Kita Rewang Sekampung Daerah Kuala Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kita Rewang Sekampung Daerah Kuala Langat | Dah lama tak merasa suasana merewang weh! Sekarang ni banyak tempat gunakan katering je dan budaya merewang ni dah semakin lupus ditelan zaman. Kakak bersempatan menyertai program Kita Rewang Sekampung yang diadakan di Daerah Kuala Langat, minggu lepas. Daerah Kuala Langat ni merupakan destinasi terakhir untuk program ini. Fuhhh! Nasib baik kakak sempat join, tau-tau dah lokasi terakhir dari 9 daerah di sekitar Negeri Selangor.



Program Kita Rewang Sekampung dengan tagline "Adat Melayu Warisan Bangsa" merupakan anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan. Dan kakak dijemput oleh Gaya Travel untuk sama-sama menyertai program ini. Terima kasih jemput.


Aktiviti Rewang


Korang tau tak rewang tu apa? Macam kakak cakap sebelum ni kan, aktiviti merewang dah susah nak rasa dah sekarang ni. So kakak bertuah la sebab masih lagi berpeluang rasai kembali suasana rewang ni. Rewang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud bergotong royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis macam kenduri kawen ke, aqiqah dan cukur jambul dan sebagainya. Masa kakak kecik dulu, sempatlah merasa sendiri suasana merewang. Memang meriah dan gamat suasana bila tengah merewang ni tau. Banyak adegan usik-mengusik sesama mereka yang tengah merewang ni boleh kita lihat tau. Kalau ada orang melatah lagi riuh! Hahahahha.



Selalunya aktviti rewang ni akan dimulakan seawal pagi, orang kampung akan sembelih lembu atau kerbau dan juga bertungkus ,umus menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Setiap orang ada tugasan masing-masing sepeti melapah, memotong bawang dan bahan masakan lain serta yang mengacau kuali untuk menyediakan hidangan.



Aktiviti Marhabban, Berendoi dan Cukur Jambul



Selepas aktiviti merewang, kakak sempat melihat sendiri aktiviti Marhabban, Berendoi dan Cukur Jambul. Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran. Sesetengah tempat memangil adat ini sebagai berendoi. Pada acara ini biasanya bayi akan didukung dan diarak mengelilingi tetamu yang sedang berzanji dan lazimnya mereka yang lebih tua akan memotong sedikit jambul bayi sambil mendoakan.




Aktiviti ni memang unik, setiap bayi akan diendoi di dalam buaian yang telah dihias, masa cukur jambul tu pula, ada juga aktiviti menabur bunga rampai kepada para tetamu untuk menjadikan suasana lebih meriah. Aritu memang kakak terasa betul-betul kembali ke masa dulu tau. Menggamit nostalgia sangat.





Kenduri Sekampung


Malam kemuncak Kita Rewang Sekampung pula kakak dijamu dengan kenduri sekampung dimana, orang-orang kampung turut sama turun padang memeriahkan majlis yang disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berhormat Tuan  Borhan bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan.





Dalam majlis ini juga kakak dihiburkan dengan persembahan artis undangan iaitu Shafie Rio, Uji Rashid dan Herman Tino. Mereka ni memang legend! Selain tu, para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan silat sebagai gimik pelancaran dan menyaksikan tayangan montaj Kita Rewang Sekampung Daerah Kuala Langat.





Bagi kakak, program ini patut dikekalkan sebagai satu usaha bagi memupuk semangat anak muda masa kini supaya budaya dan adat Melayu tidak terus ditelan arus kemodenan. Kakak sendiri rasa bangga sangat dapat menyertai program Kita Rewang Sekampung ni tau. Terasa semangat Melayu dan perpaduan sesama kita tu lebih erat.





Terima kasih Gaya Travel dan pihak Kerajaan Negeri Selangor atas kesudian menjemput kakak menyertai program kali ni. Lepas ni katanya ada program Hidangan 2022 Dulang Nasi Ambeng pulak. Wow! Mesti meriah!



Baca Selanjutnya »

Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor | Sebagai satu langkah mempromosikan pelancongan domestik di Negeri Selangor, Tourism Selangor telah mengadakan Selangor International Travel Photography Festival yang bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 12 dan 13 November yang lalu.



Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi yang menjadi salah satu usaha untuk mempromosikan negeri Selangor. Kalau nak tau, banyak sangat tarikan yang terdapat di Selangor. Ada yang kakak tak tau pun, bila tengok pameran di Selangor International Travel Photography Festival, baru kakak aware akan kewujudan tempat-tempat menarik kat sini.




