Wani Korbankan Kerjaya Demi Menjadi USAHAWAN AINAA Beauty

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Wani Korbankan Kerjaya Demi Menjadi USAHAWAN AINAA Beauty | Besar pengorbanan yang diambil oleh sosok bernama Syazwani Binti Sa'adun atau lebih dikenali sebagai Wani ni. Bukan senang nak tinggalkan sesuatu kerjaya yang disayangi. Sedih memang sedih, tapi dengan berkat sokongan keluarga dan orang yang terdekat, Wani sanggup melepaskan jawatan Penolong Pegawai Perubatan yang disandang sekian lama untuk berniaga. Menurut Wani, jodoh dalam berniaga lebih kuat.






Wani mula mengenali dan menceburi bidang perniagaan AINAA Beauty pada tahun 2018 secara sambilan. Pada mulanya Wani mencuba produk AINAA Beauty kerana mengalami masalah acne breakout. Dah alang-alang mencuba dan dapat melihat keberkesanan produk itu sendiri, Wani mendaftar sebagai usahawan untuk berkongsi mengenai produk itu sendiri. 


Bermula tahun 2021 Wani amik keputusan untuk menceburi AINAA Beauty secara lebih serius dan fokus pada satu kerjaya sahaja. Keputusan yang diambil ini berdasarkan keyakinan terhadap jenama AINAA Beauty itu sendiri setelah berkecimpung selama 6 tahun.


Bagi Wani, keputusan untuk meninggal kerjaya tetap sebagai Penolong Pegawai Perubatan merupakan suatu keputusan yang sukar tetapi bukanlah keputusan yang tidak baik. Wani beranggapan untuk lebih maju kehadapan beliau perlu mengambil langkah yang besar dan berani demi mengubah nasib diri dan keluarga.


Kenapa Wani memilih AINAA Beauty?


Wani memilih AINAA Beauty kerana beliau ingin mencabar diri dan nampak potensi yang besar dalam bisnes selain ingin meningkatkan karier peribadi. Wani juga yakin dengan circle AINAA Beauty kerana nampak sendiri perjuangan Encik Hafiz Mahamad sebagai founder bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tetapi lebih kepada untuk membantu para usahawan dan agent untuk mempertingkatkan kemahiran diri dan membantu mencari solusi dalam menghadapi sesuatu cabaran.


Selain itu, kelainan yang diterapkan dalam team AINAA Beauty seperti team bonding, cara mereka berkongsi manfaat, cara mereka mengasah kemahiran dan kekuatan masing-masing juga antara faktor yang membuatkan Wani setia dengan AINAA Beauty.




Wani sekarang ada ratusan agent di bawah #NSAwaniSquad dengan dibantu oleh 2 orang staff di bawah syarikatnya.


"2023 Wani nak jadi usahawan yang MERAWAT TARAF KEHIDUPAN ORANG RAMAI"


Program Usahawan AINAA Beauty


Bermodalkan serendah RM200 stokis dan agent AINAA Beauty bukan sahaja menjadi pengguna setia produk AINAA, malahan mampu menjana pendapatan sendiri. Dengan sokongan dan bimbingan daripada founder AINAA Beauty, para USAHAWAN AINAA Beauty akan didedahkan dengan sistem pengurusan yang betul serta sistematik. Beliau juga turut berkingsi mengenai kepimpinan organisasi AINAA Beauty.





Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru


Bersempena tahun baru, AINAA Beauty telah memperkenalkan Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru dimana Para USAHAWAN AINAA Beauty diberikan bimbingan untuk menjadi usahawan berjaya,  from zero to hero. Para Usahawan juga akan sentiasa disuntik dengan semangat dan kesedaran secara konsisten bagi mengekalkan momentum sebagai USAHAWAN AINAA Beauty yang lebih berjaya. 


Selain berjaya, Encik Hafiz Mahamad juga berharap suatu hari nanti ada antara USAHAWAN AINAA Beauty ini sendiri berjaya membuka cawangan Klinik Aestetik dengan kepakaran doktor aestetik di bawah jenama AINAA Clinic.


