Bengkel Fotofon, Ilmu Fotografi untuk Pengguna Telefon Pintar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu lepas AJ hadiri Bengkel Fotofon khas untuk geng KBBA9 di Matic, Kuala Lumpur. Bengkel Fotofon ni banyak bagi ilmu fotografi buat kami semua. Dah  nama pun fotofon kan, tentunya bengkel ni lebih menjurus ke arah ilmu mengambil gambar untuk pengguna telefon pintar.



AJ sekarang ni pun kalau pegi event ke pape, lebih senang bawa telefon je. Kalau dulu gigih usung DSLR kesana sini, tapi sekarang AJ rasa penggunaan telefon pintar lebih efisien. Selain mudah dibawa, senang nak buat pape update event dan aktiviti yang dibuat.

Mesti korang nak tau apa istimewanya bengkel fotofon ni kan? Istimewanya korang diajar cara-cara mengambl gambar menggunakan function manual kat telefon pintar. Tipulah kalau da yang kata dia pakar guna manual kat telefon kan? AJ ni sepanjang guna cik Oppo tu, auto je yang AJ tau. Nak guna manual? Memang takde mananya.... Tapi sejak belajar teknik dan cara yang betul, seronok jugak guna manual sebenarnya.



Tenaga pengajar kami kat bengkel tu adalah Encik Rahman Roslan, dia merupakan seorang fotografer dan pakar fotografi yang didatangkan oleh pihak Sony. Walaupun bengkel kami ni hanya setengah hari je, banyak jugak yang berjaya diajar oleh Encik Rahman, antaranya pengunaan ISO, aperture dan setting yang betul untuk gambar indoor ataupun outdoor.



Lepas tu sebagai blogger gamba memang memainkan peranan  yang penting. kalau gambar kurang cun, rasa janggal je entri kita tu kan? Haaa, Encik Rahman juga ada bagi beberapa tips untuk  jadikan gambar kita lebih menarik. Ada teknik line, frame yang sesuai untuk gambar dan macam-macam lagi. Kat bengkel tu juga ada sesi praktikal, apa yang diajar dalam kelas kita praktikkan kat luar pulak. Siap ada contest gambar lagi. Yang ni memang AJ tak menang la. Blur pulak tetibe cane nak guna manual. Hahahahahaha.



Tapi bengkel fotofon ni memang seronok sangat. Terasa bertuah dapat hadiri. Apapun, terima kasih AJ ucapkan buat para penaja yang turut sama menaja dan menjayakan Bengkel Fotofon kali ni, AJ harap nanti akan ada lagi bengkel  yang best macam fotofon ni.

Penaja :

Tenaga Pengajar - Rahman Roslan @rahmanism by @sonymobilemy
Lokasi Bengkel - @MaticMy
Goodies Bag Peserta - @cosmoderm @sonymobilemy
Tajaan Sarapan - @RestoranNelayanGombak
Tajaan Dessert - @KhaisyaDelite, @tasty_bake, @IraBakery
Tajaan Minuman - @BrillPremiumCoffee
Tajaan makan tengah hari - @CafeCeritaKambing



P/s : Nanti dengarnya ada seminar lain pulak? Nak tau apa??? Kenelah tunggu!

Baca Selanjutnya »

Kelab Saudara Persaudaraan (KSP) Serah Kad Digital NGO Negaraku dan Pengenalan Mobile App " NGO Negaraku"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau sape penah follow entri AJ sebelum ni mesti ada baca pasal kad digital NGO Negaraku kan? Setelah beberapa bulan diperkenalkan kepada NGO secara umumnya pada majlis yang lepas. Kelab Saudara Persaudaraan (KSP) kini menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku bermula 10 Februari yang lepas secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar. Buat permualaan sebanyak 50 NGO telah hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku yang bertempat di Dewan Perdana Felda.



