Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours! | Baru-baru ni kakak ke Hatyai dan Songkhla. Akhirnya bercop juga passport kakak lepas PKP berpanjangan tu. Kiranya trip ni yang pertama kakak keluar dari Malaysia lepas pada PKP tu.



Kalau korang tengok IG story kakak, mesti dapat rasa betapa meriahnya trip tu kan? Memang meriah habis, tambahan pulak pegi dengan kawan-kawan kecoh terus satu bas sepanjang perjalanan.


Kopetro Travel & Tours


Kopetro Travel & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan domestik dan luar negara. Pakej pelancongan yang ditawarkan juga boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan. So, kalau korang nak bercuti on certain budget boleh je bincang dengan pihak Kopetro Travel & Tours.


4 Hari 2 Malam ke Hatyai dan Songkhla, Thailand dengan Kopetro Travel & Tours


Kami semua bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9 malam menuju ke Kuala Nerang, Kedah. Kenapa Kuala Nerang kan? Selalunya kalau ke Hatyai, mesti akan menuju terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun Padang Besar. Tapi dengan Kopetro Travel & Tours ni kan, kami akan memasuki Thailand melalui CTC Durian Burung yang terletak di Kuala Nerang, Kedah. Kat sini, tak terlalu sesak seperti Bukit Kayu Hitam, tapi perjalanan dia agak sedikit jauh dari kebiasaan.


Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami tiba di Kuala Nerang, Kedah. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, Thailand, kami singgah solat dan bersihkan diri di Masjid Tengku Sharafuddin sementara menunggu pintu sempadan dibuka. Selepas tu, kami singgah bersarapan di kawasan sekitar dan ambil white card sebelum memasuki sempadan. Kalau korang ke Thailand, white card kemasukan tu memang wajib diisi. Tapi jangan risau sebab sampai kat situ nanti, pihak Kopetro Travel akan uruskan, korang cuma perlu bagi passport dan selepas itu kena pastikan semua data dalam tu betul. Harga yang dikenakan untuk white card ni RM2.



Kat CTC Durian Burung ni, macam kakak cakap tadi tak terlalu sesak. Jadi segala urusan cop passport dan kemasukan ke Thailand tu tersangatlah mudah. Dalam leih kurang 30 minit je dah selesai semuanya. Pintu masuk CTC Durian Burung ni terus menghubungkan daerah Banprakob. Kakak boleh katakan, ni jalan belakang. Kalau ikut Bukit Kayu Hitam tu, kita ikut jalan depan, sebab terus tembus di Danok, seterusnya Hatyai.


Masuk je Thailand, kira dah hari kedua la perjalanan kami menerokai bumi Thailand dengan Kopetro Travel. Masa ni semua dah eksited dan tak sabar nak berjalan-jalan di sekitar Hatyai dan Songkhla. Tanpa berlengah, jom kakak bawak korang tengok tempat-tempat menarik untuk makan-makan dan bershopping kat sana.


Tempat Shopping Menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand


ROSECARREE



Rosecarree merupakan sebuah butik tudung dan pakaian muslim di Thailand. Kat sini korang boleh mendapatkan pelbagai jenis tudung, pakaian dan paling femes kat sini ialah kain sutera Thailand yang berkualiti. Kalau korang peminat kain pasang, kat sini banyak design menarik dengan warna-warna yang cantik boleh dipilih. Kalau korang malas nak menempah, baju dah siap pun ada. Tinggal nak bayar dan gayakan je.


RANU KOHYO



Kalau ke Thailand, tak sah kalau tak beli kekacang dan kudap-kudapan. Harga kat sini boleh dikatakan agak murah berbanding kat tempat kita. So dah alang-alang ke Hatyai, kami singgah di Ranu Kohyo yang terkenal sebagai pusat borong makanan seperti kekacang, kerepek dan pelbagai jenis snek. Nak dapatkan mee segera Thailand yang umphhh seperti Mama dan Serda pun ada dijual kat sini tau. Harga yang ditawarkan pun, okay juga la. Average dan lebih kurang macam kat tempat lain di sekitar Hatyai.


