Serbuk Halia #1 | Membantu Merawat Masalah Angin Dalam Badan dan Kesihatan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Serbuk Halia #1 | Membantu Merawat Masalah Angin Dalam Badan dan Kesihatan | Siapa ada masalah angin? Masalah angin dalam badan jangan dipandang enteng, kalau dibiarkan boleh memudaratkan kesihatan juga tau! Masalah angin dalam badan biasanya berpunca dari cara pemakanan serta sistem penghadaman. Bila masalah angin ni datang memang akan rasa tak selesa, dengan perut rasa sebu, kembung, kerap rasa nak sendawa, badan rasa berbisa dan lesu je.



Baru ni kakak ada tengok Ben Ashaari duk promote Serbuk Halia #1. Mula-mula kakak takde pun rasa nak cuba tapi lepas tengok ramai rakan-rakan KBBA9 lain cakap serbuk Halia #1 ni bagus dan membantu dalam merawat dan membantu mengurangkan masalah angin dalam badan terus kakak order minggu lepas. Kakak ni badan je kecik, tapi jangan tak tau angin dalam badan banyak juga. Kalau sebelum ni, kakak selalu buat bekam angin tapi takkan setiap kali badan berangin nak kena pegi bekam kan? Bekam pun bukan boleh buat selalu. Jadinya Serbuk Halia #1 ni la alternatif yang paling cepat dan mudah.


Khasiat Halia dan Manfaat Dalam Kesihatan


Halia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh dunia. Halia sangat kaya dengan bahan kimia semulajadi yang dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita. Tak dinafikan penggunaan halia ni bukan sesuatu yang asing, dari zaman nenek moyamg kita lagi dah digunakan. Dan halia bukan sahaja digunakan untuk tujuan perubatan, malahan digunakan dalam masakan juga!


Selain tu banyak lagi manfaat halia seperti :


  • Mencegah kuman dalam tubuh badan
  • Mengurangkan keradangan
  • Menguatkan imunisasi tubuh badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengurangkan pening kepala dan loya
  • Mengurangkan kesakitan haid
  • Membantu merendahkan paras kolestrol
  • Mengurangkan berat badan
  • Melegakan batuk dan sakit tekak


Trivia :

Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11 gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.


Kenapa Mesti Cuba Serbuk Halia #1?


  • Ianya 100% asli dan tidak mengandungi bahan campuran.
  • Menggunakan halia mentah terpilih dari Banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa.
  • Ditanam oleh para petani secara tradisional sejak berabad lama.
  • Serbuk Halia Gunung ini diproses dengan teknologi terkini bagi mengekalkan khasiat semulajadinya.



Bagi kakak pula yang pertama, sebab ianya didatangkan dalam bentuk serbuk! Hahahaha. Senang nak guna untuk buat air ataupun letak dalam masakan. Korang tau la kan, kakak ni kadang tak berapa nak rajin hiris halia tu. Bila adanya halia dalam bentuk serbuk ni, memang kakak suka. Cepat dan mudah, anytime je boleh guna!




Macam kakak cakap tadi, kakak cuba Serbuk Halia #1 ni untuk masalah angin. Tapi bila dah amalkan, kakak perasan selain mengurangkan masalah angin dalam badan, sistem pencernaan kakak jadi lebih baik. Sebenarnya kakak ada masalah pencernaan, bila makan ke apa 2-3 hari sekali baru nak "membuang". Sekarang ni, setiap hari mesti check-in toilet! Hahahahhaha.


Selain tu kan, lepas kakak positif covid 2 bulan yang lepas, tekak selalu gatal dan kakak mengalami gejala batuk yang berterusan. Berbulan-bulan tak hilang batuk ni. Jadinya setiap pagi, kakak campurkan sedikit Serbuk Halia #1 dan madu dalam air suam. Alhamdulillah, lepas beberapa hari batuk mulai berkurangan dan tekak dah tak gatal. Tapi kalau korang tak lalu nak campur dengan air suam biasa, boleh juga campurkan dengan susu suam.



