Buat Pandai, Lepas Tu Buang..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Inilah dia... Orang lain bersusah payah nak dapat anak....
Tapi yang dah dapat tu, senang-senang hati nak buang...
Binatang pun tahu sayang anak..... Meraung-raung kalau anak kecilnya diambil..
Tapi manusia??? Tergamak buang anak.....
Buang dalam tong sampah, campak dalam sungai, dan yang terbaru tinggal tepi pintu Masjid..

Kes ni berlaku di Masjid Baru Kampung Lamir, Pekan, Pahang dan bayi tersebut ditemui oleh seorang jemaah masjid Khasli Mohd Razali, 48, jam 5.30 pagi ketika ingin memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat subuh... Bayi lelaki seberat 2.9kg dan dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui dalam keadaan menangis kerana kesejukan dan kelaparan.
Bayi lengkap berpakaian dan dibalut kain pelikat itu, ditinggalkan di hamparan tepi masjid berserta botol susu dan beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu serta pakaian dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dengan kesan gigitan nyamuk di muka....
Pihak polis sedang berusaha mengesan ibubapa bayi malang terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya..
Semoga mereka mendapat pembalasan atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini....

Sumber :  Harian Metro




P/s : Kalau tak nak sekalipun, janganlah buang macam sampah......
Bagi je kat orang, ramai yang kat luar sana nak kan anak....
Bayi ni, nasib manusia yang jumpa.....
Kalau binatang buas????

Baca Selanjutnya »

Putuslah.... Letak Gambar Bogel!!!


ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bandar Seri Begawan : Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan teman wanitanya memutuskan hubungan, seorang lelaki bertindak memuat naik gambar lucah dan klip video seks bekas teman wanitanya di laman sosial Facebook..
Lelaki tersebut, Adi Adip Mohammad, 28 meletakkan nama samaran pada akaun Facebook bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Miss X dan meletakkan gambar-gambar serta video terbabit pada 18 Februari lalu bagi membalas dendam serta memalukan wanita tersebut.
Beliau mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan.

Sumber daripada : Harian Metro



Haaaaaaaaaaaa........ 
Kalau sayang pun biarlah kena tempat dan caranya...
Ni bila dah putus, gambar-gambar dan video macam tu dimuat naik dalam laman sosial....
Tak ke satu dunia boleh tengok....?
Lain kali hati-hatilah  ye....
Kalau dah terkena macam ni, apa pun tak boleh buat dah...
Nasi dah jadi bubur......

P/s : Minta dijauhkan kita semua dari perkara-perkara yang macam ni...
Nauzubillah....

Baca Selanjutnya »

2 JAM??? Kejung Segala Urat Saraf....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhhhhh........ Berpeluh-peluh mengerah seluruh tenaga yang ada...
Sakit pinggang dan urat-urat yang tak berapa nak dawai ni.....
Kaki dan tangan habis lenguh.....
Mood rajin tiba-tiba datang pulak....
Makanya, mulalah AJ mengemas bilik sendiri......
Sapu sampah, mop lantai sampai dekat 7 kali.....
Yeeee.... Mop lantai dekat 7 kali... Jangan tak percaya ye......
Sebabnya membela kucing, so lantai kotor gila lah... =D
Ganti cadar.... Dari biru jadi kuning pulak....
Hehehehhehehehheh... =D
2 Jam kot.....
Macamlah bilik besar sangat.....
Ahhhhh, tak kisahlah...
Janji hati AJ puas tengok bilik berubah wajah walaupun kedudukan semua bende tak berubah....
Asalkan warna cadar tu berubah kannnnnn.....
Okaylah, sekarang nak tidur dah...
Kang ada yang tak bangun pegi keje..
Dahlah AJ pemegang rekod staff yang hari-hari "Datang Awal"... =P

Okay sekarang nak beradu.....
Bye korang..... =D
Ehem! Atas ni gambar hiasan je tau...

P/s : Mood tengah rajin, rajinlah....
Cuba tengah malas???? Teeeetttttttt.....


Baca Selanjutnya »