Kakak sempat jugalah memborong 3-4 jenis makanan kat sini untuk dibawa pulang. Pistachio tu wajib! Favourite kot, takkan la tak beli. Heheheheheh.


NORA PLAZA



Kat sini pula terkenal dengan pelbagai produk yang diperbuat daripada kulit. Nak handbag kulit buaya, kulit pari semuanya ada disini. Selain tu korang boleh dapatkan pelbagai produk kraftangan dan juga cenderahati dengan harga yang berbaloi. Bolehlah beli untuk kengkawan dan sanak saudara kan?


Kat sini kakak memang rambang mata ye, semua benda nampak menarik. Tersambarlah juga satu handbag buatan tangan. Harganya lebih kurang RM50 je wehhh! Murah gila! So kalau tak beli time tu rugilah kan? Lagi satu, kakak kau ni kalau bab shopping, mana boleh elak! Hahahahhah.


ASEAN NIGHT BAZAAR



Tempat ni sememangnya terkenal di kalangan pengunjung. Kat sini macam ala-ala uptown sikit la. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian, produk kecantikan, cenderamata dan juga produk makanan. Kat sini ada 2 tingkat, kalau korang nak beli pakaian dan sebagainya, kat tingkat 1 la. Kalau korang nak cari makan, naik je kat tingkat 2 tu. Banyak juga pilihan makan Thai Street Food yang boleh korang cuba.


Kat sini, kalau korang pandai tawar-menawar kan, bolehlah dapat harga yang murah! Pandai-pandailah bodek-bodek sikit peniaga kat situ, sure dapat baju atau seluar idaman korang dengan harga yang berpatutan. Kakak tawar-tawar aritu, dapatlah diskaun beberapa Baht. Jadilah pada takde kan kan kan?


Lagi 1 kan, kalau korang nak makan udang bakar besar-besar tu, boleh makan kat sini je. Harga dia murah sedikit pada tempat lain. Dalam 100 Baht je dah boleh dapat sepinggan udang tu.


LEE GARDEN NIGHT MARKET


Kat sini pun memang terkenl di kalangan pengunjung. Korang boleh dapatkan juga pakaian, makanan yang best-best dan sebagainya. Lee Gardens Night Market ni terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, so memang senang nak berjalan kat sini. Confirm tak sesat! Cumanya korang akan sesat dalam 7 eleven, Watsons ataupun  tempat urut kaki la! Hahahahaha.


BIG BEE FARM



Punyalah banyak kali kakak ke Hatyai, baru tau ada tempat yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah ni. Kat sini memang menarik, selain boleh bergambar di spot-spot menarik, korang boleh dapatkan pelbagai informasi mengenai madu lebah.


Selain tu juga, korang boleh mendapatkan produk makanan berasaskan madu dan juga produk kecantikan yang diperbuat dari madu. Kakak kau, memang obses sikit dengan produk kecantikan ada kandungan madu lebah. Makanya sempatlah, sambar body wash ngan lotion kat sini. Kalau korang nak beli skincare pun ada juga tau.


Tempat Makan Best di Hatyai dan Songkhla Thailand



RUSDEE BOAT NOODLE



Kalau sebut Thailand je, mesti terbayang-bayang hidangan Boat Noodle kan? Ni kakak nak share sikit tempat makan yang ada boat noodle best iaitu Rusdee Boat noodle. Kat sini terdapat pelbagai pilihan boat noodle seperti daging, ayam, meatball dan sebagainya.


Masa kat sini, kakak order boat noodle dengan daging. Rasa dia memang sedap, kuah pekat dan terasa setiap rempahnya. Condiment dia pula free je, korang boleh minta tambahan sayur seperti Thai basil leave dengan taugeh tu banyak mana pun. Kakak siap minta extra sayur lagi tau! Hahahahah. Harga pun boleh tahan, taklah mahal pun. Kakak makan dalam RM12 je termasuk air.