Orang perempuan ni, kalau period mesti ada yang sengugut teruk kan? Kakak pun tak lari dari masalah ni walaupun tak begitu teruk tapi tetap rasa cramp kat bahagian ari-ari tu bila nak period atau tengah period. Bila dah macam tu, kakak memang buat teh halia untuk kurangkan rasa tak selesa tu.


Dan korang boleh gunakan Serbuk Halia #1 ni dalam masakan setiap hari. Kakak suka campurkan halia hiris untuk rasa yang lebih crunchy dan masukkan juga serbuk halia untuk lebih rasa.




Testimoni mereka yang telah mencuba Serbuk Halia #1

Banyak lagi sebab kenapa korang kena cuba Serbuk Halia #1 ni. Korang boleh tengok testimoni dari mereka yang dah amalkannya. Memang bagus!








Macam mana nak dapatkan Serbuk Halia #1?


Senang je, korang cuma perlu whatsapp : https://wa.link/ve4p9p

Instagram : @halianosatu


Selamat mencuba! Pasti tak menyesal.

Baca Selanjutnya »

Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | Dari kecik kakak memang kenal sangat dengan Pusat Pakaian Hari-Hari. Dulu masa zaman-zaman sekolah, Mak dengan Abah selalu baju kat sini. Tak kiralah baju sekolah, baju pakai harian dan juga baju raya. Boleh dikatakan banyak baju yang dibeli di Pusat Pakaian Hari-Hari.



Tahun ni mesti semua orang eksited nak beraya selepas 2 tahun pandemik melanda kan? Macam tu juga kakak, dari awal puasa kakak dah mula survey baju untuk dipakai masa pagi raya nanti. Tahun ni, keutamaan kakak adalah untuk buat persiapan baju raya Mak dan Abah. Sekarang ni, nak meredah lautan manusia kat bazar tu macam tak gigih. Jadi kakak pilih beli baju raya mereka kat Pusat Pakaian Hari-Hari.


Kenapa Kakak Pilih Pusat Pakaian Hari-Hari?


Harga Yang Berpatutan dan Berkualiti



Dari dulu lagi, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari-Hari memang murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Dan semua yang kita nak ada disini. Daripada pakaian kanak-kanak, lelaki dan wanita. Nak cari size pun senang. Kualiti pakaian disini pun tak mengecewakan daripada fesyennya dan juga material pakaian. Kakak kalau bab pilih baju, agak cerewet. Siapa yang kenal, tau la kan? Hehehehhe.


Masa duk pilih baju raya Mak dengan Abah baru ni, kakak jadi rambang mata. Semuanya nampak cantik! Habis semua fesyen baju raya kakak belek. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar tu kan? Kalau boleh semua warna kakak nak beli. Dan hasil setelah lebih kurang sejam kat Pusat Pakaian Hari-Hari, kakak akhirnya memilih 2 pasang baju setiap seorang untuk mereka. Alhamdulillah.




Staff Ramah dan Sangat Membantu


Perasan tak setiap kali korang masuk ke Pusat Pakaian Hari-Hari kan, mesti korang akan disapa sebaik saja melangkah masuk ke dalam outlet?


"Selamat Datang ke Hari-Hari!" dan "Terima Kasih, Datang Lagi!"


Sebab tu kakak suka datang membeli pakaian kat sini. Selain ramah mereka juga sangat membantu untuk ambilkan pakaian di rak, carikan design yang kita berkenan dan size yang sesuai untuk kita.



Proses Penukaran Dalam Masa 7 Hari di mana-mana outlet Pusat Pakaian Hari-Hari.