Selaras dengan moto AINAA Beauty "Kejayaan Demi Kebahagiaan" Hafiz juga inginkan stokis dan agent mereka iaitu USAHAWAN AINAA Beauty untuk sama-sama perolehi kejayaan seterusnya menikmati kebahagiaan. Bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk orang-orang yang tersayang dan yang berada disekeliling mereka.


Semoga para USAHAWAN AINAA Beauty semakin maju kehadapan.


Baca Selanjutnya »

Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) | 22 Disember 2022 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertemakan "Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara" oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.



Konvensyen HPPK2022 disambut pada 18 November setiap tahun dan tahun 2022 merupakan sambutan HPPK ke-10 di peringkat kebangsaan. HPPK kali ini turut disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.



Perdana Menteri juga turut mengambil peluang mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).




Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick juga menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.


HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah dihadiri oleh 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Banyak pengisian yang menarik telah disediakan sepanjang konvensyen HPPK ini berlangsung. Antaranya :


  • Rakan Strategik - Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
  • Klinik Usahawan HPPK 2022 - Sesi konsultansi agensi keusahawanan
  • Gerak Usahawan Nasional - Pameran dan jualan produk usahawan
  • Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil - Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil
  • Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
  • Bicara Usahawan Berjaya - Kisah kejayaan perserta program KUSKOP

Melalui acara HPPK peringkat Kebangsaan ini para penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara dapat bertemu dan bertukar pandangan.


Pada acara ini juga,  YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang telah berjaya menunjukkan prestasi dan kemajuan yang memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.




Satu Anugerah Khas Jasamu Di kenang juga telah disampaikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli Bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai tanda mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012. Anugerah Khas ini telah diterima oleh balu dan juga anak perempuan Allahyarham sendiri.




Diharap acara tahunan konvensyen ini dapat membantu memperkasa penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara agar lebih yakin dan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka.






Baca Selanjutnya »

Strateq Memperkenalkan Program Talent Development

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Strateq Memperkenalkan Program Talent Development | Kumpulan Strateq Memperkenalkan Program Talent Development dalam mengatasi masalah kekurangan bakat dalam bidang Teknologi Maklumat di Malaysia. Program dengan kerjasama 7 Universiti Awam dan Swasta buat masa ini, mempunyai rancangan untuk melebarkan lagi program ini dengan lebih banyak penglibatan universiti lain pada tahun 2023 nanti.




Baru-baru ni, kakak sempat ke HQ Strateq di Seksyen 13, Petaling Jaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini dan tawaran yang terdapat di Strateq. Program ini dierkenalkan bertujuan untuk menangani jurang bakat teknologi maklumat untuk memacu negara ke hadapan dalam era digital yang semakin meningkat.




Kumpulan Strateq menyokong Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan sumbangan KDNK sektor digital negara kepada 25.5% menjelang 2025, inisiatif baharu itu bertujuan untuk menambah baik akses kepada skop kerja yang sangat teknikal untuk mahasiswa dan graduan baru. Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan belia dalam bidang STEM dengan pengalaman praktikal dan industri yang akan membantu meningkatkan kemahiran mereka, meningkatkan kebolehpasaran dan membantu mereka menentukan laluan kerjaya dengan lebih baik.




Menurut Datuk Tan Seng Kit, Pengarah Urusan Kumpulan Strateq Group,

"Pembangunan bakat sentiasa menjadi bahagian penting dalam perusahaan. Dalam era digital yang semakin meningkat ini, jurang bakat teknologi merupakan masalah yang ketara kerana kemajuan perniagaan kini bergantung secara kritikal pada faktor ini. Sebagai penyokong dan pemboleh pertumbuhan perniagaan perusahaan sejak sekian lama, Kumpulan Strateq memanfaatkan pengalaman berdekad-dekad kami dalam inovasi dan teknologi untuk memperkasakan bakat dengan kemahiran yang betul untuk berkembang maju. Dan dengan itu memperkasakan negara secara keseluruhan untuk mencapai cita-citanya dalam sektor berpotensi tinggi ini."