KHLONGHAE SEAFOOD HALAL BUFFET

 


Kat mana lagi nak dapat seafood buffet yang murah kalau bukan di Khlonghae Halal Seafood Buffet? Dengan hanya 299 Baht seorang, korang boleh makan banyak mana pun seafood. Pilihan hidangan dia memang banyak gila. Dengan udang segar, ikan siakap besar-besar, kerang dan kepah pun elok-elok memang tersangatlah berbaloi!


Selain tu, pilihan hidangan yang siap dimasak pun banyak. Korang nak nasi goreng ke, sushi ke, semua ada! Kitorang makan kat situ sampai tersandar la. Puas hati gila! So kalau ada di sektar Hatyai, kakak sarankan korang singgah kat sini. Silap-silap 3 hari kat sana, 3 hari lah korang makan seafood buffet kat sini! Hehehhhehe.


KHLONGHAE FLOATING MARKET



Satu lagi tempat menarik untuk korang singgah kalau nak cari Thai Street Food yang best! Kat sini terdapat banyak sangat pilihan makanan tau. Menariknya, peniaga-peniaga kat sini berjualan di atas sampan masing-masing. Makanan yang ada pun banyak sangat pilihan.


Kali ni kakak cuba aiskrim kelapa dan Miangkham. Aiskrim kelapa dia memang best dan wajib dicuba. rasa dia memang sedap! Homemade lagi tau, so rasa kelapa tu memang padu. Miangkham pula memang favourite kakak,  so kenalah beli bila dah jumpa tu kan.


Kat sini juga, korang boleh dapatkan produk lain seperti t-shirt, cenderamata dan sebagainya. Kalau makanan dijual di dalam sampan, barangan runcit pula terdapat di bahagian dataran berdekatan. Harga dia, macam biasa kalau pandai tawar-menawar memang boleh dapat mur-murr. Heheheheh.


SEAVERSE CAFE & RESTAURANT




Kalau ke Songkhla, kena singgah sini tau! Sebab apa? Dengan bayaran masuk 30 Baht je, korang boleh bergambar di spot-spot menarik yang terdapat di sekitar Seaverse Cafe & Restaurant ni, selain tu, kalau korang nak mengopi-ngopi sambil feeling-feeling healing tepi tasik pun boleh.

Sampai kat sini, kakak tak dan nak mengopi-ngopi dah, ralit amik gambar je tau! Kawasan dia memang cantik, cumanya korang kena tahan panas je la kalau pegi time tengah hari tu. Masa kami singgah sini cuaca agak cerah dan redup. Tapi hujung-hujung tu hujan pulak, nasib baiklah masa tu dah memang nak beredar ke tempat lain. Kalau tak ralat juga, sebab tempat dia ni memang cantik!



ISLAM PAI DAENG RESTAURANT




Lagi satu tempat makan best kat Songkhla yang boleh korang cuba, retoran ni terletak berdekatan pesisiran pantai je. Makanan yang dihidangkan kat sini, origin Thai. Kiranya, kalau korang nak makan menu Thai food yang pure dan sedap, boleh cuba makan kat sini.

Menu yang paling kakak suka kat sini, Kengsom dia! Kengsom ni dia nak kata asam pedas pun bukan, singgang pun bukan, kakak pun tak tau la nak describe macam mana, tapi rasa dia memang sedap, pedas dan padu! Bila makan tu, terasa berasap kejap telinga, tapi masalah dia tak boleh nak berenti makan pulak! Bertambah-tambah nasi jadinya! Hahahaha.



Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand


Dah tau tempat makan dan shopping yang best kan? Sekarag ni kakak nak bawak korang pulak menerokai attraction menarik di sekitar Hatyai dan Songkhla.



CHANG PUAK CAMP




Kat Thailand memang terkenal dengan Negara Gajah Putih, so antara attraction utama yang terdapat kat sini semestinya gajah. Kalau korang nak naik gajah ataupun nak tengok persembahan gajah, boleh singgah ke Chang Puak Camp. Selain daripada gajah, ada juga pameran buaya.