Pada majlis it juga KSP telah memperkenalkan mobile app terbaru untuk pengguna kad digital ini. Aplikasi ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku bagi menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang lebih rendah dan menarik. Ianya juga boleh digunakan untuk mengumpulkan derma dan sumbangan secara digital bertujuan membantu satu sama lain.

Aplikasi NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO khusunya dalam ktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Sekarang ni kita ada di era digital so, aplikasi mudah alih ni memang sangat berguna untuk semua ahli. Senang dan memudahkan.

Menurut pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan luar biasa. Diuruskan secara sosial enterprise bagi memastikan ahli dapat menikmati ganjaran yang berganda.




Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku, Dr Nur Hadi pula berkata, penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa kearah pembentukan masyarakat yang bersatu padu.



Pada peringkat pengenalan ini juga terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan harga yang terbaik antaranya Ez Ride, Kaspersky dan comfort reflexology.

Pada majlis penyerahan Kad Digital NGO Negaraku ini turut dihadiri oleh Dtuk Ismail Kijo (Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro 'Rapid Respond' GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa, wakil persatuan, ahli, pengeluar produk dan sebagainya.


Kalau nak tau mengenai kad NGO Negaraku boleh rujuk di entri INI dan INI. Untuk maklumat Kumpulan Mpay tidak lagi bersama KSP untuk program ini.










Baca Selanjutnya »

Sharul Channa Kembali dengan Persembahan Sharul Weds Sharul!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sharul Channa dikenali dengan pelbagai nama daripada "Pottymouth" kepada satu-satunya "female stand-up comic" di Singapura. Nama Sharul Channa bukan nama asing lagi kat sana.

Sejak persembahan pertama di "open mic event" di Singaporean comedy club beberapa tahun yang lepas, Sharul telah berjaya membuat persembahan di Australia, Malaysia, FIlifina, China dan India. Beliau juga telah melakar sejarah dimana Sharul Channa telah menjadi pelawak pertama Singapura yang terpilih untuk menyertai The Melbourne International Comedy Festival pada tahun 2016.

Kini, Shahrul Channa kembali ke Malaysia dengan membawakan persembahan komedi kedua bertajuk Sharul Weds Sharul. Haaaa? Nak kahwin dengan diri sendiri? Macam mana tu?



Persembahan yang berdurasi lebih kurang sejam setengah oleh seorang pelawak wanita bernama Sharul Channa ni pasti akan membuatkan korang geli hati. Beliau akan menceritakan mengenai perkahwinan masyarakat India, dari "couple hashtag", wedding buffet serta cerita dari Aunty Sunita yang mengelilingi api sebanyak 7 kali dan dijanjikan 7 jangka hayat dan sebagainya.

Kemunculan Sharul Channa dalam dunia komedi ni bukan 1 jalan mudah pada awalnya. Beliau terpaksa bersaing dengan adegan komedi lain yang didominasi oleh nama-nama besar. Tetapi sifat tidak mudah menyerah kalahnya dan berani menghadapi cabaran membuatkan wanita ini berjaya menjadi satu-satunya stand-up comedian wanita pertama di Singapura dengan persembahan solo bertajuk "Pottymouth".

Menurut Sharul Channa, di atas pentas beliau 150% dirinya yang sebenar. So kalau korang sendiri nak tengok sendiri persembahan Sharul Channa di Temple Of Fine Arts pada 24 Februari nanti boleh dapatkan tiket di https://airasiaredtix.com/sharul_weds_sharul.

AJ sendiri tak sabar nak tengok persembahan Shahrul Channa, kalau nak tau ini merupakan kali pertama AJ tengok persembahan beliau tau. Kalau Harith Iskandar dan Douglas Lim AJ dah penah tengok, nak tengok pula macam mana dengan persembahan stand-up comedy dari wanita bernama Sharul Channa  ni. Jumpa korang kat sana okay.

P/s : AJ salute dengan mereka yang buat stand-up comedy, bukan senang wooo.


