Koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan, Gandingan Klasik dan Moden

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan, Gandingan Klasik dan Moden | Mana nak cari Shawl Sulam dan Bawal Printed di bawah satu bumbung? Jawapannya di Tana Hassan. Bagi mereka yang berhijab, ada yang meminati shawl dan ada juga peminat tudung bawal. Tapi kalau kakak sendiri, dua-dua kakak suka bergantung kepada pakaian dan acara.



Tana Hassan bukanlah nama baru, sebelum ini dikenali sebagai Hijabulous Hassanah sejak dari tahun 2013. Pada tahun ini, Hijabulous Hassanah membuat penjenamaan semula kepada Tana Hassan dan melancarkan koleksi Ningrat di bawah jenama ini. Kalau nak tau, Tana Hassan merupakan pemilik kepada jenama ini sendiri tau!


Koleksi Shawl Sulam Ningrat by Tana Hassan


Shawl sulam bukanlah gaya baru dalam dunia fesyen, tapi sekarang ni shawl sulam dah kembali mendapat tempat dan berjaya menarik perhatian generasi masa kini termasuklah kakak sendiri. Jujurnya, kakak memang falling in love sangat dengan koleksi shawl sulam Ningrat ni tau!



Shawl sulam membuatkan si pemakai nampak sangat klasik dan anggun. Kalau nakkan sentuhan tradisional sikit, korang boleh menggayakan shawl sulam ini dengan baju kebaya ataupun baju kurung. Terdapat beberapa corak sulaman dan warna yang boleh korang pilih daripada koleksi Ningrat ini. Yang kakak pakai ni, Sulam Melati kod Grapes.



Materialnya pula ialah Chiffon Georgette yang sangat mudah dibentuk dan flowy je bila dipakai. 


Bawal Printed Ningrat by Tana Hassan


Bagi mereka yang kurang menggemari shawl sulam, Tana Hassan juga ada koleksi Bawal Printed. Yang menariknya corak bawal printed ini direka sendiri oleh Tana Hassan. So, coraknya limited edition. Kiranya, yang beli dari Tana Hassan je ada corak ni tau!



Material Bawal Printed ni ialah Dull Satin. Kainnya memang sangat lembut dan mudah dibentuk. Selain tu, satinnya ringan dan sejuk bila dipakai. Lepas tu nak tau apa yang best? Bawal ni sangat mudah digosok. Sebagai orang yang terlebih "rajin" macam kakak ni kan, material easy iron ni memang kakak suka tau! Hahahahaha.



Kat bawah ni kakak share sikit cara menggayakan koleksi Ningrat Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan. Sapa nak tutorial boleh request, InsyaAllah nanti kakak kongsikan kat socmed kakak okay!


@ayuerejaluddin Korang geng shawl atau geng bawal? Kakak tak tau la nak pilih mana, dua-dua kakak geng! So kalau korang nak dapatkan shawl sulam ataupun bawal printed, boleh beli dengan @TanaHassan_. Banyak pilihan menarik tau! So kakak kongsikan dengan korang 4 cara nak menggayakannya. Cukuplah 4 gaya setiap satu, kang korang minta tutorial jenuh kakak nak explained! 😂 #fypシ #shawl #bawal #fashion #style #hijab #hijabstyle #ningrat #tanahassan ♬ original sound - ayuerejaluddin



So kat mana nak dapatkan koleksi Shawl Sulam dan Bawal Printed Tana Hassan ni? Sekarang ni dengarnya Tana Hassan ada harga promo tau. Cepat dapatkannya sekarang.


Instagram : https://instagram.com/tanahassan_

Facebook : https://www.facebook.com/TanaHassan

Tiktok : https://www.tiktok.com/@tanahassan_

Shopee : Tana Hassan


Baca Selanjutnya »

Berlibur di Indonesia Dengan Sahabat Holidays

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Berlibur di Indonesia Dengan Sahabat Holidays | Semenjak sempadan negara dah dibuka ni, ramai yang mula melancong keluar negara. Antara salah sebuah negara yang menjadi tumpuan ialah negara jiran kita iaitu Indonesia. Kakak sebenarnya tengah berkira-kira nak ke Indonesia, yelah Korea, Jepun semua dah sampai tapi Indonesia yang sebelah ni je belum sampai-sampai. Hahahaha. So kakak dah survey pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Sahabat Holidays ni. Menarik!



Kita ni kalau nak melancong, mestilah nak pilih agensi yang terbaik kan? Macam mana kakak tau agensi Sahabat Holidays ni terbaik? Sebenarnya, agensi ni kawan kakak yang suggest, dia penah amik pakej dengan mereka jadinya, kakak tak rasa was-was dan yakin nak menggunakan khidmat dari Sahabat Holidays. Lagipun agensi ni telah berdaftar dan berlesen. Yang ni kena hati-hati tau, kakak kalau nak melancong dengan agensi, kakak akan pastikan mereka agensi yang berdaftar. Barulah tak kena scam.



