Preview : Filem Animasi SuperSquad



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sabtu lepas AJ berpeluang menonton preview sebuah filem animasi karya anak tempatan bertajuk SUPERSQUAD dengan para blogger.
Filem ini dijangka menemui anda dipawagam pada 5 Jun 2014...
Sebelum AJ ceritakan mengenai filem Animasi SuperSquad ini,  jom baca serba sedikit mengenai fenomena filem animasi di Malaysia dan serba sedikit mengenai syarikat Netcarbon Sdn Bhd.

Filem-filem animasi berbahasa Melayu semakin mendapat tempat di pawagam dan berjaya menarik minat penonton kita.. Bermula dengan siri Usop Sontorian, industri animasi seakan-akan berlumba dalam mengeluarkan produk masing-masing. Antara filem animasi yang mencetuskan fenomena Upin dan Ipin yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia.

Selaras dengan itu, pihak Netcarbon Sdn Bhd mempertaruhkan sebuah filem animasi pertama di Malaysia menggunakan teknik "Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin.
Netcarbon Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat animasi "E-Learning" telah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia dan telah merangkul pelbagai anugerah antaranya Anugerah Animasi terbaik NEF-awani 2010, Emerging Innovative Global Entrepreneur Award 2009 dan sebagainya..
Antara animasi yang pernah dihasilkan Supertots dan SuperSquad.

Menurut pengarahnya Mohd. Rashdan Ramlee, filem animasi pertamanya berjudul SuperSquad ini dicetuskan untuk mengajak golongan kanak-kanak dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka...
Selain itu bagi memupuk semangat setiakawan yang kebelakangan ini dilihat semakin dilupakan...
Dalam filem ini semangat yang ditonjolkan melalui watak 5 sekawan ini diterjemahkan secara terus bagi memudahkan ianya difahami oleh kanak-kanak.

Sinopsis Filem SuperSquad


Mengisahkan ketabahan dan kecekalan sekumpulan adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet Bumi daripada serangan armada makhluk asing serta menyelamatkan bapa mereka...
Filem bergenre aksi komedi ini memaparkan babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di di bnadaraya kuala Lumpur, pertempuran sengit diruang udara KLCC dan berbagai lagi aksi...
Filem ini turut memaparkan pelbagai elemen untuk dijadikan tauladan kepada kanak-kanak dengan menerqokan nilai-nilai murni seperti setiakawan, perjuangan dan keprihatianan melalui jalan ceritanya yang mudah difahami.

Dapatkah ahli-ahli SuperSquad menyelamatkan bumi??
Jangan lupa bawa anak-anak anda menonton filem ini kalau nak tau okay....

Filem ini dilakonkan oleh para pelakon yang sangat berkredibiliti antaranya Aaron Aziz, Diana Danielle, Dafi, Radhi Khalid, Amaris@Amran Ismail, Elza Irdalynna, Marina Tan, Megat Shahrizal serta Maya Arissa.
Nampak tak antara nama-nama besar kat situ....??

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem SuperSquad boleh ke :
Facebook Page : www.facebook.com/supersquad
Website : www.supertots.tv

Pada AJ tak rugi korang bawa anak-anak tengok....
Filem yang santai, lucu dan ceria.....
AJ paling suka watak Alan dalam filem SuperSquad ni....
Comel sangat!!

Jom tengok pulak gambar-gambar sekitar Preview SuperSquad



P/s : Sesekali jadi kanak-kanak... =D



5 ulasan

  1. Citer animasi sekrg memg bestt..aku pun dok layan..hehhe

    BalasPadam
  2. Event yg patit pergi tp last minit terpaksa tarik diri....

    BalasPadam
  3. Wah, ada filem animasi baru yer AJ :)

    BalasPadam
  4. owh AJ dah siapkan entri preview... gud job !

    BalasPadam
  5. salam..

    singgah sini dan folo skali.. memang santai cite die..
    tapi sayang masa nak kenal kenal ngn blogger lain tak berapa nak sempat..hahaha...kecoh ngn ank2 memasing..takut ngn maskot ye jugak..hahaha..

    last but not least,
    salam kenal dri mrspuex.. :D
    *jemput singgah ye..

    BalasPadam