Di sini juga korang boleh naik ATV untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar, kat Thailand ni kan bestnya setiap tempat mesti ada port ootd menarik. So kalau kata korang tak nak buat aktiviti yang berat, boleh je pilih bergambar.


MASJID SONGKHLA



Songkhla merupakan sebuah daerah yang mempunyai ramai penduduk Muslim, so tak hairan la kalau ada Masjid Songkhla yang tersergam indah di sini. Masjid Songkhla terkenal dengan jolokan "Taj Mahal" kerana struktur bangunannya yang tersergam itu berwarna putih seakan-akan warna Taj Mahal.


Masjidnya memang besar, dihadapannya terdapat sebuah kolam yang cukup besar menjadikan ianya sebagai salah satu tarikan dan mercu tanda Songkhla. Dari kejauhan dah boleh nampak masjid ni tau! SubhanAllah, cantik sangat!



PANTAI SAMILA




Tak sah lah kalau ke Songkhla tapi tak singgah kat Pantai Samila. Pantai ini juga merupakan salah satu mercu tanda Songkhla kerana terdapat figura patung mermaid berwarna emas yang sangat terkenal disini. Ramai pengunjung yang memilih untuk beriadah kat sini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dicuba seperti naik kuda dan bersiar-siar di sekitar pantai.

Kalau korang suka tengok sunset, kat sini antara port menarik nak tengok matahari terbenam tau!


SINGORA TRAM TOUR



Nak menyelusuri sekitar Songkhla Oldtown? Kakak sarankan korang naik je Singora Tram Tour. Ini merupakan aktiviti yang paling kakak suka! Sebabnya, korang boleh tengok banyak sangat bangunan menarik yang terdapat di sini. Selain tu, korang akan diceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah Songkhla ataupun dahulunya dikenali sebagai Singora.

Masa naik tram tu kan, barulah kakak dapat tengok keunikan bandar Songkhla ni. Bangunan kat sini memang dikekalkan daripada zaman dahulu hingga kini, ada juga antara bangunan lama itu dijadikan kafe-kafe menarik dan juga muzium untuk dikunjungi oleh pengunjung.




Masa melawat kawasan sekitar, sempatlah kami mengopi dan singgah di Muzium. Muzium ni menarik tau sebab banyak sangat mempamerkan sejarah dan gambar-gambar King Bumibol yang sememangnya merupakan Raja Thailand yang sangat terkenal.




Sejam setengah perjalanan naik Singora Tram Tour ni rasa tak puas ye sebab banyak sangat tempat yang boleh korang eksplore di sini. Nampak gayanya, kakak kena minta Kopetro Travel buat pakej Songkhla je ni nanti! Heheheheh.


RIVER GRAND HOTEL




Sepanjang 2 malam di Hatyai Thailand, kami menginap di River Grand Hotel yang terletak berdekatan bandar Hatyai. Hotel ni memang selesa dan easy access. Kalau korang malas nak naik tuk-tuk, korang boleh berjalan kaki je ke area Lee Gardens tu tau. Dekat je.

Bilik penginapan pun sangat selesa. Nyenyak la tidur kakak sepanjang 2 malam berada di sini. Oh ya, kalau korang berada di Thailand, kakak sarankan korang bawak universal plug tau, sebab kat sini plug dia lain dari Malaysia. Kalau tak dah 1 hal pula la korang nak kena beli pulak.


Jom Cuti Sakan Dengan Kopetro Travel & Tours!


Seronok gila percutian kakak dengan Kopetro Travel & Tours ni tau, walaupun 4 hari 2 malam je banyak juga tempat menarik yang dapat kami lawati. Makan, shopping, jalan-jalan semuanya smooth je!

Kalau korang nak bercuti ke Hatyai dan Songkhla bersama yang tersayang, kakak sarankan korang amik pakej percutian dengan Kopetro Travel! Serius harga yang ditawarkan sanat berpatutan dan tempat lawatan pun best-best.