Rasa-rasa tau tak kawan mana yang suggest Sahabat Holidays Indonesia ni? Hehehehheeh.


SAHABAT HOLIDAYS INDONESIA


Sahabat Holidays Indonesia telah ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Encik Yusuf yang berpengalaman dalam industri pelancongan dari tahun 2011. Berbekal pengalaman sedia ada, Sahabat Holidays menawarkan pakej pelancongan domestik yang terbaik dengan harga yang berpatutan untuk pelancong dari beberapa buah negara Asia bukan sahaja Malaysia, malahan Brunei, Singapura dan Thailand.




Dengan menggunakan moto "Friendly & Fun", Sahabat Holidays Indonesia menjanjikan pengalaman yang menarik dan terbaik untuk setiap pelanggan. Kakak tengok dekat medsos Sahabat Holidays, banyak feedback yang memberangsangkan dari mereka yang dah menggunakan khidmat dan pakej pelancongan yang disediakan oleh Sahabat Holidays tau. Lagilah kakak excited nak melancong dengan pakej Sahabat Holidays.


Tanpa buang masa jom kita intai antara pakej yang ditawarkan oleh Sahabat Holidays. Antara destinasi yang menjadi pilihan ialah Medan, Padang dan Bukit Tinggi, Banda Aceh dan banyak lagi.


Medan




Bila sebut je pasal Medan, mesti automatik kita ingat pasal Danau Toba kan? Sebenarnya selain daripada Danau Toba, banyak lagi tempat menarik yang boleh kita lawati di Medan antaranya :


  • Air Terjun Sipiso-piso
  • Air Terjun Efrata
  • Holbung Hills
  • Desa Ambarita
  • Desa Tomok
  • Siragantung
  • Masjid Al-Mashun
  • Replika Pagoda Shwedagon di Taman Lumbini
  • Maimoon Palace
  • Sun Plaza


Kakak memang teringin sangat nak ke Medan, dari cerita kawan-kawan yang dah kesana banyak wisata menarik degan pemandangan yang cantik kat situ. Kalau korang sukakan nature, Medan merupakan destinasi yang wajib dilawati.


Padang dan Bukit Tinggi



Kalau Medan sesuai untuk mereka yang cintakan nature, Padang dan Bukit Tinggi pula merupakan destinasi yang sesuai untuk mereka yang cintakan budaya. Sebut pasal Padang dan Bukit Tinggi kan, mesti terbayang-bayang pakaian dan makanan Minang.




Antara tempat yang boleh korang lawati disini ialah :


  • Muzium Lembah Gadang, Padang Panjang
  • Pandai Sikek (Untuk melihat cara pembuatan pakaian Minangkabau, membeli songket dan sebagainya)
  • Istana Silinding ulan
  • Istana Pagaruyung
  • Pasat Atas
  • Batu Sangkar
  • Jam Gadang
  • Danau Singkarak
  • Danau Maninjau
  • Sungai Landi
  • Pantai Padang
  • Jambatan Siti Nurbaya




Banda Aceh


Banda Aceh sangat sinonim dengan tragedi Tsunami yang telah melanda pada tahun 2004. kini, Banda Aceh bangkit kembali dan telah menjadi salah satu destinasi pelancongan tersohor di Indonesia. Kalau nak tau, destinasi ni merupakan salah satu wishlist kakak kalau ke Indonesia. Kakak teringin nak ke Masjid Raya Baiturrahman, Muzium Tsunami dan Pulau Sabang.




Siapa yang sukakan pantai dan divers, wajib kesini. Banyak sangat pantai-pantai yang cantik boleh dilawati tau! Antaranya :


  • Pantai Sumur Tiga
  • Pantai Iboih
  • Pulau Rubiah (terkenal dengan aktiviti snorkeling)
  • Pulau Weh (antara destinasi diving)
  • PLTD Apung 1 (penjana elektrik Banda Aceh)
  • Pasar Atjeh
  • Kapal Apung Lampulo
  • Taman Sari Gunongan






Destinasi yang kakak sebutkan kat atas terletak di Kepulauan Sumatera je kan? Sahabat Holidays ni hanya bertumpu kat situ je ke? Jangan risau, Sahabat Holidays juga ada menawarkan pakej-pakej menarik di Kepulauan Jawa, Bali, Lombok dan Sulawesi juga. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Sahabat Holidays Indonesia, boleh layari :


Atau boleh menghubungi terus Encik Yusuf di talian :


Whatsapp : +6287868689298
Email : info@sahabatholidays.com / sahabatholidays@gmail.com


Tak sabarnya nak melancong! Buku merah pun dah lama takde cop ni. Hahahahhaha

Baca Selanjutnya »

Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Kini Kembali!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Kini Kembali! | Seramai 12 orang wanita akan tampil dalam siri realiti TV sebanyak 6 episod, bermula hari ini 8 Julai 2022, jam 4.30 petang di TV3. Mereka yang terpilih ini merupakan antara yang bertuah daripada 2000 peserta untuk meneruskan cabaran kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran juara.




Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® akan membawakan kembali tiga orang Mentor yang cukup terkenal iaitu Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly dan Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.





Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ini juga akan membawakan kembali hos kesayangan korang, Nana Mahazan! Yeayyyyy!




Musim kedua rancangan Resipi Berani MAGGI® menjanjikan lebih banyak kejutan. Banyak cabaran yang akan ditempuh oleh setiap peserta untuk meguji kecekalan mereka. Antara cabaran yang bakal dihadapi para peserta adalah menyediakan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik serta cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial. Fuhhh, menarik! tak sabar kakak nak tonton petang ni.



Kakak sendiri berkesempatan menghadiri sesi pelancaran rancangan Resipi Berani MAGGI® musim Ke-2 baru-baru ni dan dapat mengetahui serba sedikit mengenai program ini dan cabaran yang bakal dilalui oleh para peserta. Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad,


“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”


“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain.”




Bagi Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, juara akan membawa modal benih sebanyak RM8,000 dan akan menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang modal benih sebanyak RM5,000.


Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 4.3o petang hanya di TV3 bermula hari ini, 8 Julai 2022 selama 6 minggu. Agaknya apalah resepi peserta-peserta ni ye. Kalau korang tak sempat nak menonton Resipi Berani MAGGI® ni, jangan risau, korang boleh menonton kembali di saluran Youtube MAGGI® (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos) ataupun siaran ulangan di TV3 setiap hari Sabtu, jam 11.30 pagi.




Dalam rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ini 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah iaitu Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu). Korang rasa, siapa yang akan menyandang gelaran juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2? Kenalah tonton sendiri!


Masa hari pelancaran Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, kami kena jawab trivia sikit. Kakak kau ni antara 10 orang yang berjaya menjawab soalan. Hebat jugak ek! Done puji diri sendiri! Hahahahahaha.




Episod 1 Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2

Amacam? Dah tengok ke episod 1 tadi? Best ke tak? Kakak dah tengok, berdebar-debar pulak rasa. Mentor Sheila Rusly memang garang, dan komen-komen mentor lain seperti Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris sangat straight forward. Tapi bagus tau, sebab komen-komen membina macam ni akan buat peserta lebih kental dan dapat memperbaiki mutu masakan juga.


Untuk episod pertama ni peserta kena masak signature dish mereka. Masa ni banyak sangat moment menarik korang boleh tengok tau. Kelakar ada, sedih pun ada. Paling best, siap mention minta resipi kat member! Hahahahahah.

So korang kena tengok setiap episod Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 ni tau. Kakak ada 2-3 orang peserta favourite dah. Nak tebak siapa boleh jadi pemenang, awal lagi. Kita tengok episod minggu depan pulak macam mana. 




Info lanjut mengenai rancangan ini ataupun produk MAGGI® :


Baca Selanjutnya »

Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor | Dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan.



Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Apa itu Zakat?


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)



Kewajipan Zakat


Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”


Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”


 "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"

Tau tak bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menganjurkan "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" bersempena Bulan Taksir Zakat. Sekarang ni kalau korang berzakat melalui program ini, korang boleh menebus baucar dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik! Memang menarik sangat kan? 


Macam mana nak menyertai program ini?


Caranya mudah saja :

  • Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon pintar, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.
  • Cari fungsi taksir yang membolehkan korang membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.
  • Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.
Ataupun klik saja : Jom.zakatselangor.com.my




Siapa yang layak menyertai program ini?


Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja Lembaga Zakat Selangor. Setiap pernyertaan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LZS. Untuk tau lebih lanjut, boleh semak poster yang kakak dah lampirkan kat bawah ni. Lagi mudah korang nak faham.





Objektif  "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"


Program "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.


Jenis-jenis Zakat


Zakat terbahagi kepada dua, iaitu Zakat Fitrah yang biasa kita dengar dan juga Zakat Harta.


Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

 

Zakat Harta


Zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.


Zakat Harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

 

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas Perak
  • Zakat Pelaburan Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Takaful
  • Zakat Tanaman Padi
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Harta Galian /  Harta Karun

Baru-baru ni kan ramai yang keluarkan KWSP, so bagi sesiapa yang berkelayakan bolehlah zakatkan KWSP kita tu kan.



