri menceceah sehingga 3.4M tau!. Beliau mula aktif di tiktok dengan konten komedi pada tahun 2018. Kalau nak tau, Puspa juga mempunyai single yang bertajuk Abiy Sayang dan kini dalam proses untuk memperkenalkan single kedua di bawah label MVM Music. Puspa juga pernah terlibat dengan beberapa program TV juga.


Restoran Mai Kedaghah


Restoran Mai Kedaghah ni diilhamkan bersama suami. Idea mengembangkan layar dalam bidang pernigaan F&B ni terinspirasi dari "hobi" makan mereka berdua. Puspa sangat menghargai masakan dan menu dari negeri kelahiran beliau iaitu Perlis. Sebab tu menu yang ada di sini kebanyakkannya dari Utagha dan juga Thai.



Tanpa berlengah jom kita tengok hidangan yang menarik kat sini.


Laksa Calat - RM10



Salah satu menu wajib cuba kat sini, laksa dia memang padu. Kuah dia pekat dan isi ikan dalam kuah tu memang tak kedekut. Kakak sebagai peminat laksa, memang approved la laksa calat ni. Specialnya kan, kuah laksa ini dimasak sendiri oleh Puspa bagi memastikan rasa dia konsisten dan resepi dia tak lari. Power wehhh! Tokey sendiri yang buat kuah laksa tau!


Garam Belacan Bini Aku - Jambu atau Mangga RM 6 / Campur RM 7



Haaa, ni satu lagi air tangan Puspa sendiri. Kalau dah kata orang Utagha tu kan, garam belacan memang tak tinggal punya! Hahahahah. Korang boleh pilih nak garam belacan dengan mangga, jambu ataupun campur kedua-duanya. Rasa dia memang pedas-pedas, masam. Perghhh taip ni pun dah kecur liur okay.


Char Kuey Teow - RM 9 - RM 20



Mana dia peminat Char Kuey Teow? Kat Restoran Mai Kedaghah ada banyak pilihan Car Kuey Teow yang boleh korang pilih tau. Ada Char Kuey Teow Ayam, Udang, Kerang, Sotong, Ketam dan Kambing yang digoreng panas-panas. Tambah pulak dengan cili jeruk. Sedaq baq ang! Tapi kalau ada cili padi jeruk lagi bertambah padu untuk mereka yang suka pedas. Untuk kali ni, kami pilih 3 jenis Char Kuey Teow iaitu, udang, kerang dan ketam.


Nasi Penyet dan Ayam Kiecap Desik  (RM 13 - RM15)



Kalau dah namanya tekak Melayu, tak sah kalau takde menu yang berasaskan nasi. Kat sini Puspa tak menekankan hidangan goreng-goreng, tapi beliau mengutamakan hidangan Nasi Penyet bagi mereka yang sukakan nasi. Terdapat pelbagai jenis hidangan Nasi Penyet seperti Ayam, Talapia dan Keli Penyet dengan dua pilihan sambal iaitu sambal desik (pedas) dan sambal manjah (kurang pedas).



Kalau korang suka lagi pedas, boleh cuba Ayam Kiecap Desik. Memang berdesik pedas dia oi! Kakak tak tahan pedas ni, mampu tengok je la. Hehehehehe. mau berdesing kepala kalau makan ni uiiii!


Mukbang Seafood - RM 35



Peminat seafood? Jangan risau kat sini ada hidangan mukbang seafood tau. Selalu tengok orang Thai makan, terliur bethol ye. Sekarang ni kalau terasa nak makan mukbang seafood tak payah susah-susah sampai ke Thai sana, datang je Restoran Mai Kedaghah ni. Order sedulang, puas hati makan. Sos dia pun bagi kakak sedap, cukup rasa pedas-masam-manis dia tu!


Miang Pla Pao - RM 25



Tak lengkap hidangan kalau takde Miang Pla Pao juga. Ikan siakap digoreng garing tambah pulak dengan sos hijau Thai pedas-masam-manis tu, perghhh! Terangkat!


Tomyam Goong - RM 18


Lagi 1 pelengkap hidangan Thai ialah Tomyam Goong. Rasa tomyam dia memang best. Korang boleh pilih nak makan dengan nasi, mee, bihun, kuey teow ataupun maggi.



Kerabu Maggi - RM 10



Yang ni memang fav kakak la, kerabu maggi masam-masam pedas tu. Lepas tu tak kedekut bahan ye, puas hati makan.


Ayaq Special Restoran Mai Kedaghah



Untuk kali ni, kami pakat order minuman signature yang terdapat kat sini. Takkan nak order teh o ais pulak kan? Haaaa, kat sini ayaq special dia memang special gila. Terdapat 3 jenis minuman signature khas untuk pelanggan restoran. Rugi kalau korang tak rasa tau.


  • Teh tarik Kedaghah - RM 5
  • Milo Taboq Kedaghah - RM 6
  • Ayaq Kedaghah - RM 7

Kalau tengok dari rupa, memang nampak manis leting. Tapi bila dah rasa sendiri kan, terkejut juga kakak tau sebab air dia just nice dan tak terlalu manis. Sebab tu la omputeh kata "Don't judge a book by its cover". Antara ketiga-tiga air ni, pilihan kakak semestinya Milo Taboq Kedaghah. Sedap wehh, boleh abis satu gelas besar tu! Hehehehehe.




So far, menu yang dihidangkan di Restoran Mai Kedaghah memang buat kakak rasa nak repeat. dari segi harga pula, memang berbaloi dengan apa yang kita makan. Portion setiap 1 menu tu besar, korang boleh share 2 orang tau. Laksa pun kakak share dengan suami aritu.




Tunggu apa lagi? Korang kena cuba sendiri menu yang terdapat di Restoran Mai Kedaghah.

  • Alamat : 22, Jalan KLIA Avenue, 43900 Sepang, Selangor.
  • Waktu Operasi : 4 Petang sehingga 12 Malam (Weekdays) / 4 Petang sehingga 1 Pagi (Weekend) - Tutup Isnin
  • Untuk tempahan dan pertanyaan : 012-702 0010 (admin)


Landmark dia mudah je, dari tepi jalan nak menghala ke KLIA tu, korang boleh nampak kedai berwarna pink dengan papan tanda dan gambar Puspa Gomen. Senang je la nak cari! kompom jumpa, #kompomripit bila sekali dah pekena hidangan kat sini!

Tiada ulasan