Baca Selanjutnya »

Rock'N Bowls Innovasi Menu Terbaru di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulilah minggu lepas AJ dapat luangkan masa di Hard Rock Cafe (HRC), Kuala Lumpur untuk mencuba hidangan dan innovasi terbaru yang disajikan buat para pengunjung Hard Rock Cafe, KL. Semua orang tau HRC memang selalu menghidangkan hidangan yang terbaik. Kali ni HRC tampil dengan konsep Rock'N Bowls dimana hidangan yang biasa dinaikkan ke level " rock star ".



Bermula 10 Januari lepas sehingga 13 Mac 2018 nanti korang boleh nikmati 3 jenis hidangan iaitu Southwest Meatball Bowl, BBQ Shrimp Noodle Bowl dan Chili Lime Chicken  Bowl di HRC. Sambil makan boleh juga layan live band kat sana.



Okay jom tengok apa yang menariknya 3 hidangan ni.

Southwest Meatball Bowl



* brown rice bowl cooked with a blend of Cajun and Southwst seasonings, topped with hot meatballs, honey sriracha glaze, chili lime crema, grated cotija cheese and crispy, seasoned tortilla straws. *

BBQ Shrimp Noodle Bowl



* rice noodle bowl served with grilled shrimp in an Asian BBQ sauce mixed with shredded napa cabbage, sesame soy glaze, sliced green onions, white sesame seeds, freshly squeezed lime juice and fried won tons. *

Chili Lime Chicken Bowl



* brown rice bowl topped with grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasoning, diced avocado, black beans, roasted corn, grated cotija cheese, chili lime crema, chopped cilantro and nacho seasoned tortilla straws. *

Bagi AJ, hidangan kali ni lain daripada yang lain. Rasa dia pun unik. Paling AJ suka adalah rasa meatball yang kaya dengan daging berjus. Lepas tu AJ suka nasi dari beras perang yang dicampur dengan avacado tu. Terasa lemak dari avacado tu kat hujung lidah ni. Yelah, selalu avacado orang buat jus. Yang ni bila dicampur dalam nasi kena pulak padanannya tu.


HRC selalu tampilkan sesuatu yang berlainan bagi memastikan makanan yang dihidangkan akan menjadi hidangan yang takkan dilupakan. Bukan AJ yang kata tau, AJ petik kata-kata Darryl Mickler, Senior Director of Global Research and Development.

Selain dari hidangan Rock'N Bowls. kami juga dihidangkan dengan 2 starters dan juga 2 pencuci mulut sebagai menu tambahan. Bertambah-tambah jadinya makan. AJ suka sangat dengan dessert yang 1 tu, lupa pulak namanya, yang ada whipped cream tu. Dalam tu ada brownies tau, nyum! Berselera AJ makan tau!





Okay, kalau korang nak cuba sendiri apa kata korang layari : www.hardrock.com ataupun kunjungi Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Jangan lupa tau cuba menu Rock'N Bowls, sampai 13 Mac 2018 ni je tau. " Cepat, cepat... Jangan lambat, lambat! "


Info Hard Rock International.

" Terdapat di 73 buah negara termasuk 178 cafe, 24 hotel dan 11 casino merupakan salah 1 jenama yang dikenali di seluruh dunia. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock telah memiliki banyak koleksi terunggul daripada banyak nama ternama. "

P/s : Terbayang pulak meatball nya tu!

Baca Selanjutnya »

Menangis kerana Makrifat Cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas, AJ dijemput menghadiri Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta. Filem yang dibintangi oleh beberapa buah nama besar seperti Syamsul Yusuf, Nabila Huda, Dato' Adi Putra, Nora Danish dan Puteri Balqis merupakan karya pertama arahan Kamal G terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd. Serius filem ni best sebab AJ menangis kerana Makrifat Cinta ni tau!