Melalui program tiga fasa yang merangkumi pembelajaran asas, pensijilan dan latihan semasa bekerja, program Pembangunan Bakat Strateq bertujuan untuk menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh graduan dan pemilik perniagaan sama seperti dalam mencari bakat yang sesuai untuk pekerjaan. Secara khusus, program ini menangani masalah biasa yang dilaporkan dalam kalangan perekrut termasuk set kemahiran yang tidak sejajar, kekurangan amalan komunikasi perniagaan, ketelitian, akal perniagaan yang wajar dan kebolehsuaian kepada persekitaran korporat.




Menurut Datuk Tan Seng Kit lagi,


"Walaupun ia masih awal dalam program ini, kami sudah mula melihat hasil yang agak positif. Secara tak angsung juga, universiti telah melahirkan rasa terima kasih atas program kami yang membolehkan pelbagai graduan merentasi spektrum fungsi kerja yang sama pelbagai. Begitu juga, peserta program telah berkembang dalam bidang kepakaran baharu dan ramai yang telah pergi untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa yang keluar terus daripada program kami. Sambil kami mengembangkan program ini, kami menyasarkan untuk memperkukuh kejayaan ini untuk manfaat lebih ramai pencari kerja dan perniagaan Malaysia."

 
Program yang menjalankan fasa perintis awal tahun ini, sudah pun bekerjasama dengan 9 universiti awam dan swasta di Malaysia dan sedang mencari bakat-bakat baru untuk dikembangkan pada tahun-tahun akan datang sambil meningkatkan usahanya dalam program itu. Antara 7 universiti yang telah mengambil bahagian adalah :


  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sabah (USM)
  • Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  • HELP University
  • UOW Malaysia KDU University Collage



Setakat ini program Talent Management Strateq telah menerima lebih 150 permohonan, menempatkan 23 pemohon dengan hampir 40% kadar penukaran kepada pekerjaan sepenuh masa setelah keluar daripada program ini. Strateq juga berharap dapat mengekalkan momentum penukaran yang sama menjelang 2023.


Mengenai Kumpulan Strateq


Ditubuhkan pada 1983, Strateq ialah pemboleh teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu untuk pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan, minyak & gas, perkhidmatan perbankan dan kewangan, telekomunikasi, tenaga & utiliti, pendidikan, barangan pengguna, pembuatan dan sektor awam. Strateq kini beroperasi di Malaysia, China, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Strateq, lawati: www.strateqgroup.com
Baca Selanjutnya »

AEON Malaysia Memperkenalkan 12 Hari Kejutan Bersempena Krismas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


AEON Malaysia Memperkenalkan 12 Hari Kejutan Bersempena Krismas | Musim perayaan ini, jenama pakaian Kanak-kanak Terbaik dari Indonesia, JSP962 Melancarkan Koleksi Akhir Tahun di AEON. Oleh itu AEON Malaysia mengambil peluang bukan sahaja melancarkan koleksi fesyen kanak-kanak dan juga memperkenalkan 12 hari yang penuh kejutan bersempena perayaan Krismas tak lama lagi.



Jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam 12 Days of Surprises termasuk LeapFrog, Fisher-Price, Beyblade, My Little Pony, Arctec, Sylvanian Families, Marvel, LEGO, Barbie, Nerf, Disney Princess dan Hot Wheels. Setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan yang tersendiri untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menarik bermula dari 13 Disember hingga 24 Disember.





Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen,


"Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti."




Fesyen Terkini Kanak-Kanak JSP962 dan JKIDS



Selain itu bagi ibubapa yang ingin mendapatkan fesyen Krismas terkini untuk anak-anak, AEON telah memperkenalkan JSP962 jenama pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari Indonesia. 




Sementara itu, jenama terkenal AEON di bawah label JKIDS juga turut mempamerkan baju tidur padanan terbaru dan koleksi baharu yang direka mengikut citarasa fesyen kanak-kanak. Haaa, budak-budak sekarang dah pandai memilih pakaian mengikut citarasa sendiri tau. Bukan macam kita dedulu. Hehehehhe.




Pencarian Duta Kanak-Kanak Kids Republic


Kids Republik AEON, juga turut mengumumkan pencarian duta kanak-kanak untuk jenama tersebut. Kriteria yang dicari ialah kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. 