Setiap perjalanan minimum jumlah peserta adalah 35 orang dan percutian adalah dengan menaiki bas Kopetro Travel.

Harga yang ditawarkan seperti berikut :

  • RM 379 (Pengangkutan dan Penginapan)
  • RM 659 (Pengangkutan, Penginapan dan Makan)

Jumlah minimum peserta dalam setiap perjalanan adalah 35 orang dengan menaiki bas Kopetro Travel & Tours. Bas yang disediakan ni memang selesa, tak terasa macam naik bas pun, kakak siap boleh tidur lagi sepanjang perjalanan dari KL ke Hatyai tu tau! Hehehehehe.


Jom Cuti Sakan Kopetro Travel

Jom Cuti Sakan Kopetro Travel


Untuk maklumat dan tempahan, korang boleh hubungi wasap.my/60192577847


Ataupun layari : 




#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand


Baca Selanjutnya »

Manfaat California Blueberries

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Manfaat California Blueberries | Korang tau tak California Blueberries ni ada banyak manfaat? Walaupun bersaiz kecil, buah blueberry dikenali sebagai "super fruits" kerana khasiat yang terdapat di dalam blueberry itu sendiri. Mengandungi pelbagai jenis nutrisi, vitamin dan juga kaya dengan antioksidan.



Sekarang ni, musim blueberry dah kembali tau dan California merupakan salah sebuah negara pengeluar yang terbesar di Amerika Utara. Sebab tu California Bluberries ni antara buah blueberry yang termanis.


Manfaat dan Khasiat California Blueberries



California Blueberries ni bukan saja sedap dinikmati begitu je, tapi boleh diolah menjadi pelbagai menu yang berkhasiat tau. Boleh buat kek, pencuci mulut, dicampurkan dalam minuman, kalau orang yang tengah diet pun sesuai mengambil buah blueberry. menjadikan bluberry sebagai salah satu makanan tambahan dalam diet seharian memang sangat bagus untuk menambahkan tenaga dan meningkatkan kadar imun kesihatan kita tau!


Sedikit fakta mengenai California Blueberries




  • California Blueberries rendah lemak - Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi, kita boleh menikmati keenakan dan kemanisan blueberry bila-bila masa sahaja tanpa had.
  • Kaya dengan Serat - California Blueberries bukan sahaja  rendah lemak tetapi merupakan salah satu sumber serat yang baik dalam membantu mengekalkan penghadaman.
  • Vitamin C untuk Penguat Imun -  Satu hidangan blueberry mengandungi 25% keperluan Vitamin C yang diperlukan tubuh untuk membantu sistem imun yang sihat.
  • Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga - California Blueberries tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.


Banyakkan manfaat yang boleh didapati dalam bluberry? Walaupun kecil, manfaat dan khasiat dia sangat besar untuk kita. So mulai hari ni, kakak nak ajak korang mula mengamalkan pengambilan blueberry ni tau. Kakak pun dah start amalkan bersarapan dengan California Blueberries ni tau! Badan pun rasa lebih bertenaga.



Info lanjut mengenai California Blueberries, layari : 


Website : www.calblueberry.org
Facebook : https://www.facebook.com/CaliforniaBlueberryCommission
Instagram : https://www.instagram.com/calblueberries/



Baca Selanjutnya »

Pelancaran ‘Bulan Pemerhatian Tumbesaran’ (Growth Watch Month)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pelancaran ‘Bulan Pemerhatian Tumbesaran’ (Growth Watch Month) | Badan Perubatan serta Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Lancar ‘Bulan Pemerhatian Tumbesaran’ (Growth Watch Month) untuk membantu mengekang kebimbangan mengenai peningkatan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.



Masalah bantut merupakan kebimbangan para ibubapa. Sehubungan dengan itu Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) telah dirasmikan bagi mengumpulkan usaha sama daripada pakar penjagaan kesihatan dan ibu bapa untuk mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan ini, mereka boleh mencapai potensi pertumbuhan optimum untuk masa depan yang lebih cerah.


