Tahun Baru, Azam Baru

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulillah, dah menginjak ke 2018. Makanya 2017 hanya tinggal memori. Selamat tinggal 2017, terima kasih atas segala kenangan yang telah berlaku sepanjang 2017. Mana yang baik, jadi ingatan yang manis dan teruskan di tahun ni. Yang kurang baik, kita perbaiki dan yang tak baik langsung, jadikan pengajaran dan lupakan.


Kalau nak cerita pasal 2017, rasanya banyak sangat cerita. Azam sebelum ni? Ermmmm. Seorang AJ ni rasanya memang tak penah berazam pun. Rasa cam bila berazam tu tak penah tercapai. Hahahahaha.

2018 AJ nak mulakan dengan sesuatu dan perasaan yang positif. Tahun ni rasa macam nak meneruskan azam 2017 iaitu TIDAK berazam. Hihihihi. Taklah, tahun ni AJ ada nak berazam. Kalau untuk kehidupan tu, AJ berazam nak kurangkan komitmen dan sifat boros. Yup, AJ agak boros, tapi recently ni AJ takdelah gila shopping sangat. Alhamdulillah, nak keep that momentum.

Lepas tu AJ berazam nak update entri sekurang-kurangnya sekali sehari. AJ penah nak buat ni dulu. Tapi kekangan masa tak mengizinkan AJ buat macam tu, makanya terkandas ditengah jalan. Now, nak start balik.

Dan, AJ ada lagi 1 azam. Kalau boleh 2018 ni AJ nak akhiri zaman bujang. Gittewww. Insyaallah, yang ni AJ tak boleh nak jangka la. Tapi AJ pun nak masuk 8 tahun dah dengan Mr.JR, so kitorang fikir "it's about time" la. Mudah-mudahan niat kami yang ni dipermudahkan.

So apa je azam korang untuk tahun 2018 ni? AJ harap segalanya dipermudahkan okay. Akhir kata, selamat tahun baru 2018 AJ ucapkan buat pembaca blog AJ. Terima kasih sokong AJ selama ni walaupun jadi silent reader. I love you!

P/s : Ada 2 entri 2017 yang AJ masih tertangguh. Dateline pun bulan ni. Hehehehehe.

Baca Selanjutnya »

Unboxing dan Review Make Your Concept, A : Concept dari Althea Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sebelum 2017 melabuhkan tirai AJ nak buat simple new year look dengan menggunakan Make Your Concept, A:Concept dari Atlhea Korea. Malam ni nak sambut new year kan, kenelah cantik-cantik.

Sebelum tu AJ nak unboxing dulu apa yang ada dalam Make Your Concept box. Yang ni black edition tau. Shade AJ pulak #23 Natural Beige.


Didalam ni ada 3 produk dengan 1 cushion refill. Ade all in one brightening a cushion, 1 a red orange lipstick dan 1 everything in a coral lip & cheek.



All in One Brightening A Cushion (#23 Natural Beige)

Cushion ni AJ suka sebab dia full coverage. Kulit AJ sekarang ni tengah sunburn dan bercapuk-capuk, bila AJ pakai cushion ni dia terus buat kulit AJ nampak sekata.



A Red Orange Lipstick

Lipstick dengan warna merah mewah ni sesuai dengan semua jenis kulit. Dia punya tekstur pun jenis matte dan tahan lama. Lepas makan atau minum tak payah nak touch up.

Everything in A Coral Lip & Cheek

Yang ni boleh digunakan 2 in 1. Boleh jadi lipstick dan juga pemerah pipi. Warna nude nya sangat sesuai untuk mereka yang suka makeup simple. Lepas tu yang bestnya, boleh dijadikan eyeshadow jugak.


Sekarang AJ nak tunjuk kat korang new year look versi AJ melalui video kat bawah ni.



So kalau korang nak dapatkan produk ni boleh lawati : Atlhea Korea.

P/s : Sambut tahun baru kat mana tu?




Baca Selanjutnya »