KOPETRO Rasmi Cawangan Kedua ArRahnukita di Bandar Baru Bangi

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


KOPETRO Rasmi Cawangan Kedua ArRahnukita di Bandar Baru Bangi | November 2022 yang lepas Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah membuka cawangan pertama di Sungai Besi, kali ini KOPETRO telah mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai milik mereka, ArRahnukita perasmian cawangan kedua yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. ArRahnukita Bangi ini telah mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu.




Menurut Encik Roslan Abdul Rahim selaku Pengerusi KOPETRO, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.



Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnukita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini.


Masyarakat kini lebih peka dan menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan.



Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnukita pula, 


Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnukita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.

Pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai. 


Selain itu, ArRahnukita bercadang membuka empat lagi cawangan dan sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai itu.



Turut hadir pada majlis perasmian yang dihadiri Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.  


Pembiayaan ArRahnukita


Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnukita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama. 


ArRahnukita juga diwujudkan bagi membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima. 


ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul. 


Berita baik Buat Pelanggan ArRahnukita


Bersempena pembukaan cawangan kedua ArRahnukita, para pelanggan berpeluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila membuat cagaran emas di ArRahnukita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi hadiah cabutan bertuah ini yang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini. 



Untuk info lanjut mengenai ArRahnukita layari :


Facebook : ArRahnukita
Instagram : @arrahnukita
Telefon : 03-90559839 (Sungai Besi) | 03-89204518 (Bangi)
Alamat : No. 42-G-01, Jalan Medan PB 2, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


Tiada ulasan