Kempen tahunan ini telah diperkenalkan di seluruh negara oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) di bawah program IMFeD For Growth sejak tahun 2012. Bulan Pemerhatian Tumbesaran ini dilancarkan secara rasmi oleh MPA bersama-sama dengan rakan kongsinya iaitu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pakar-pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Tadika Malaysia (PTM) dan Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM).





Majlis pelancaran Bulan Pemerhatian Tumbesaran ini menampilkan forum yang membincangkan topik “Masalah bantut dalam Kanak-kanak & Remaja: Semula Jadi atau Dipupuk?” Hos selebriti Daphne Iking menjadi moderator bagi sesi ini di mana pakar IMFeD For Growth berkongsi pandangan dan nasihat yang berkaitan dengan topik perbincangan. Pakar IMFeD For Growth ini terdiri daripada Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik; Prof Dr Firdaus Mukhtar, Pakar Psikologi Klinikal; dan Cik Rozanna M Rosly, Pakar Pemakanan Klinikal.





Menangani Masalah Bantut


Menurut Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth, Bulan Pemerhatian Tumbesaran ini didekasikan untuk mengenal pasti kanak-kanak dan remaja yang terbantut atau berisiko untuk mengalami masalah ini. Melalui perlaksanaan aktiviti yang berkaitan, penganjur akan menasihati ibu bapa tentang intervensi pemakanan yang bersesuaian dan sokongan yang diperlukan untuk mengembalikan tahap pertumbuhan anak yang optimum.


Menurut beliau lagi,


"Walaupun kebanyakan kanak-kanak dan remaja Malaysia membesar secara normal, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak kekal menjadi suatu kebimbangan."


Pada usia 5 tahun, kanak-kanak sepatutnya mencapai 60% daripada ketinggian dewasa mereka. Malangnya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2% atau 1 dalam 5 kanak-kanak mengalami masalah bantut.


NHMS 2022 juga melaporkan bahawa 6.8% daripada remaja kita mengalami masalah bantut. Individu-individu ini tidak mencapai puncak pertumbuhan yang sepatutnya, iaitu 15 ke 20% hampir dengan potensi ketinggian dewasa mereka.


Kesan jangka pendek dan jangka panjang daripada masalah bantut adalah jelas. Kanak-kanak yang terbantut lebih cenderung untuk jatuh sakit lebih kerap, terlepas peluang dalam pembelajaran sehingga menjejaskan prestasi di sekolah dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Mereka juga berisiko mengalami pembantutan ketika dewasa yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, penurunan produktiviti ekonomi dan potensi pendapatan seumur hidup yang lebih rendah.





Profesor Lee juga turut mengingatkan,


"Kita perlu mengatasi masalah pembantutan ini dari awal. Masalah ini sentiasa bermula dengan pertumbuhan yang terbantut, apabila kanak-kanak tidak menerima pemakanan yang mencukupi sehingga memperlahankan kadar pertumbuhan mereka.


"Tanpa tenaga, protein, lemak dan mikro nutrien yang mencukupi, termasuk kalsium, vitamin D dan sebagainya, pembentukan tulang dan otot mereka tidak dapat berlaku pada kadar yang sihat."


Tumbesaran terbantut boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun remaja dan kebiasaannya berlaku secara beransur-ansur tanpa disedari. Dari masa ke masa, kanak-kanak bukan sahaja hilang peluang untuk mencapai ketinggian dewasa yang optimum, malah mereka akan kekal bantut ketika dewasa dan menghadapi kesulitan yang ketara sepanjang hayat.


Profesor Lee menegaskan bahawa pertumbuhan optimum hanya boleh dicapai apabila wujudnya asas-asas tertentu seperti amalan pemakanan yang baik, nutrisi lengkap, aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan umur dan pemantauan pertumbuhan yang kerap dari usia muda.