Untuk info, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel Photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.


Splendid Selangor Photo Hunt 2022




Semasa program berlangsung, kakak sempat menyertai Splendid Selangor Photo Hunt 2022 pada 13 November. Sebanyak 35 team menyertai aktiviti ni. Memang meriah! Kakak Team #31 berpasangan dengan Azwar. Ini merupakan kali kedua kakak join photo hunt tau, perasaan dia nervous sangat. Yelah, kakak kau ni bukan kreatif sangat.




Untuk aktiviti photo hunt ni, setiap peserta diberikan masa selama  lebih kurang 3 jam untuk menjawab 8 soalan yang telah diberikan oleh pihak penganjur. setiap jawapan terdapat di sekitar Paradigm Mall.



Masa ni nampak ramai yang bertungkus lumus dan berusaha mencari jawapan. Menariknya, no right and no wrong tau. Korang perlu jadi kreatif je. Daripada 35 team tu, hanya 10 team yang bertuah sahaja yang akan dipilih mengikut kreativiti masing-masing.



So kakak menang ke tidak? Of course TAK! Hahahhahaha. Kakak kan "kreatif"! Tapi walaupun tak menang, kakak happy sangat sebab selain dapat pupuk semangat kerjasama dan bina pemikiran kreatif, kakak dapat tau lebih banyak lagi tempat menarik di Negeri Selangor.

So nak tau apa yang menarik di Selangor? Layari :

Website: https://selangor.travel/
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor

Baca Selanjutnya »

Penjenamaan Semula ABX Express Kepada KEX Express

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Penjenamaan Semula ABX Express Kepada KEX Express | ABX Express bukan lagi satu jenama asing sebagai penyedia perkhidmatan kurier. ABX Express telah bertapak di Malaysia selama 38 tahun sejak dari tahun 1984. Pada 26 Oktober yang lalu, ABX Express secara rasminya akan dikenali sebagai KEX Express dimana mereka kini menawarkan khidmat penghantaran ekspres bukan hanya tertumpu kepada laluan domestik sedia ada, malahan penghantaran ke destinasi pilihan antarabangsa! Menjadi salah seorang yang menyaksikan hari bersejarah ni kan, kakak boleh nampak sendiri sejauh mana pencapaian dan teguhnya jenama ni di Malaysia tau! Kalau tak, mustahil untuk mereka mengukuhkan jenama selama 38 tahun.





Permulaan ABX Express di Malaysia dan Penjenamaan Semula Kepada KEX Express


ABX Express mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Malaysia Timur. Pada waktu itu, ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik. Pada tahun 2015, ABX Express menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network iaitu sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong. Dan pada tahun 2022, ABX Express telah membuat penjenamaan semula sebagai KEX Express.




Menurut Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia :


"Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). la juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia.


Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa."




Menariknya, selain penghantaran domestik sedia ada, KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Pemilik akaun sedia ada tak perlu risau tau sebab korang dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini.




KEX Express memiliki lebih 700 service touchpoints di seluruh negara, dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspres kepada rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur.




Langkah penjenamaan semula ini juga akan menyaksikan ABX Express berkembang menjadi KEX Express, dengan logonya digunakan dalam semua bahan termasuk papan tanda di semua kedai di seluruh negara dan lebih 2,500 trak penghantaran di seluruh negara.




Bagi melebarkan sayap KEX Express akan memperkenalkan beberapa perkhidmatan khusus untuk penghantaran domestik mengikut peredaran zaman iaitu :


Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)

  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
  • FOD digital pula membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba

Pusat Penjual (Seller Centre)

  • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (contoh : tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dan lain-lain.)
  • Membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (020) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.


Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)


  • KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

Berita Baik untuk semua!


Bersempena penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular domestik dan antarabangsa bermula 1 November 2022. Korang boleh membuat penghantaran domestik serendah RM 4.99 je tau!




Sebagai peniaga online dan pengguna perkhidmatan kurier, kakak memang looking forward sangat untuk menggunakan khidmat KEX Express tau. Dengarnya banyak promo menarik.

Nak tau lebih lanjut mengenai KEX Express dan promo menarik yang kakak sebutkan, boleh layari :

Facebook : KEX Express
Instagram : @kexexpressmy


Baca Selanjutnya »