Menurut Low Ngai Yuen lagi,


"Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!”


So kalau ada di kalangan anak-anak korang yang nak sahut cabaran ini, boleh scan QR code ini untuk mengetahui cara-cara penyertaan. Manalah tau, anak korang merupakan duta kecil Kids Republic yang AEON cari.




Untuk butiran lanjut, sila layari :  https://www.aeonretail.com.my/xmas22/.


Baca Selanjutnya »

Kemunculan PUSS IN BOOTS di AEON MALL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kemunculan PUSS IN BOOTS di AEON MALL | Bersempena musim perayaan ini, watak lagenda yang tak asing lagi iaitu PUSS IN BOOTS akan muncul di Majlis Ekslusif di AEON MALL bagi meraikan pelancaran filem animasi PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam pada 22 Disember nanti.



Watak yang dikenali dengan pelbagai nama seperti The Stabby Tabby, El Macho Gato, the Leche Whisperer, PUSS IN BOOTS akan menemui anda anda di Main Concourse di 11 cawangan AEON Mall.




Bagi peminat si kucing oyen ni, jangan lepaskan peluang untu menemui wira kesukaan bukan hanya kanak-kanak dan sertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga dan peminat filem animasi ini.




Korang juga wajib mencuba pengalaman ajaib di Fallen Wishing Star Experiential Room. Banyak sangat hiasan menarik dan "insta-worthy" bertemakan filem PUSS INN BOOTS khas untuk korang! Amik ootd banyak-banyak tau nanti!





Dan kalau korang hadir dengan berpenampilan seperti hero yang menarik, korang berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menonoton filem PUSS IN BOOTS!


Bagaimana nak menyertai? Senang je.


Langkah 1 : Like & Follow laman FB dan IG AEON MALL, GSC & TGV

Langkah 2 : Ambil gambar kreatif anda di hiasan AEON MALL Puss in Boots

Langkah 3 : Tag 3 orang rakan anda dengan #AEONMALLAHeroHoliday

Jangan ketinggalan! Seramai 100 pemenang akan dipilih di akhir kempen.



Bukan itu saja. Korang juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000 dengan menyertai "Count the Cat Contest"!

Cara penyertaan :

Langkah 1 : Belanja minimum RM30 dalam satu resit.

Langkah 2 : Kira dan anggarkan bilangan watak kucing yang ditampilkan.

Langkah 3 : Serahkan jawapan dengan mengimbas Kod QR, muat naik resit dan isikan butiran anda.



Bagi korang yang membawa anak-anak, bolehlah bagi mereka menerokai dan bermain di sudut Permainan bertemakan; The Last Wish Adventure Games dan Puss In Boots Zipline Adventure - penyertaan percuma dengan perbelanjaan minimum RM60 (Bukan Ahli AEON) atau RM30 (Ahli AEON) dalam 2 gabungan resit pada hari yang sama.




Korang juga boleh mendaftarkan anak-anak untuk aktiviti tambahan seperti sudut Mewarna Merry Pawsome atau ketengahkan bakat kreatif mereka dengan menyertai Peraduan Mewarna Puss In Boots.





Selain tu, temui Puss In Boots secara langsung di semua 11 AEON MALL untuk Sesi "Meet and Greet" dan  bergambar dengan satu-satunya El Macho Gato di Malaysia. Seronoknyaaaaaaa!!!!

Jadual penampilan boleh didapati di cawangan pasar raya  yang mengambil bahagian. Slot ini adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Jom ke AEON MALL untuk beraktiviti dan berjumpa sendiri PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH!


Cawangan AEON Mall :

  • Bukit Tinggi, Klang
  • AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Cheras Selatan, Kuala Lumpur
  • Metroprima, Kepong
  • Rawang, Selangor
  • Bukit Raja, Klang
  • Tebrau City, Johor Bahru
  • Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Kulaijaya, Kulai
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Ipoh Station 18, Ipoh

Puss In Boots : The Last Wish akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Disember 2022.
Baca Selanjutnya »