Sinopsis Makrifat Cinta

" Makrifat Cinta diilhamkan dari kisah benar tentang kesusahan dan keperitan hidup yang ditempuhi seorang lelaki bernama Mahadir (Syamsul Yusuf) yang berasal dari sebuah kampung sebelum menjadi jutawan segera dengan membina  sebuah aplikasi yang dijual denga harga jutaan ringgit. Mahadir telah berkahwin dengan Zarah (Nabila Huda) dan mempunyai seorang anak bernama Aisha (Puteri Balqis). Sepanjang berumahtangga, Zarah sering merungut dan memarahi Mahadir kerana kehidupannya yang susah sehinggakan sanggup meminjam wang untuk kemewahan hidup. Kerana sikapnya itu, Mahadir telah meminjam sejumlah wang dari along tetapi wang itu telah diberikan sebahagiannya kepada Abang Zarah iaitu Rizal (Dato' Adi Putra), seorang penagih dadah. Ketika kehidupan Mahadir dilanda badai dan ditinggalkan isterinya, dia telah bertemu kembali dengan rakan sekolahnya Sofea (Nora Danish) yang banyak membantu menyokong Mahadir. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang kepada Zarah dan menganggap Sofea telah merosakkan rumahtangganya. Ini menyebabkan dia berdendam dan meminta Rizal untuk mengugut Mahadir dan Sofea. Pelbagai konflik telah berlaku dalam kehidupan Mahadir untuk berjaya. Apakah yang terjadi seterusnya dalam kehidupan Mahadir??? Saksikan Makrifat Cinta dipawagam bermula 1 Februari 2018 "

Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta diacarakan oleh Daphne Iking dan dihadiri oleh bebrapa tetamu VVIP antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. Masa majlis ni juga 2 buah lagu tema filem ini diperdengarkan kepada para tetamu iaitu Makrifat Cinta nyanyian Shiha Zikir dan Duniawi nyanyian Dato' Adi Putra dan Blaaze, rapper terkenal di India. Majlis diadakan di IRDKL Shopping Mall.


Masa mula-mula AJ jejak pawagam, AJ tertanya-tanya mampukah filem ni tawan hati AJ? Yelah, filem ni merupakan filem pertama arahan pengarah Kamal G. Tambahan pula ini filem berbahasa Melayu pertama pulak tu, AJ takut cerita yang cuba disampaikan tak sampai kepada penonton. Tapi sangkaan AJ meleset sama sekali. Filem ni lain dari kisah cinta biasa. AJ berani katakan cerita ini tidak klise seperti filem dan drama yang biasa kita lihat.


Kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan lelaki yang tidak kaya dan mempunyai keluarga tak bahagia yang ditonjolkan memang realiti yang jarang kita lihat dalam filem sekarang. Tapi Kamal G berani mengambil risiko mempertaruhkan cerita ini dalam filem Makrifat Cinta. Kepelbagaian emosi yang diterapkan menguatkan lagi plot filem ini.

Seawal tayangan, AJ nampak jalan cerita yang cuba disampaikan jelas. Tambahan pula dengan pemilihan pelakon yang tepat dan handal bermain emosi buat cerita sampai. Bayangkan, masa tengok tu memang AJ rasa geram sangat dengan watak Zarah lakonan Nabila Huda. Kalau dia ada depan mata rasa macam nak bagi penampar! Petengahan cerita pulak memang menusuk kalbu.  AJ yang orang kata kental ni boleh menangis-nangis dalam panggung. Memang sedih! Tapi bukan AJ je nangis, ramai dalam panggung tu nangis tau.


Keseluruhannya, cerita ni memang bagus. Korang kene tengok sendiri kat panggung 1 Februari 2018 ni. Bawak tisu tau, ada babak yang akan merentap hati korang dalam Makrifat Cinta. Tahniah AJ ucapkan kepada penerbit, pengarah, pelakon dan krew produksi yang berjaya menghasilkan sebuah filem yang baik. Semoga filem ini mendapat sambutan hangat dan box office! Rugi tak tengok.






P/s : Lama tak nangis tengok cerita Melayu.

Baca Selanjutnya »