KOPETRO Memperkenalkan proLindung, Platform Memperbaharui Cukai Jalan dan Takaful Kenderaan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


KOPETRO Memperkenalkan proLindung Platform Memperbaharui Cukai Jalan dan Takaful Kenderaan | Baru-baru ini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan satu platform terbaru iaitu proLindung untuk memudahkan kita memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan. Kebetulan pula roadtax dan insuran kereta Abah pun nak kena renew tak lama lagi, so bolehlah kakak renew dengan platform proLindung je. Dengan adanya platform ni, urusan pun jadi lebih cepat, mudah dan selamat. Tak perlu kaka nak beratur kat kaunter lagi dah.



Menurut Encik Roslan Abdul Rahim, Pengerusi KOPETRO semasa berlangsungnya majlis pelancaran proLindung yang diadakan pada Majlis Aidilfitri Raya Bersama KOPETRO, platform ini merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.



Dalam era digital yang semakin pesat, proLindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien.Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja.

 


Jelasnya lagi,


proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut. proLindung juga dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna.




Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.



Tawaran Istimewa untuk 50 pelanggan pertama proLindung!


Istimewa buat anggota KOPETRO bersempena majlis perasmian proLindung, 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung, KOPETRO menawarkan diskaun potongan sebanyak RM50 di samping tawaran perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. 




Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.




Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut mengenai proLindung layari :






Majlis Aidilfitri Raya Bersama KOPETRO


Pada hari pelancaran itu juga, satu  Majlis Aidilftri Raya Bersama KOPETRO telah berlangsung pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang dan dihadiri lebih 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut. Pengunjung dijamu dengan aneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Lemang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong, Laksa Utara, Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah, Apam Balik dan Cendol.




Kakak sempatlah merasa Bihun Sup Utara yang dihidangkan, sedap! Terima kasih kepada pihak KOPETRO atas kesudian menjemput kakak pada kedua-dua majlis ni. Memang meriah!

Tiada ulasan