Tambah beliau,


"Kami juga menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 17 tahun untuk mendapatkan pemeriksaan tumbesaran daripada pengamal kesihatan yang telah dilatih untuk menjalani menggunakan pendekatan M-I-M kami."


M (Measure) pertama merujuk kepada 'Mengukur’. Langkah ini melibatkan pengukuran berat dan ketinggian kanak-kanak yang diplot pada carta pertumbuhan World Health Organization (WHO) untuk memastikan sama ada tumbesaran kanak-kanak dalam justifikasi normal, berisiko atau terbantut.

Seterusnya, jika anak-anak terbantut atau mengalami tumbesaran yang tidak konsisten, kita perlu meng‘identifikasi’ (I = Identify) punca yang mendasarinya. Faktor biasa yang menyebabkan tumbesaran terbantut pada kanak-kanak ialah kekurangan zat makanan, tabiat gaya hidup yang tidak sihat, keadaan kesihatan yang tidak dikenalpasti, kemahiran keibubapaan yang lemah atau gabungan beberapa faktor tersebut.

Akhir sekali, pengamal-pengamal kesihatan akan bersedia untuk 'Mengurus' (M = Manage) keadaan tersebut. Intervensi yang mungkin dilakukan termasuklah penjagaan pemakanan yang mencukupi dan bersesuaian, peningkatan kemahiran keibubapaan dan penggalakan tabiat gaya hidup sihat.



Aktiviti Bulan Pemerhatian Tumbesaran


Menurut Dr Selva Kumar Sivapunniam, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Bulan Pemerhatian Tumbesaran membuka peluang untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap tumbesaran kanak-kanak dan remaja.



“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk menjalankan aktiviti pendidikan serta memperluaskan konten melalui penulisan media dan temubual. Ibu bapa dan penjaga juga akan dapat mengikuti empat siri Forum Ibu Bapa yang disiarkan secara langsung melalui Zoom, https://www.facebook.com/MPAEDS/ dan https://www.youtube.com/@mpaeds"



Menampilkan hos selebriti dan ahli Panel Pakar IMFeD For Growth, forum tersebut akan merangkumi topik : 


  • Pemakanan, Nutrisi dan Tumbesaran Untuk Kanak-Kanak
  • Meningkatkan Kecemerlangan Kanak-kanak Di Sekolah
  • Memupuk Tumbesaran Optimum Dalam Kalangan Remaja
  • Petua Keibubapaan Untuk Anak Kekal Sihat





Dr Selva menyatakan bahawa terdapat satu lagi acara utama dalam Bulan Pemerhatian Tumbesaran iaitu Kempen Saringan Tahunan IMFeD For Growth yang bakal berlangsung mulai Ogos hingga November 2023 di semua klinik IMFeD yang disenaraikan di https://clinics.imfed.my/. IMFeD telah menyaring 127,000 orang kanak-kanak sejak tahun 2018.


Info lanjut layari : https://clinics.imfed.my/




Baca Selanjutnya »

MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan Baharu Bakal Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia | Siapa je yang tak suka MAGGI kan? Bila sebut je MAGGI, automatik terbayang mi segera pelbagai perisa dan perisa kesukaan kakak semestinya MAGGI Asam Laksa! Perghhh, taip ni pun dah terbayang-bayang rasa pedas-pedas masam asam laksa tu tau!



Baru-baru ni kakak berkesempatan menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Nestlé (Malaysia) iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera bertempat di The Agam, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh dua personaliti makanan Malaysia iaitu Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan Laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya.




Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad,


“Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI® dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”




Menurut Puan Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula,


“Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI®, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.


Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. Ia dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma Laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!”


Asal Usul Laksa


Kalau korang nak tau, Laksa ialah hidangan popular berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa Laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – daripada Laksa Kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. Banyak sebenarnya hidangan Laksa kat negara kita ni tau! Pendek kata, Laksa ni kat mana-mana negeri pun ada cara hidangan dan peminatnya yang tersendiri.


“Keistimewaan Laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar.”