Cara Kiraan Taksiran Zakat


Macam mana nak kira taksiran zakat ni? Kalau korang dah muat turun aplikasi Zakat Selangor korang boleh mengira menggunakan kalkulator zakat. Kalau masih tak faham, korang boleh membuat janjitemu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/ untuk bersemuka dengan pihak LZS dan mendapatkan nasihat mengenai cara dan jumlah yang tepat untuk pembayaran zakat ini.



Selain membayar zakat, korang boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my.





Pengagihan Zakat

Mesti ada yang tertanya-tanya, zakat yang dibayar tu lazimnya akan disalur kemana? Antara jenis agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor ialah :

  • Asnaf Fakir dan Miskin
  • Asnaf Muallaf
  • Asnaf Fisabilillah
  • Asnaf Gharimin
  • Asnaf Ibni Sabil


Korang tak perlu risau sebab Lembaga Zakat Selangor akan memastikan zakat yang dibayar, diagihkan kepada mreka yang benar-benar berkelayakan. Segala permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah terlebih dahulu sebelum diluluskan. LZS sangat menitik beratkan soal pengagihan zakat ni tau. Jadi takdelah zakat itu diagihkan kepada orang yang salah.


Jadi tunggu apa lagi? Jom kita berzakat, manalah tau dengan berzakat ni korang dapat menang hadiah menarik pula kan. 


Baca Selanjutnya »

Manjakan Diri di Urban Bliss Wellness, Putrajaya

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Manjakan Diri di Urban Bliss Wellness, Putrajaya | Lama betul kakak tak manjakan diri, so hari Sabtu  lepas kakak ke Urban Bliss Wellness yang terletak di Tingkat 3, Mercure Hotel, Putrajaya. Landmark dia senang je, bersebelahan dengan Alamanda.



Urban Bliss Wellness yang baru saja dibuka ni, merupakan spa aromaterapi yang menawarkan pelbagai terapi spa seperti refleksologi, rendaman kaki dan mandian, urutan aromaterapi seluruh badan, lulur dan sebagainya. Rawatan-rawatan ini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan khusus dalam bidang aromaterapi.



Sebelum memulakan rawatan, korang akan dihidangkan dengan secawan teh untuk kesegaran dan lepas tu kena cuci kaki terlebih dahulu. Kemudiannya kakak ditempatkan di salah satu bilik rawatan untuk menukar baju. Bilik kat sini memang selesa ditambah dengan muzik yang mendamaikan dan bau aromaterapi yang tak terlalu menusuk. Serius, kakak kalau pegi mana-mana spa memang tak gemar sangat bila bau dia terlalu kuat. Agak mengganggu juga sebenarnya.




Urban Bliss Wellness menggunakan produk mereka sendiri tau, jadi sebelum apa-apa rawatan korang perlu declare sekiraya korang ada alahan pada apa-apa ingredients. Nanti sebelum korang masuk, receptionist akan amik details daripada korang.

Kat sini, terdapat banyak bilik-bilik rawatan yang disediakan untuk para pelanggan. Yang paling kakak suka ialah tahap kebersihan tempat dan suasana dalaman yang tenang. Memang kalau kita pegi spa nak tenang-tenang je kan?



Urban Bliss Jouney


Untuk sesi rawatan kali ni, kakak amik pakej Urban Bliss Journey yang merangkumi Full Body Scrub, Signature Massage dan Facial. Rawatan ni memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Memang agak lama, tapi sebab dah lama kakak tak manjakan diri sendiri kita kasi onz la!




Selain tu, staff kat sini memang sangat friendly, dari mula kakak melangkah masuk sampailah ke masa rawatan tak terasa asing pun. Cara mereka mengendalikan sesi rawatan pun sangat gentle. Memang seluruh badan rasa lebih relax. Memang kalau pegi spa kita nak relax kan? Tapi kalau orang yang buat rawatan kat kita agak kasar, jadi tak relax la cerita dia. So far, kat sini memang kakak puas hati. Kalau nak tau, masa tengah-tengah sesi rawatan tu kan, kakak tertidur. Tau-tau diorang kejut kata dah habis dah. Hahahahhahha.



So kalau korang  nak memanjakan diri, kakak suggest korang ke Urban Bliss Wellness, Putrajaya. Selain pakej Urban Bliss Journey, banyak lagi pakej-pakej rawaan untuk korang cuba. Harga yang ditawarkan juga, bagi kakak sangat berpatutan dengan rawatan yang diberi. Sekarang ni tengah ada promo pembukaan dan korang boleh dapatkan diskaun 20%. Tapi kalau datang dengan kawan boleh dapat diskaun 30% (tertakluk kepada terma & syarat).



Nak tau lebih lanjut, korang boleh hubungi sendiri Urban Bliss Wellness Putrajaya seperti di bawah :

Alamat : Mercure Living Putrajaya, Block A, Level 3-03 Menara Shaftsbury, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Tel : +6012-204 5373

Baca Selanjutnya »