Kempen "1 Million Happy Members" Sushi King

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kempen "1 Million Happy Members" Sushi King | Berita baik untuk penggemar Sushi King! Bersempena "1 Million Happy Members", sushi King telah mengadakan 1 kempen Spin & Win dimana para pelanggan boleh memenangi hadiah bernilai RM1,000,000! Wahhhhh seronoknyaaaaaa! Dengan makan di Sushi King je, korang berpeluang memenangi hadiah utama iaitu Trip ke jepun untuk 2 orang.



Kempen "1 Million Happy Members" Sushi King ni sedang berlangsung sehingga 31 Mei 20203 ni tau, dah tak lama pun lagi. So apa kaya korang serbu je mana-mana outlet Sushi King yang berhampiran! Kakak pun tak lepaskan peluang amik bahagian juga tau! Sebelum 31 haribulan ni, kakak nak ajak suami pegi Sushi King lagi. Mana tau ada rezeki, dapatlah  merasa honeymoon kat Jepun! Aamiiin!





 Cara Penyertaan :

  • Peserta mestilah ahli Sushi King MY App dengan kod QR ahli yang sah perlu ditunjukkan semasa pembayaran.
  • Untuk setiap RM50* yang dibelanjakan di dalam satu resit, satu (1) putaran akan diperuntukkan kepada akaun Sushi King MY ahli = 1 penyertaan.



Sebagai contoh, jika nilai perbelanjaan bernilai RM210* di bawah satu resit, empat (4) putaran akan diperuntukkan = 4 penyertaan.

*Nilai perbelanjaan adalah selepas diskaun, tidak termasuk caj perkhidmatan dan cukai semasa

*Promosi lain (iaitu Happy Hour) tidak layak.


  • Bilangan putaran akan dikreditkan ke dalam akaun ahli setelah selesai transaksi dan sah laku sepanjang tarikh kempen.




Hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik, antaranya :


  • Hadiah Utama : Trip ke Jepun untuk 2 orang bernilai RM 14,000 x 1 pemenang
  • Tempat Pertama : Oppo N2 Flip phone bernilai RM 3,999 x 4 pemenang
  • Tempat Kedua : Apple Watch SE bernilai RM 1,199 x 4 pemenang
  • Tempat Ketiga : Uniqlo Gift Card bernilai RM 300 x 32 pemenang

Smile Points :
  • 1,000 Smile Points bernilai RM50 x 120 pemenang
  • 500 Smile Points bernilai RM25 x 600 pemenang
  • 200 Smile Points bernilai RM10 x 900 pemenang

Meal Deals :
  • Pink Plate Sushi x 30,000 pemenang
  • 50% off Spicy Yakiniku x 170,000 pemenang
  • Shizuoka Cha  x 150,000 pemenang

Menarik kan? Jom serbu outlet Sushi King yang berhampran sekarang. Masa kakak pegi aritu, kakak menang Shizuoka Cha.


Untuk info lebih lanjut :

Tiada ulasan