Biasanya, laksa ni dihidangkan dengan kuah kan? Tapi kali ni, MAGGI® menampilkan kelainan dengan melancarkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dengan sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia. Jadi, bagi mereka yang tercari-cari resepi terbaharu bolehlah cuba MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan ni. Kakak jamin rasanya tak lari daripada laksa yang kebiasaan kita makan. Aroma dan rasa autentik laksa tu masih ada selaras dengan janji jenama MAGGI® untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, kami terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap.





MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, MAGGI® komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.


So tunggu apa lagi? Dapatkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan di pasaraya yang berhampiran. Serius rugi tau kalau korang tak cuba sendiri.









Baca Selanjutnya »

Resepi Mudah dan Sihat U.S Potatoes Bersempena "World Nutrition Day"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Resepi Mudah dan Sihat U.S Potatoes Bersempena "World Nutrition Day" | 28 Mei 2023 merupakan "World Nutrition Day" atau Hari Pemakanan Sedunia, jadi adalah amat penting untuk rakyat Malaysia terus meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan mereka. Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah melalui pengambilan pemakanan yang baik dan pilihan makanan yang sihat.



Tema Hari Pemakanan Sedunia tahun ini ialah “Fuel For The Future” yang menggalakkan kita untuk membuat pilihan makanan dan mengamalkan tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat.


Resepi Mudah dan Sihat dengan menggunakan U.S Potatoes


Siapa je yang tak suka makan kentang kan? Kakak merupakan salah seorang yang suka makan kentang, tak kiralah kentang goreng ataupun kentang dalam masakan. Pendek kata segala yang berasakan kentang kakak suka! Salah satunya U.S. Potatoes, kat rumah memang kena ada U.S Potatoes ni tau! 



Bersempena World Nutrition Day, U.S Potatoes mengambil pendekatan untuk mendidik orang ramai tentang faedah U.S. Potatoes untuk diet yang mampan serta mampu membekalkan tenaga dan nutrien untuk mengekalkan aktiviti harian anda. Secara keseluruhannya, mendorong orang ramai untuk mengambil lebih banyak U.S. Potatoes dengan pelbagai cara.




Baru-baru ni, U.S Potatoes telah menjemput Chef Jason Manson untuk berkongsi resipi untuk meningkatkan keperluan pemakanan untuk menjana keperluan fizikal harian korang dan memastikan kita mengamalkan pemakanan sihat.


Antara resepi yang menarik perhatian kakak ialah :


Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce


Prep Time: 15 minutes

Cook Time: 25 minutes

Ready Time: 40 minutes

Potato Type: Frozen Lattice Potato

Serves: 4

Prep Method: Oven baked

Course: Hot dish


Ingredients

  • 400gm Fresh US Potato Russett 
  • 100gm Parmesan Cheese
  • 50gm Unsalted Butter
  • 20gm Salt
  • 5gm Pepper


Asian BBQ Sauce

  • 1tbsp Soy Sauce
  • 1tsp Brown Sugar
  • 1tsp Ginger(minced)
  • 1 tsp Garlic (minced)
  • 1 tsp Sriracha Sauce
  • 1 tsp Sesame Oil

Preparation

  • Standby a medium size mixing bowl
  • Mix all the Asian BBQ Sauce ingredients and mix together. Set aside.
  • Standby and Japanese mandolin and or slicer. Set the slicer thickness to 3mm.
  • Using the mandolin, slice the potato into the desired thickness. Place the slice potato inside the mixing bowl. Once all the potato is slice, mixed it with the melted butter and seasoning.
  • Using a baking tray, arrange the potato slice layered by layered. Once all the layered is done, brush it with the Asian BBQ Sauce.
  • Sprinkle the parmesan cheese on top of the layered potato.
  • Preheat the oven to 356°F (180°C). Baked the potato for 25 minutes.



Senang kan nak buat? Nak tau lebih lanjut boleh tengok kat sini :


Kalau nak tau resepi U.S Potatoes lain boleh follow link kat bawah ni okay!












Baca Selanjutnya »