Yang ni salah satu sebab kakak memilih Pusat Pakaian Hari-Hari. Masa beli baju raya baru ni, kakak tersalah ambil size baju mak. Secara tak sengaja terambil baju yang bersize besar. Selalunya, kalau kita beli kat sesebuah outlet tu, kita perlu membuat penukaran di outlet tersebut sahaja. Tapi di Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh menukar baju yang telah dibeli dimana-mana sahaja outlet yang berhampiran. Kadang outlet asal yang kita beli tu, dah habis size. Jadinya, nak tak nak kita kena juga la pakai baju tu juga atau alter ataupun katalah korang beli baju kat Perak, tiba-tiba bila dah sampai balik ke Terengganu baru perasan baju salah size ke apa, takdelah nak kena patah balik ke tempat beli. Jauh tu! Tapi kat sini, tak perlu pun. Cari je mana-mana outlet dan tukar, sah dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian. Dan korang cuma boleh membuat pertukaran sebanyak 1 kali sahaja. 


Happy betul bila dapat tukar size baju Mak kat outlet Pekan Sungai Besi. Baju asal kakak beli di outlet Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Tawaran Hebat Sempena Musim Perayaan di Pusat Pakaian Hari-Hari


Bila musim perayaan ni, tak sah kalau takde tawaran hebat di Pusat Pakaian Hari-Hari ni tau! Kali ni korang boleh dapatkan pelbagai tawaran yang menarik dengan setiap pembelian di Pusat Pakaian Hari-Hari antaranya :


  • PERCUMA Beg Woven eksklusif Hari-Hari dengan setiap pembelian RM200 & keatas.
  • PERCUMA peket duit raya Hari-Hari dengan setiap pembelian RM100 & keatas.
  • Diskaun 10% untuk pemegang kad Watsons dengan pembelian minima bernilai RM10.
  • Rebat 10% untuk pembelian secara dalam talian.



Tak lama lagi dah nak raya, mana yang tak sempat lagi beli baju raya tu bolehlah serbu Pusat Pakaian Hari-Hari yang berhampiran. Untuk info lanjut :


Website : https://www.ehari.com.my/

Outlet : http://www.hari.com.my/locator/

Facebook : https://www.facebook.com/hari.hari/

Instagram : https://www.instagram.com/harihariofficial/

Baca Selanjutnya »

Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan | Setiap kali Ramadan, tempat yang menjadi tumpuan di Kelantan ialah Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV. Kat sini korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis kuih dan menu tradisional Negeri Kelantan. Kadang-kadang tu kan, ada menu yang korang susah nak jumpa pada bulan lain tau, Ramadan je ada.



Masa Program Ihya Ramadan 2022 tempoh hari, kami berkesempatan menerokai sendiri Bazar ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV. Bazar dia memang besar dan membuatkan kakak rambang mata nak pilih menu untuk berbuka puasa. Kalau boleh nak beli semua menu yang ada je, orang kata bulan Ramadan ni memang semua benda rasa nak makan, tapi bila dah beli jadi tak tau nak makan yang mana.



Bazar ni memang luas dan sentiasa menjadi tumpuan penduduk Negeri Kelantan dan juga mereka yang berkunjung ke Kelantan. Jom kita intai apa yang terdapat disini, manalah tau korang ke Kelantan dalam bulan Ramadan ni, boleh la singgah kat sini.



Pada sebelah malam pula, korang boleh ke Madinah Ramadan. Ini merupakan acara tahunan Negeri Kelantan dimana, satu tapak khemah disediakan untuk mereka yang ingin bersolat terawih di sini secara berjemaah. Selalunya, solat Terawih di Madinah Ramadan akan diimamkan oleh mereka yang bukan calang-calang. Rugi rasanya kalau tak berterawih disini.



Khemah yang disediakan memang cukup besar dan boleh memuatkan ramai jemaah. Selain itu, ianya dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan mereka yang bersolat disini. Sejujurnya, kakak cemburu sangat bila tengok aktiviti orang Kelantan ni masa bulan Ramadan tau! Terasa macam nak pindah Kelantan pulak setiap kali menjelang bulan Ramadan.



So bagi mereka yang berada di Kelantan, apa kata korang jenguk sendiri Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan ni. Seronok tau! Rugi kalau tak pegi. Sempat lagi ni!

Baca Selanjutnya »