ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Penjenamaan Semula ABX Express Kepada KEX Express | ABX Express bukan lagi satu jenama asing sebagai penyedia perkhidmatan kurier. ABX Express telah bertapak di Malaysia selama 38 tahun sejak dari tahun 1984. Pada 26 Oktober yang lalu, ABX Express secara rasminya akan dikenali sebagai KEX Express dimana mereka kini menawarkan khidmat penghantaran ekspres bukan hanya tertumpu kepada laluan domestik sedia ada, malahan penghantaran ke destinasi pilihan antarabangsa! Menjadi salah seorang yang menyaksikan hari bersejarah ni kan, kakak boleh nampak sendiri sejauh mana pencapaian dan teguhnya jenama ni di Malaysia tau! Kalau tak, mustahil untuk mereka mengukuhkan jenama selama 38 tahun.
"Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). la juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia.Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa."
- COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
- FOD digital pula membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba
- Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
- Mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (contoh : tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dan lain-lain.)
- Membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (020) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.
- KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
- Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
- Memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.