- Bukit Tinggi, Klang
- AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
- Cheras Selatan, Kuala Lumpur
- Metroprima, Kepong
- Rawang, Selangor
- Bukit Raja, Klang
- Tebrau City, Johor Bahru
- Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
- Kulaijaya, Kulai
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Ipoh Station 18, Ipoh
Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care
Ahad, 27 November 2022ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care | 22 November lepas, Calisto Group Sdn Bhd telah membuka outlet ke-3 Calisto Vision Care di AEON MALL Nilai sekaligus menjadi outlet Calisto yang terbesar dan sangat estetik. Memang betul, kedai cermin mata Calisto Nilai ni memang besar!
Kakak sendiri berkesempatan menghadiri majlis pembukaan rasmi outlet Calisto Nilai tempoh hari. Tahniah Calisto! So siapa yang berkata mata tu, dah boleh serbu Calisto Vision Care beramai-ramai untuk gantikan cermin mata tu.
Macam kakak cakap, Calisto Vision Care Nilai merupakan outlet yang terbesar diantara 3 outlet Calisto selepas outlet Melawati Mall dan Pavilion Bukit Jalil. Calisto merupakan kedai optik yang berkonsep estetik dan minimalis.
Terdapat pelbagai pilihan cermin mata daripada pelbagai jenama yang boleh dipilih. Kakak sendiri sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Kalau korang tak gemar memakai cermin mata, korang juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kanta lekap mengikut kesesuaian.
Disini juga, korang boleh melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh dan boleh mendapatkan pandangan pakar optik yang berada di Calisto. Jangan risau, staff Calisto memang terlatih dan sangat mesra, kalau ada pertanyaan mengenai kondisi mata seperti rabun jauh atau dekat dan cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka, mereka akan layan sampailah korang berpuas hati.
Dah alang-alang kat sini, kakak check terus la mata. Alhamdulillah, power spek kakak maintain je. Tak naik tak turun. Actually rabun kakak tak terlalu teruk, tapi kakak memang perlukan cermin mata sebab kerja sekarang memerlukan kakak menghadap laptop dan telefon dengan kerap. Jadi silau tu agak tinggi.
Kalau menempah spek disini, korang boleh pilih untuk tunggu spek siap dalam 1jam atau pos terus ke rumah. Aritu, kakak minta pihak Calisto poskan terus kerumah. Tempoh penghantaran pula, dalam masa 10 hari je.
Tak sempat ke Calisto Vision Care? Korang boleh membuat tempahan spek secara dalam talian. Caranya mudah je, visit : https://calisto.co/ dan pilih je spek yamg korang suka.
Lain-lain promosi : https://calisto.co/
Info lanjut :
Alamat :
AEON MALL Nilai
Demam Piala Dunia di AEON Goal Bonanza
Khamis, 17 November 2022ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Demam Piala Dunia di AEON Goal Bonanza | Bahang Piala Dunia dah mula terasa, korang semua dah tau ke nak pilih team mana tahun ni? Kakak belum decide lagi nak sokong pasukan mana tahun ni. Ada masa lagi kan nak fikir? Hehehehhe.
Bila sebut pasal Piala Dunia, bermula 15 November 2022 sehingga 25 November 2022 ini, pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza dimana korang berpeluang memenangi merchandise Piala Dunia eksklusif! Wahhhhh!
Meriahlah Piala Dunia korang kali ni, sebabnya terdapat banyak pilihan barangan dari pasukan kegemaran korang tau. Kiranya menyaksikan perlawanan tu nanti dengan penuh ceria dan bergaya la walaupun tengok kat kaca TV je. Hehehe.